Lelaki Ini Marah Gila 8 Bulan Beli Rumah Tapi Belum Dapat Kunci

Lelaki Ini Marah Gila 8 Bulan beli Rumah Tapi Belum dapat Kunci

Lelaki Ini Marah Gila 8 Bulan Beli Rumah Tapi Belum Dapat Kunci. Kalau yang pernah beli rumah, mungkin korang akan kata “Alah, relax la, baru 8 bulan kot”. Haaa…Tapi tak semua tahu proses jual beli rumah ni. Ada client yang complain, dia beli 8 bulan belum dapat kunci, kawan dia beli rumah, 3 bulan ja dah dapat kunci dan terus boleh duduk.

Siapa yang suka tunggu lama-lama kan lepas bayar berpuluh-puluh ribu untuk beli rumah. Mesti la tak sabar nak dapat rumah. Kat kepala dah imagine camna nk renovate rumah, nak hias rumah. Tunggu punya tunggu, nak dekat setahun belum dapat kunci, siapa tak marah.

Jom kita sembang sikit punca-punca korang dapat rumah lambat, kita ambik point yang utama je:

FREEHOLD/LEASEHOLD

Kalau rumah anda status FREEHOLD, dan tiada lagi apa-apa sekatan, ini paling cepat. Dalam 3-4 bulan dah setel tukar nama geran. Kalau LEASEHOLD, ini akan melambatkan lagi proses, tambah lagi dalam 3 bulan. Sebabnya, lawyer kena dapatkan kebenaran untuk tukar nama, lepas tu baru boleh pergi tukar nama. Kat sini saja dah 6-7 bulan. Sama jugak kalau tanah rezab melayu.

STRATA TITLE

Ini pulak untuk rumah yang memerlukan strata. Kalau rumah yang korang beli, belum ada strata title. Yang ni lawyer korang kena convert title rumah tu jadi strata dulu, kalau developer rumah tu masih ada, dalam 3-4 bulan jugak diperlukan. TAPI, kalau developer dah bankrupt. Yang ini memang lambat, banyak kerja lawyer korang kena setelkan, memang akan makan masa sangat lama.

SEKATAN/KAVEAT

Kalau tiba-tiba ada pulak yang kaveat rumah owner lama, owner lama nak kena setelkan kaveat tu dulu. Tapi ini selalunya disemak sebelum owner jual rumah. Cuma, kadang-kadang owner dah check semua ok, tetiba time nak jual ada pulak yang kaveat last-last minit. Kalau yang bertanya, kaveat ni apa, ianya adalah sejenis sekatan yang menyekat owner daripada melakukan sebarang urusan ke atas rumahnya. Boleh check dengan pejabat tanah.

BUMI LOT

Ini pulak jika anda bukan bumiputra, nak beli rumah berstatus bumi lot, senang kata pemiliknya adalah bumiputra. Ini pun kena mintak kebenaran atau concern. Sekali mintak 3 bulan proses, kalau ditolak boleh buat rayuan lagi, tapi tambah lagi 3 bulan.

Proses ringkas boleh tengok di bawah ni:

KESIMPULAN

Sebelum beli, korang tanya la dulu perunding hartanah, berapa anggaran masa. Tak perlu la korang tertunggu-tunggu. Pastu, selalu la update dengan lawyer korang, tapi jangan la call hari-hari lak, update la sebulan sekali ke, sebab korang dah tau proses jual beli ni macam mana. Lagi satu, selalunya beli dengan perunding hartanah lebih cepat sebab diorang ni dah kenal lawyer yang power-power ikut kes rumah. Lawyer pun memainkan peranan gak tau. Apa-apa pun, pilihan ditangan anda.