Berita Hartanah

Pasaran Hartanah 2018 Fokus Pembangunan Rumah Mampu Milik

Prospek hartanah pada tahun ini dijangkakan akan memberikan fokus yang lebih kepada pembangunan rumah mampu milik berikutan trend pemaju yang berlumba-lumba ingin memenuhi keinginan rakyat.

Pasaran Hartanah 2018 Fokus Pembangunan Rumah Mampu Milik

Pasaran Hartanah 2018 Fokus Pembangunan Rumah Mampu Milik

Disebabkan segmen permintaan tersenut yang semakin bertambah membantu meningkatkan tahap persaingan dari kalangan pemaju untuk menghabiskan unit yang belum terjual.

Ini boleh membantu mereka untuk meningkatkan momentum dalam pertumbuhan pendapatan syarikat. Peningkatan dalam permintaan di dalam segmen tersebut juga amat menggalakkan untuk menyebabkan pemaju kini kembali fokus kepada segmen tersebut.

Seri Baiduri

Penurunan jualan hartanah dijangka bakal menjadi antara cabaran utama bagi sektor berkenaan dan pemaju yang juga turut menghadapi kesukaran termasuk berdepan risiko pinjaman bank yang semakin tegas syarat-syaratnya.

Baca: Bajet 2018 Membincangkan Isu Berkaitan Rumah Mampu Milik

Ini kerana bank menjadi lebih berhati-hati terhadap sektor hartanah walaupun terdapat minat yang tinggi yang ditunjukkan oleh pembeli yang berpotensi. Terutamanya mereka yang ingin menaik taraf ke kediaman yang lebih baik.

Terdapat kemungkinan margin yang lebih rendah termasuk tekanan kos tambahan bagi harga jualan tinggi apabila sentimen lemh terpaksa ditanggung pemaju.

Malah dilihat prestasi sektor perumahan masih ditahap perlahan dan meneruskan aliran menurun menjelang pilihan raya nanti.

Leave a Reply