Banyak juga mintak tips cara simpan duit deposit untuk beli rumah ni. Jom kita bincang 5 cara simpan duit deposit khas untuk anda yang nak beli rumah.

5 Cara Simpan Duit Deposit

1) Simpan biasa

Kalau simpan biasa ni semua orang tau kan? Tapi bab simpan cara simpan duit deposit biasa ramai yang gagal, betul tak?

Sebab, asal sampai hujung bulan je, duit habis. Kalau tak habis pun, tinggal la dalam RM100-200 kat bank tu.

Untuk menyimpan cara biasa, anda perlu “save and spend” iaitu simpan dulu yang selebihnya baru anda guna untuk belanja.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Sediakan target berapa nak simpan sebulan. Dapat je gaji, terus simpan kat akaun bank yang lain. Kalau boleh, kad ATM bank tu pun jangan ada, kalau ada asyik nak pergi cucuk je.

Yang lebih tu la baru anda budget untuk perbelanjaan yang lain, dengan cara tu la takkan terlebih guna untuk benda yang bukan keperluan.

2) Simpanan unik

Simpanan unik ni pun anda boleh combine dengan simpanan biasa. Simpanan ni lebih kepada menabung.

Sediakan tabung yang susah nak dibuka. Masukkan duit RM20 dan RM5 setiap hari jika anda dalam dompet anda setiap kali pulang ke rumah.

Nampak sangat biasa, tapi kalau anda boleh cuba pasti akan nampak hasil setelah beberapa tahun. Yang penting ada disiplin.

3) Side income

Yang ini pula memerlukan kerajinan. Anda boleh menyimpan dengan cara buat side income seperti dropship.

Contoh yang seorang rakan kita buat, dia akan menyimpan setiap keuntungan yang dia dapat daripada dropship.

Akaun bank khas hanya untuk dropship, untung tu dia tak sentuh pun. Sebulan dia boleh simpan dalam RM600-1000.

Kenapa dropship? Untuk golongan bekerja, dropship paling senang sebab anda tak perlu nak beli stok dan pos. Anda hanya perlu ambil order je. Tak terlalu mengganggu masa.

4) Force saving

Satu lagi yang terbaik jika anda tak boleh disiplin kan diri untuk menyimpan cara biasa.

Khas untuk pengguna Maybank2u. Bank lain belum dapat info.

Dalam maybank2u yang terbaru, ada feature baru di namakan Goal Savings Plan.

goal savings plan maybank

Goal Savings Plan Maybank

Anda boleh “create goal” yang anda inginkan (lihat gambar di atas). Lepas tu boleh set berapa tiap-tiap bulan nak ditolak, dan selama berapa bulan. Minimum 3 bulan dan maksimum 120 bulan.

Sistem akan tolong simpan/tolak secara automatik. Jadi tak perlu risau kalau terlupa.

5) ASB Financing

ASB Financing pulak adalah membuat pembiayaan ASB dengan had kelayakan yang anda mampu. Kalau boleh maksimum RM200,000, buat je.

Kalau anda simpan secara biasa ke dalam ASB, jumlah anda dapat sikit. Tapi kalau anda buat ASB financing, lebih banyak anda berpotensi dapat.

Lagi sekali, JANGAN usik duit pembiayaan tu. Biar ja dalam tu sampai cukup anda buat deposit beli rumah.

BACA LAGI: Cara Buat ASB Financing

Cara-cara di atas bukan la semua orang boleh buat, tengok kepada situasi dan keselesaan seseorang. Ada yang suka simpan sendiri, ada yang tak boleh disiplin simpan, ada yang suka buat ASB. Jadi, anda boleh la cuba yang paling sesuai dengan anda.

Anda nak beli rumah mengikut bajet yang diingini, bolehlah ke sini: Jual/Beli Rumah, nanti kami tengokkan.