Tak dapat nak dinafikan lagi betapa ramainya anak muda harini yang mengalami kesukaran untuk memiliki rumah pertama mereka. Banyak kesilapan yang sebenarnya mereka lakukan tanpa mereka sedar.

Jadi bagi yang muda, jom ambil tahu sebab dan punca kenapa terjadi sebegitu sebelum terkena esok hari.

Kenapa Anak Muda Susah Nak Beli Rumah Pertama?

1. Belanja tak kena gaya

First time dapat gaji sendiri ni, haa lupa dah. Rasa diri tu dah kaya. Gaji tak seberapa. Duit masuk pagi, petang dah angkat Iphone. Up-to-date katanya. Benda boleh hutang, buat apa nak fikir banyak, janji latest sudah.

Outfit pun taknak kalah, semua branded, Levis,Polo,Lois. Makan pulak nak yang mahal-mahal je, barulah ada gaya. Bagi saya, memang tak salah nak beli benda yang kita nakkan dari dulu sebab duit yang kita guna tu pun hasil titik peluh kita sendiri juga.

TAPI biarlah berpada-pada. Sekali dua dalam sebulan makan mewah tak apalah juga. Ni kalau dah setiap minggu makan luar, memang rabaklah jawabnya.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

2. Dream Car

Siapa je kat dunia ni yang tak ada kereta impian? Mostly semua mesti ada pilihan masing-masing dari segi warna, jenama, design dan sebagainya.

Tak salah pun ada impian untuk ada kereta mewah, sebab dengan impian boleh jadi kenyataan. TAPI yang menjadi masalahnya ialah gaji tak kena dengan kereta. Bayangkan gaji baru RM2300 sebulan, nak beli kereta buatan matahari terbit. Agak-agak ngam tak?

Secara jujurnya tak kena gaya. Ye memang betul yang ni adalah kereta idaman anda. Namun begitu, anda seharusnya lebih bijak. Ambil kira setiap kos yang diperlukan untuk kereta tu dari segi minyak petrol, ansuran bulanan, tol, servis kereta, dan sebagainya. Jangan disebabkan nak nampak hebat di mata orang, diri anda yang merana.

Stabilkan dulu kewangan anda, bila dah stabil nanti barulah boleh beli. Lebih mudah nanti nak mantain kereta tu.

3. Tak Tahu CashFlow

rumah pertama

Duit ni memang susah nak dapat, tapi senang nak habis. Betul tak? Kadang-kadang tu rasa macam air je, bulan ni dapat gaji, bayar sana bayar sini, tahu-tahu dah tinggal seposen je dalam poket. Sendu je rasa tengah bulan tu.

Jadi, anda perlu lebih bijak dalam mengawal cashflow anda. Catat mana duit tu pergi, mana tahu ada terlebih boros ke bulan tu. Kalau boleh buatlah bajet dalam setiap pembelian. Barulah nampak bijak berbelanja.

Tambah pula, dunia sekarang dah maju. Semua benda hujung jari. Banyak aplikasi yang free je boleh kita download daripada Playstore/AppStore untuk lebih mudah membuat pengiraan cashflow kita. Sebagai contoh Monefy, Toshl, GoodBudget, dan My Tabung. Kan lebih mudah tu.

BACA: Cara Buat Simpanan RM50k Untuk Beli Rumah

4. Tak Buat Saving

rumah pertama

Masa muda lah masa yang paling syok untuk berjoli sana sini. Mana taknya kudrat masih ada, duit pun dapat setiap bulan kan. Enjoy la dulu.

Bangkit dan sedarlah anak muda bahawa kalau anda tak mula menyimpan dari usia muda padahnya di kemudian hari. Takkan dah meningkat usia nanti baru nak sedar diri.

Pertamanya anda kena bijak dalam membezakan keperluan dan kehendak. Kalau terlampau ikut nafsu memang makan diri.

Cuba menyimpan dalam 10% daripada gaji sejak mula bekerja. Kalau taknak 10% sebagai permulaan, rendahkan kepada 5% sebagai permulaan mengikut peratusan yang anda ingin tetapkan. Slowly but surely, anda akan nampak hasilnya. Lagi awal anda mula, lebih baik.

Sebabnya adalah untuk pastikan anda ada kekuatan kewangan yang kukuh, barulah bank percaya anda mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti. Barulah nampak steady.

“Alah gaji kecik je, mana boleh nak simpan”. Dalam kaedah menabung, bukan soal kecil besar pendapatan tu. Prinsip menyimpan hanyalah berterusan atau konsisten ye. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

5. Banyak Hutang

Bayangkanlah waktu study pun anda dah hutang PTPTN. Itu pun belum settle lagi. Ini pulak yang dah kerja tu. Dah dapat kerja pergi buat pinjaman peribadi, terutamanya yang kerja sektor awam. Slip gaji ada, tak fikir panjang dah.

Alasan demi alasan yang keluar daripada mulut, kata nak kahwinlah, itulah inilah. Asal nampak grand, redah je. Sudahnya, anda yang menanggung. Jangan sampai anda terduduk dengar hutang berjela duk bisik-bisik kat telinga anda. Inikan pulak nak memiliki rumah pertama.

Haa tambah pulak yang jenis kaki shopping. Beli pulak guna kad kredit A.K.A silent killer agung zaman ni. Anda swap sana swap sini tak kawal, kelak memang merana. Kalau anda nak tahu, interest kad kredit merupakan interest paling tinggi yang boleh mencapai 18%. Jadi bijak-bijaklah menggunakan kad kredit.

Kesimpulan

Pada anak muda, biar kita nampak tiada duit, tapi dalam bank lebih lima angka. Jangan sebab nak nampak kaya anda jadi papa kedana. Abaikan apa yang mereka kata. Manis di mulut mereka, hakikatnya anda yang sengsara. Sudah-sudahlah dengan sikap biar papa asal bergaya. Agar hidup aman bahagia.

Pegang kata-kata ini,

Rich people stay rich by living like they’re broke. Poor people stay poor by living like they’re rich. Act Your Wage

BACA LAGI: Jenis Hutang Yang Anda Perlu Tahu Untuk Beli Rumah

BACA LAGI: Kesilapan Besar Pembeli Rumah Pertama

 

Pening nak beli rumah ikut bajet yang sesuai? Apa susah klik je sini : Beli Rumah, nanti kami tengokkan.