3 KESILAPAN BESAR pembeli rumah pertama!

Dalam pembelian rumah pertama, korang mesti rasa takut dan banyak persoalan yang bermain di minda mengenai pembelian rumah tidak kira  untuk kediaman sendiri atau rumah pelaburan, pembelian rumah pertama sangat mendebarkan. Selain itu, perkara yang paling ditakuti oleh pembeli rumah pertama adalah melakukan kesilapan dan boleh memberi impak yang besar pada masa hadapan. Manusia kan belajar dari kesilapan, jadi sis nak share kat korang agar korang jauhi 3 kesilapan ini dan hilangkan ketakutan dan kebimbangan dalam pembelian rumah pertama.

1. KURANG ILMU

Kesilapan yang paling utama dan bahaya  dalam pembelian rumah adalah KURANG ILMU. Dalam proses pembelian rumah, terdapat banyak prosedur dan juga kos yang perlu dikeluarkan bagi pembelian rumah ini dan kalau korang tak fahami betul-betul proses ini, korang berpontensi tinggi umtuk ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Macam mana korang nak atasi kesilapan ni? Sekarang korang dah mula langkah yang pertama dengan membaca artikel ini. Korang kena mulakan mencari ilmu tidak kira melalui pembacaan, seminar hartanah ataupun apa jua sumber ilmu pilihan korang. Malah, KakiProperty juga ada menyediakan program ‘mentorship’ bagi pembelian rumah pertama tau! Kalau korang berminat, korang boleh tekan SINI untuk maklumat lebih lanjut!

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

2. KURANG MODAL

Modal memainkan peranan yang penting dalam melancarkan proses pembelian umah.  Modal bukan sahaja melibatkan deposit rumah kerana walaupun anda mungkin mendapat margin pembiayaan sebanyak 100 peratus dari pihak bank, anda masih memerlukan modal bagi  contohnya pembayaran kos guaman, tunggakan cukai  jika ada dan sebagainya.

Walaupun modal memainkan peranan yang penting, sukar mengumpul modal tidak boleh dijadikan alasan mudah untuk generasi muda bahawa pembelian rumah ini merupakan proses yang sukar kerana terdapat pelbagai cara untuk mengumpul deposit rumah dan modal ini  dan korang boleh gunakan tips yang disediakan kat SINI sebagai rujukan.

3. KURANG kajian terhadap rumah yang ingin dibeli

Bagi pembelian rumah tidak kira sama ada sebagai pelaburan atau untuk menetap sendiri, kajian terhadap pasaran rumah korang sangat penting bagi mengelakkan korang tersilap membuat pembelian. Kajian terhadap pasaran hartanah yang dibeli sangat penting untuk menilai rumah yang dibeli dari faktor keselamatan, geografi dan fasiliti yang berdekatan.

Ini kerana setiap orang mempunyai kriteria mereka sendiri bagi rumah yang sesuai dengan gaya kehidupan dan juga kemampuan kewangan mereka. Kajian yang teliti terhadap rumah yang ingin dibeli akan memberikan keputusan yang terbaik dengan nilai yang terbaik.

Kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan namun dengan adanya ilmu, modal dan kajian yang betul korang tidak akan mengulangi kesilapan besar yang boleh menjejaskan kewangan dan kehidupan korang. Semoga berjaya semua!

Nak beli rumah ikut bajet yang ada? Anda boleh ke sini: Beli Rumah