Untuk yang memiliki rumah, tambah-tambah lagi memiliki lebih daripada sebuah rumah, mesti ada yang berniat nak jual rumah. Bila nak jual rumah, mesti la nak cepat terjual kan. Jadi, saya cuba kongsi beberapa tips untuk jual rumah cepat.

Tips ini kebanyakkan diambil daripada agent-agent hartanah yang berpengalaman. Sebab mereka ini dah bertahun menjual rumah, berpuluh rumah malah ada yang dah jual beratus buah rumah.

Jadi setiap situasi atau masalah dalam penjualan rumah ni memang mereka dah terbiasa dan sudah arif belok cara untuk jual rumah cepat.

“Mengapa nak jual rumah cepat?”

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca, kebanyakkan pemilik nak jual rumah cepat disebabkan proses untuk dapat duit dari penjual rumah ni agak lambat. Bukannya bila ada orang confirm beli, tuan rumah terus dapat duit.

Pemilik rumah akan dapat duit bila pembeli dapat kunci rumah, akan ambil masa agak lama. Paling cepat pun 3 bulan, paling lama ada yang lebih setahun. Kalau anda tambah dengan tempoh anda mencari pembeli lagi, dah berapa lama?

Saya bagi contoh, anda perlukan duit untuk beli rumah baru. Anda mencari pembeli merata tempat dan akhirnya berjaya dapat pembeli selepas 6 bulan.  Anda hanya dapat deposit 10% lagi 90% anda dapat 6 bulan kemudian setelah pembeli dapat kunci. Jumlah keseluruhan adalah setahun anda tunggu baru dapat duit. Tapi kalau anda guna tips ini, mungkin dapat kurangkan masa cari pembeli tu.

BACA LAGI: Berapa sebenarnya deposit rumah?

BACA LAGI: Tempoh proses menjual beli rumah

So, apa tips untuk jual rumah cepat?”

Ada beberapa tips yang saya boleh kongsikan untuk anda:

1) First Impression

Yang ini penting. Pernah dengar orang cakap “First impression always stay”? First impression ni selalu akan bagi effect kepada mood pembeli dan kemudian sedikit sebanyak effect keputusan pembeli.

Jadi, keluarkan la sedikit modal untuk mencantikkan rumah anda. Kemaskan kawasan luas, cat bagi cantik.

Bila dah cantik, baru la pembeli datang tengok dah luar saja dah suka, dah tertarik untuk beli.

Kalau rumah apartment, cantikkan bahagian dalaman. Tak perlu renovate pun, bagi sedap mata memandang je.

Tips Untuk Jual Rumah Cepat

Image: Ebay.com

2) Survey pesaing dan harga

Anda kena rajin buat kerja lebih sikit. Kena survey berapa banyak pesaing yang jual rumah sama dengan anda. Tengok berapa harga yang mereka letak.

Survey jugak harga pasaran, boleh upah valuer tapi kena keluarkan duit. Nak jimat duit, boleh tanya pegawai bank yang uruskan pinjaman rumah. Mereka boleh bagi anggaran kasar.

Dari situ anda boleh tau supply and demand. Kalau pesaing banyak, anda terpaksa berlawan harga. Tak boleh la nak demand harga tinggi. Memang la lambat dapat jual rumah cepat demand harga tinggi, pesaing lak harga rendah.

3) Iklan

Iklan merupakan platform untuk promote rumah anda kepada pembeli. Tanpa iklan, susah la dapat pembeli. Takkan nak harap pembeli datang tanya ja. Sekarang ni zaman online, pembeli pun ramai yang cari rumah kat online je.

Yang pertama, anda boleh promote di facebook atau laman social yang anda ada. Setiap hari promote. Biar rakan-rakan anda tahu yang anda sedang jual rumah. Mana tau ada kenalan mereka yang sedang mencari rumah.

Yang kedua iklan di website hartanah seperti iproperty, property guru, durian property, propwall, mudah.my, dan banyak lagi. Tapi yang tak best, kena bayar la. Ada jugak yang free untuk owner rumah iklan.

Yang ketiga, gantung banner FOR SALE depan rumah beserta nombor telefon anda besar-besar. Ini untuk pembeli yang datang survey di kawasan tu.

Pastikan gambar dalam iklan anda cantik. Ingat, First impression! Jangan ambil gambar sekali dengan baju-baju yang tak berlipat, dengan sampah atas lantai, sekali dengan anak tengah tengok TV. Biar yang dalam gambar tu, keadaannya kemas dan teratur.

4) Rangka strategi

Anda kena set target berapa lama anda boleh tunggu sehingga dapat pembeli. Kita ambil contoh: Anda sanggup tunggu 3 bulan bagi kes rumah harga pasaran RM300,000.

Pesaing-pesaing anda kebanyak letak harga RM280,000. Anda pun letak harga yang sama dan tetapkan harga minimum anda. Sebab akan ada pembeli yang datang offer pelik-pelik. Kalau belum dapat pembeli, anda kena review tips 3 anda.

Kalau ada pembeli dah datang tengok, lebih 5 orang tapi takda yang berkenan. Tengok tips 1, mungkin ada yang terlepas pandang. Kena buat sesuatu yang boleh menarik perhatian pembeli semasa dia tengok rumah anda.

Kalau ada pembeli datang dan offer harga yang rendah, tengok kepada tips 2. Kalau anda ada banyak pesaing, dan harga yang ditawarkan masih memberi anda untung, terima la offer tu. Kalau merugikan anda, terpaksa tolak. Tapi kalau pesaing kurang, anda boleh stay dengan harga anda.

Untuk kes yang takda pesaing langsung, selalunya di kawasan low demand. Yang ini anda kena main harga untuk tarik pembeli. Jika bulan pertama anda letak RM280,000 tiada pembeli yang datang, bulan kedua anda perlu kurangkan sedikit, dan begitu juga untuk bulan ketiga, sehingga anda dah kurangkan sampai harga minimum yang anda tetapkan.

5) Musim kawasan

Percaya atau tak, jual rumah pun ada musim tau. Selalunya musim jual rumah ni ikut kawasan. Untuk yang ada beberapa buah rumah, anda kena kenal pasti sekarang ni musim kawasan mana. Fokus la rumah anda yang ada di kawasan tu dulu.

Kalau ada yang bukan musim kawasan, susah sikit tapi masih boleh cepatkan jika anda guna tips yang terakhir ni:

6) Guna Perunding Hartanah atau Property Agent

Tips Untuk Jual Rumah Cepat

Image: Wealth Mastery Academy

Yang ini paling senang dan paling cepat kalau anda nak jual rumah. Khas untuk yang tak sempat nak uruskan urusan menjual rumah ini. Agent selalunya ada senarai pembeli yang mencari rumah, jika rumah anda kena dengan pembeli agent tu, memang terus anda dapat pembeli.

Agent juga ada network yang luas. Dia akan senaraikan rumah anda di tempat-tempat iklan yang berbayar, di group agent-agent, dan beberapa tempat yang lain.

Anda juga tak perlu pening kepala nak uruskan kerenah pembeli. Semua agent akan uruskan. Cuma pastikan agent anda dari agensi yang berdaftar. Tugas anda yang tips 1 ja. Kadang-kadang yang tips 1 tu pun agent boleh uruskan dengan upah yang berpatutan.

Anda boleh ambil banyak agent atau satu ekslusif agent. Ekslusif agent ni kelebihannya, dia akan fokus paling tinggi dan special untuk rumah anda sebab anda bagi title ekslusif kepada dia.

Untuk tips ni, kelemahannya anda kena bayar 3.18% agent fee tapi berbaloi sebab rumah akan terjual dengan cepat dan senang.

Kalau anda memang nak jual rumah cepat, boleh cuba semua tips ini. Semoga berjaya.