Artikel

Apa Maksud FREEHOLD dan LEASEHOLD

Anda mesti selalu ternampak iklan-iklan hartanah yang dalam iklan tu ada tertulis FREEHOLD atau pun LEASEHOLD. Tapi anda tahu tak apa sebenarnya Freehold dan Leasehold ni. Kenapa perlu ambil tau tentang benda ni.

“Apakah itu FREEHOLD dan LEASEHOLD

Freehold dan Leasehold ni merupakan jenis pegangan tanah. Kalau anda beli yang under construction di bawah status Freehold, maka dapat la dekat anda rumah yang berstatus Freehold jugak bila dah siap. Ada lagi satu jenis, iaitu MALAY RESERVED.

Setiap jenis pegangan ni ada yang bagi kelebihan dan ada yang memberi sedikit kekurangan. Tetapi tetap boleh melalui proses jual beli.

Jom kita tengok perbezaan setiap jenis pegangan ni.

KakiProperty Newsletter

Langgan untuk kemaskini terbaru terus ke inbox anda.

FREEHOLD

Freehold atau Pegangan Bebas. Jenis pegangan macam ni sangat di sukai oleh pembeli dan pelabur hartanah. Sebab tiada sekatan dalam jual beli.

Yang paling orang suka kalau freehold ni, proses jual beli adalah paling cepat iaitu dalam masa 3 bulan dah boleh dapat rumah. Mudah kerja peguam tukar tukar nama geran sebab tiada sekatan.

TETAPI, tidak semudah itu sebenarnya. Walaupun freehold, tapi kena jugak tengok jenis lot. Bumi atau non-bumi.

Bagi freehold tetapi dibawah bumi lot, hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja. Kerana akan ada sekatan di dalam geran atau srata macam ni:

Tanah yang diberi milik ini tidk boleh dipindah milik, dipajak atau digadai melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri

Kalau Freehold non-bumi lot, tidak ada tertulis sekatan macam tu dalam geran. So, bebas la anda nak jual kepada sesiapa saja anda nak.

Sebab itu, untuk rumah undercon banyak pembeli bumiputra yang request nak beli non-bumi lot supaya bila mereka nak jual nanti, mereka bebas jual kepada sesiapa saja. Cuma, kalau beli non-bumi lot ni anda takkan dapat diskaun untuk bumi.

Kalau untuk rumah subsale, anda boleh tengok kepada owner sekarang dan sekatan yang ada dekat geran, kalau owner bumi, dan dalam geran ada sekatan, maknanya bumi lot la tu rumahnya.

BACA LAGI: Tempoh proses jual beli rumah

BACA LAGI: Jenis-jenis kaveat atau sekatan ke atas rumah

FREEHOLD dan LEASEHOLD

Contoh geran yang tiada sekatan

LEASEHOLD

Leasehold atau Pegangan Sementara. Jenis pegangan ni ada tempoh pemilikan atau tenure iaitu selalunya selama 99 tahun. Selepas tu kena mohon untuk renew tenure tu.

Kalau anda beli Leasehold, tanya dulu berapa tahun lagi tinggal. Kalau rumah undercon pulak, selalunya tenure 99 tahun dikira dari rumah start dibina. Tapi kadang-kadang dikira dari tarikh rumah siap.

Kebanyakkan pembeli tak kisah pun leasehold ni sebab lokasi selalunya best-best. Cuma proses jual beli makan masa lebih daripada 6 bulan sebab memerlukan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri untuk tukar nama.

Yang ini sama macam freehold tadi, ada jugak bumi lot dan non-bumi lot. Sebab untuk setiap projek perumahan, pihak pemaju kena sediakan at least 30% bumi lot.

Cuma untuk rumah subsale leasehold nak tau jenis lot kalau yang dah berkali-kali tukar nama, kita hanya boleh tengok kepada current owner. Kalau tengok kat geran, tetap ada sekatan sebab leasehold. Kalau owner bumi, pembeli pulak non-bumi, memang susah sangat.

Kat geran memang anda takkan jumpa jenis lot bumi atau non-bumi ni. Kalau bumi nak jual kepada non-bumi boleh, tapi akan ambil proses yang lama sebab akan melibatkan proses rayuan dan sebagainya. Akan makan masa lebih daripada setahun dan belum tentu berjaya.

MALAY RESERVED

Rezab Melayu adalah tanah yang hanya boleh dijual kepada kaum Melayu sahaja. Kalau bumiputra tetapi bukan Melayu tidak boleh. Kalau tanah di semenanjung Malaysia, hanya kaum Melayu yang lahir di semenanjung sahaja yang boleh beli (ikut peraturan tanah negeri tersebut).

Rezab Melayu ni pun ada jugak freehold dan leasehold ni. Jenis ni memang takkan dapat jual kepada bukan Melayu walaupun buat rayuan banyak kali.

Kalau plan nak settledown, boleh la beli jenis ni. Kalau untuk perlaburan, plan nak jual in future, tak digalakkan. Beli la freehold atau leasehold.

Kesimpulan

Banyak yang salah anggap sebenarnya. Mereka cakap leasehold tak best, sebab nilai kurang. Freehold lagi best sebab nak jual nanti harga tinggi. Anggapan macam ini tidak betul sepenuhnya.

Bagi saya leasehold pun best kalau lokasi yang gila strategik. Kalau dapat freehold tapi tempat hujung-hujung pun tak best, nanti susah gak nak jual. Cuma tempoh jual beli ja yang lama sikit.

Kalau jumpa projek yang Freehold dan lokasi best macam projek dekat Sepang ni. Cepat-cepat beli sebab anda dah tau kelebihan freehold.

 

RUJUKAN: Halalmoney

Leave a Reply