Dah lama simpan duit untuk beli rumah, dah cukup untuk jadikan deposit, tapi nak tahu tak prosedur untuk membeli rumah terutama yang first time nak beli rumah ni?

Prosedurnya tak la pening sangat, cuma anda perlu tahu untuk memudahkan anda membeli rumah.

Berbeza dengan proses pembelian rumah sampai dapat kunci rumah, yang itu saya dah cover dalam artikel yang lain. Kali ini lebih kepada persediaan sehingga anda sign SPA (Perjanjian Jual Beli)

BACA LAGI: Proses Pembelian Rumah

“Apakah Prosedur Untuk Membeli Rumah”

1) Semak Kelayakan

Paling penting adalah menyemak kelayakan anda. Berapakah harga rumah yang anda layak untuk beli. Semak juga kalau ada sangkut dengan CCRIS.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Pergi dekat mana-mana pegawai bank pinjaman perumahan, bawa semua detail income anda untuk semakan. Nanti pegawai itu akan bagi anggaran kasar harga maksimum rumah yang anda boleh buat loan.

Kalau ada sangkut dengan CCRIS, anda settlekan yang itu dulu ye. Baru la terus dengan prosedur untuk membeli rumah yang lain.

2) Survey Kawasan dan Harga

Bila dah dapat kelayakan anda, boleh la mula survey rumah yang di dalam kelayakkan anda. Sebaik-baiknya anda pergi sendiri ke kawasan tersebut.

Anda boleh survey dari segi kemudahan yang ada di tempat tu, dan rumah-rumah ada di kawasan tu.

Kemudian, survey harga rumah-rumah di kawasan tu. Yang mana lebih rumah dan sesuai dengan anda.

3) Viewing Rumah

Bila semua dah survey, tiba masa anda untuk buat inspection ke atas rumah di kawasan tersebut. Sebaiknya guna agent, sebab agent selalunya akan ada beberapa buah rumah di kawasan tu. Boleh la tengok dua tiga buah terus.

Lagi pun, kalau melalui agent ni dapat memudahkan kerja anda jugak untuk prosedur yang seterusnya. Yang bayar agent fee pemilik rumah, jadi guna la kesempatan tu untuk memudahkan anda.

Masa viewing rumah ni, check semua benda terutamanya kebocoran, keretakkan, dan lain-lain. Ini untuk mengelakkan anda mengeluarkan duit lebih untuk repair lepas dapat rumah dan juga sebagai point untuk nego harga.

4) Runding Harga

Kalau dah puas hati dan berminat dengan rumah tu, tiba masa untuk anda nego. Lihat kepada inspection tadi, ada apa-apa masalah yang anda jumpa tak? Kalau ada masalah, itu boleh dijadikan point untuk minta kurang harga.

Tapi kalau rumah perfect, siap renovate dapur la, tambah itu ini, anda nak nego agak susah. Kalau puas hati teruskan prosedur berikutnya.

Prosedur untuk membeli rumah

5) Membayar Earnest Deposit (Booking Fee)

Bila dah confirm nak beli, anda kena bayar earnest deposit atau booking fee. INGAT, jangan bayar cash kepada individu termasuk la pemilik rumah.

Anda perlu bayar kepada/atas nama pemegang amanah iaitu agensi agent atau peguam (jika tak guna agent). Pihak ini akan pegang earnest deposit anda.

Fahamkan klausa-klausa yang ada dalam Offer to Purchase Form (Borang booking) bagi mengelakkan booking anda burn atau pihak-pihak tertentu ambil kesempatan.

6) Apply Loan dan Lantik Peguam

Ha, yang ini kalau anda guna agent memang boleh skip dah. Sebab agent akan uruskan untuk anda.

Kalau anda buat sendiri, anda perlu apply loan untuk rumah anda dengan beberapa bank. At least 3 bank. Sebab anda nak tengok offer loan yang paling rendah interest rate.

Kalau loan kena reject, anda perlukan selalunya dua rejection letter untuk dapatkan kembali booking anda bergantung kepada term dalam Offer to Purchase Form.

Melantik peguam ni agak penting, sukar bagi anda yang tak kenal peguam. Sebab setiap peguam mereka ada kepakaran masing-masing. Ada yang mahir dengan rumah low cost, yang mahir dengan leasehold, dan beberapa kes yang lain.

Kalau anda lantik peguam yang tak pakar dengan kes rumah yang anda beli, lambat la anda dapat rumah. Bagi yang guna agent, tak perlu risau tentang hal ini sebab agent dah kenal peguam-peguam mengikut kepakaran mereka.

7) Tandatangan Perjanjian Jual Beli

Setelah dapat offer letter loan dan melantik peguam, peguam anda akan menyediakan Perjanjian Jual Beli atau SPA. Selalu dalam 14 hari bekerja dalam boleh siap.

Semasa anda sign SPA ni, anda perlu bayar baki deposit kepada pemilik rumah. Tolak la berapa anda bayar earnest deposit sebelum tu. Kalau deposit 10%, anda bayar earnest deposit 3%, masa sign SPA bayar 7% je la.

Kebanyakkan peguam juga akan mintak bayaran khidmat peguam waktu ini. Jadi sediakan duit lebih.

BACA LAGI: Kos yang terlibat dalam pembelian rumah

Selepas sign SPA ni, semuanya adalah proses pindah hak milik yang mana akan diuruskan oleh peguam anda. Dah tau prosedur untuk membeli rumah ni, boleh la anda membuat persiapan awal.

Bagi yang masih buntu mencari rumah untuk dibeli mahupun disewa, anda boleh ke sini: Beli/Sewa Rumah, nanti kami tengok mengikut kesesuaian anda.