Ramai anak-anak muda sekarang yang nak membeli rumah sendiri. Bagus kesedaran itu dah ada. Persoalannya sekarang bagaimana nak membeli rumah? Harga terlalu mahal bagi orang muda yang baru berkahwin. Harga rumah di Lembah Klang dah mencapai harga lebih dari RM 600,000 untuk unit 3 bilik apartment. Jadi apakah cara anda untuk beli rumah PR1MA?

Salah satu caranya adalah dengan membeli rumah prima/PR1MA.

beli rumah PR1MA

Apa itu rumah prima / PR1MA?

Rumah prima / PR1MA adalah rumah dibawah perbadanan PR1MA Malaysia ( PR1MA) yang ditubuhkan di bawah akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan yang berkualiti tinggi untuk penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Harga untuk rumah prima / PR1MA dalam RM 100,000 sehingga RM 400,000. Jadi sangat sesuai untuk yang baru berkahwin atau yang ingin membeli rumah pertama.

Saya pernah tolong client saya ini untuk membeli rumah prima / PR1MA. Fresh grad, baru setahun bekerja. Alhamdulillah lulus.

Sebab itu saya fikir, rumah prima / PR1MA ini sesuai untuk pembeli muda.

Bagaimana cara nak beli rumah prima / PR1MA?

1. Periksa syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang atau berkahwin
  • Umur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga(Suami Isteri) antara RM 2,500~RM 10,000
  • Tidak memiliki lebih dari 1 hartanah sama ada anda atau pasangan anda

2. Buka akaun prima / PR1MA di website mereka.

Ini adalah link rumah prima: PR1MA

Anda perlu memberi no KWSP, no cukai, maklumat kerja anda, slip gaji, salinan IC dan perkara-perkara yang lain.

Apabila anda dah daftar, anda akan dimaklum oleh pihak prima kalau ada projek baru yang dilancarkan. Tapi saya cadangkan untuk selalu semak website mereka. Kerana takut email itu tidak sampai kepada anda dan anda terlambat mendapat maklumat.

Selepas itu anda boleh pilih untuk mengundi di rumah yang anda berminat. Tidak semua boleh membeli rumah ini ya! Jika anda terpilih anda boleh mula untuk mencari pinjaman.

3. Pinjaman

Jadi anda boleh memilih dari bank panel prima / PR1MA untuk membuat pinjaman anda.Terdapat beberapa bank yang telah dipilih. Ini adalah kelebihan pinjaman rumah prima.

1) Boleh pembiayaan sehingga 110%

2) Tiada deposit jika dapat pinjaman maksimum

3) Tidak perlu membayar interest sehingga rumah siap!

Kesimpulan

Wah, banyak kelebihan yang akan anda dapat jika membeli rumah prima / PR1MA ini. Jangan lupa, Stamp Duty untuk SnP adalah percuma ya. P.M kita sendiri, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang announce.

Cantik ke rumah prima / PR1MA ini?

mengikut kepada harga, lebih daripada cukup untuk yang berkeluarga. kita kena pandai menggunakan ruang yang terhad. Boleh la anda ke IKEA untuk mendapatkan ilham.

Saya tunjukkan gambar rumah prima / PR1MA ini

Ini sahaja artikel yang saya karang untuk hari ini. Harap dapat membantu pembaca semua.


Oh ya, kalau tak boleh nak beli rumah Selangorku sebab banyak syarat, boleh try tengok rumah SPNB di Cyberjaya ni!!  

Harga dalam RM390K dan kalau ikut dengan harga tu lebih kurang je harga rumah PR1MA pun. Considering kawasan Cyberjaya ni banyak mahal-mahal, ni kira murah ni sebenarnya.

Yang best nya tak ada banyak requirement macam rumah PR1MA! boleh try tengok rumah SPNB di Cyberjaya ni!! 

Kalau tak berkenan jugak, tadahal, haa klik je sini: Sewa/Beli Rumah