Semua sedia tahu bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan pada 9 Mei 2018, iaitu pada hari Rabu. Pilihan Raya Umum merupakan masa untuk rakyat menentukan masa depan diri sendiri serta negara.

PRU14 adalah platform terbaik untuk menterjemahkan sokongan dan pilihan masing-masing. PRU14 kali ini juga adalah peluang yang mesti digunakan sebaik mungkin untuk memilih parti yang benar-benar layak menjadi kerajaan bagi mentadbir tanah air kita. Saya selaku rakyat Malaysia merasa tidak sabar untuk memangkah dikertas undi dan juga lebih teruja untuk mengetahui keputusannya nanti yang dijangka sengit.

Menurut perunding hartanah, Khairul Nizam, pilihan raya umum di Malaysia memang memberi impak kepada kehidupan rakyat Malaysia.

Walaupun ramai rakyat Malaysia rasa tiada perubahan. Tetapi secara tidak langsung, memang terasa.

Menjelang setiap pilihanraya, kita akan dibanjiri dengan manifesto, janji-janji atau bahasa mudahnya ‘gula-gula’ pilihan raya.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Sebagai contoh, sewaktu PRU13 yang lepas, kedua-dua pihak, BN dan PR menjanjikan harga kereta akan turun. Tapi bagaikan hujan, kepala rakyat Malaysia lencun dengan ‘kencing’ dan menjadi haring. Janji tinggal janji. Harga kereta masih sama dan ada juga semakin naik.

Menurut beliau lagi, kebergantungan kita kepada polisi kerajaan amat tinggi. Dijanjikan dengan kereta murah, kita ‘hold’ niat untuk membeli kereta sambil menanti bilakah janji itu akan ditepati. Bagaikan menunggu bulan jatuh ke riba, begitulah juga kita akan terus kecewa.

Untuk PRU14, kedua-dua pihak menjanjikan rumah mampu milik. Jumlah rumah mampu milik yang dijanjikan sebenarnya tidak dapat menampung permintaan sedia ada.

Rakyat perlukan tempat berteduh. Polisi yang diharapkan dapat meringankan beban rakyat menjadi punca rakyat ‘hold’ seketika niat mereka untuk memiliki hartanah sendiri. Dengan harapan, jika salah satu pihak menang, mereka dapat memiliki rumah mampu milik yang dijanjikan pihak pemerintah.

Kita perlu lihat, di mana kita berada. Adakah kita miskin tegar? miskin bandar? atau hanya orang pertengahan?

Polisi-polisi yang ada, banyak menjurus kepada bantuan terhadap yang tidak berkemampuan. Contoh: pendapatan RM4,000 ke bawah dan sebagainya. Antara bantuan yang mereka dapat ialah BR1M, Rumah mampu milik, PR1MA dan lain lain.

Di mana bantuan untuk golongan pertengahan? Yang bergaji RM5,000 ke atas? Boleh kata,hampir tiada. Cukai kena bayar lagi banyak adalah. Nak rumah murah, tak layak. Nak mohon BR1M, tak lepas.

Jadi, apa perlu dilakukan golongan pertengahan? Rancang ekonomi keluarga sendiri. Ambil peluang yang ada tanpa perlu menunggu ‘gula-gula’ yang dijanjikan. Simpan bajet, laburkan ke mana-mana yang boleh menjadi ‘income’ tambahan buat anda. Laburkan lah di unit amanah ke, hartanah atau mana-mana pelaburan yang anda rasa sesuai.

Dan tidak lupa juga, undilah pihak yang berkaliber dan bukan sekadar bercakap kosong.

Jadilah rakyat yang bijak. VOTE!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.