Tips & Tricks

Kata Deposit 10% Je, Kenapa Kena Bayar Lagi? Nak Tipu Aku Ke?

Kata Deposit 10% Je, Kenapa Kena Bayar Lagi? Nak Tipu Aku Ke?

Kata Deposit 10% Je, Kenapa Kena Lagi? Nak Tipu Aku Ke?

Kata Deposit 10% Je, Kenapa Kena Bayar Lagi? Nak Tipu Aku Ke? Korang jangan terkejut tau, sebenarnya masih ramai yang ingat nak beli rumah perlu sediakan 10% je untuk deposit. Contohnya, baru-baru ni, ada seorang lelaki call saya, dia kata nak beli rumah di Shah Alam yang harga 250k, dia dah cukup duit untuk deposit 25k katanya. Ngam-ngam.

Bila saya bagitau TAK CUKUP, dia terkejut. Rumah 250k, at least 35k dalam tangan baru boleh jalan. Bila saya explain kos-kos lain yang terlibat untuk beli rumah, baru dia faham. Selama ini dia ingat 10% je kena ada. So, sini saya nak share dengan rakan-rakan pembaca, apa lagi kos yang terlibat dalam pembelian rumah.

Deposit

Standard deposit adalah 10%. Sebab loan bank korang hanya dapat 90% dari harga rumah. Lagi 10% tu la deposit guna duit korang sendiri. Bila korang nak beli rumah, selalunya booking dibayar dahulu sebanyak 3.18% (Agency fee + GST). Bila Sale & Purchase Agreement dah sign, masa sign agreement tu korang kena bayar balance deposit yang 6.82% (bayar kepada owner) tadi.

Kos Guaman

Ada dua jenis. Satu untuk S&P Agreement, satu lagi untuk loan agreement. Untuk loan punya kos guaman, kebanyakkan bank offer untuk dimasukkan ke dalam loan. Untuk S&P Agreement Legal Fee lak boleh rujuk SINI. Lawyer jugak selalunya ada caj “disbursement”, ini untuk kos-lain lain yang diorang kena keluarkan untuk kes pembelian rumah korang, seperti call, kos perjalanan, kos carian, dan sebagainya.

Stem Duti

Haa, yang ini lak kos stem duti. Setiap agreement wajib ada stem duti untuk sah disisi undang-undang. S&P Agreement kena ada, Loan Agreement pun kena ada. Berapa? Boleh tengok SINI jugak. Ada jadual yang detail beserta calculator di situ. Stem duti untuk loan ada gak bank offer masukkan dalam loan.

Insurans/Takaful

Bila korang lulus loan rumah korang tu, korang perlu ambik insurans untuk rumah korang. Tujuan insurans untuk cover rumah korang kalau apa-apa terjadi. Kalau tetiba rumah runtuh, takkan nak bayar kat bank bulan-bulan tapi rumah takde. Kalau ada insurans, insurans setelkan loan tu. Ada dua jenis Takaful ni, tapi lebih baik diterangkan dalam artikel yang lain. Cukup sekadar korang tau yang korang kena beli insurans. Boleh tengok pengiraan insurans di SINI.

Penilaian/Valuation

Ini paling banyak orang tak tau. Akan ada penilai atau selalu orang sebut valuer, pergi ke rumah anda, untuk menilai harga pasaran rumah anda. Ini termasuk lokasi rumah, dan keadaan dalaman rumah. Kos untuk valuation ni selalu boleh jugak dimasukkan dalam loan. Kalau takda report dari valuer ni tentang rumah anda, bank takkan bagi loan. Korang kena gak bayar kos ni.

Kesimpulan

Saya harap dari artikel ni, korang boleh prepare berapa korang perlu kumpul untuk beli rumah idaman korang. Selalu saya cadangkan 13%-15% daripada harga rumah yang korang nak beli. Kalau nak rumah teres, tapi modal tak banyak, cuba tengok Projek TERBARU di Sepang. Pakej TERBAIK kot.

 

 

Leave a Reply