Perasan tak kalau lalu  tepi jalan, akan nampak billboard besar Neelofa yang anggun bergaya dan bijak bestari tu promo kan satu skim? Skim apa tu? Sebenarnya skim ni pun dah banyak iklan dia. Neelofa pun suruh melabur dalam skim pelaburan ni tau! Namanya, Skim Pelaburan AHB.

 

Comel betul Neelofa ni.

 

haaa..ingat tak makcik ni? Bangunan ni makcik punya!!

Jadi apa sebenarnya pelaburan ni? Ini bukan scam kan?

 

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Amanah Hartanah Bumiputra

Amanah Hartanah Bumiputra adalah satu skim pelaburan yang dilancarkan kerajaan melalui syarikatnya, Pelaburan Hartanah Berhad untuk memberi peluang KHAS kepada Bumiputra untuk melabur dalam hartanah.

Ianya di cipta untuk membantu Bumiputra kerana pegangan Bumiputra terutama dalam hartanah komersil masih lagi rendah. Maka masih wujud ketidakseimbangan dari segi penguasaan ekonomi.

patuh syariah. dan boleh mula dengan rm100 je!!

 

Bila kerajaan buat skim ni, maka kita yang tak mampu nak beli bangunan bernilai berjuta-juta, masih lagi tetap dapat melabur dalam sektor hartanah. Walaupun dengan modal sekecil RM100 sahaja!

Minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak ada melancarkan penambahan unit AHB sebanyak 500 juta unit. Menjadikan keseluruhan dana AHB sebanyak 4 billion unit. AHB ini bukanya baru di lancarkan, tetapi telah diperkenalkan semenjak tahun 2010! Mungkin kerana mendapat sambutan ramai, maka penambahan unit di buat.

Senang cerita AHB ni macam korang melabur dalam ASB jugak lah. Tapi AHB ni khas target kepada sektor hartanah!

Sebenarnya, AHB ini bertujuan untuk menarik minat Bumiputera melabur untuk pemilikan aset hartanah komersial di Bandar. Antaranya:

Nu Sentral                                                                                                DEMC Specialist Hospital

dan banyak lagi..

Berapa jumlah pelaburan AHB?

Kalau dulu masa mula-mula diperkenalkan. Minimum pelaburan sebanyak RM1,000 tetapi tidak lagi. Sekarang hanya RM100 untuk melabur dalam AHB! Malah dividen di bayar 2 kali dalam 1 tahun kewangan berakhir. Maka,jangan lepaskan peluang ini. Pelaburan ini hanya dibuka untuk Bumiputera sahaja!

Cara mudah membuat pelaburan dalam AHB.

Pasti ada yang berminat tetapi masih tertanya-tanya bagaimana hendak melabur dalam Amanah Hartanah Bumiputera. Jadi bagaimana?

Memandangkan Isnin yang lepas penulis berkelapangan.Maka cepat-cepat penulis menapak ke Maybank!

Ini langkah mudah untuk anda:

  1. Bawa kad pengenalan .

Sekiranya anda berumur 18 tahun ke atas bawa saja kad pengenalan anda. Untuk buka akaun  kanak-kanak, anda perlu bawa SIJIL LAHIR original ye.

 

  1. Tanya kaunter pertanyaan tentang pelaburan AHB.

Beritahu pegawai berkenaan sama ada anda ingin membuat pelaburan AHB atau membuat pelaburan tambahan. Beliau akan memberikan BORANG PENDAFTARAN AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA (Akaun Kanak-Kanak/Remaja) dan slip PELABURAN TAMBAHAN untuk diisi.

 

Semasa anda mengisi borang, pegawai bank akan arahkan anda bertemu dengan Finacial Advisor setelah selesai mengisi borang untuk disemak semula.

 

  1. Berjumpa dengan Financial Advisor.

Financial Advisor akan terangkan apa itu AHB. Sambil pegawai berkenaaan masukkan detail anda ke dalam sistem. FA juga akan memberikan nombor akaun pelaburan AHB kepada anda. Jangan segan untuk bertanya kalau ada sebarang kemusykilan ye.

 

Antara yang ditekankan, divide AHB akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda. Maka anda perlu menyatakan nama bank dan no akaun anda .

 

  1. Masukkan jumlah pelaburan anda.

Selesai saja berurusan dengan Financial Advisor. Beliau akan arahkan anda ke kauter pembayaran. Untuk AHB anda tak boleh bagi cash money. Anda perlu debitkan atau bayar menggunakan cek!

 

  1. Salinan di berikan.

Financial Advisor akan berikan salinan resit pada anda. Nama salinan ini ialah SALINAN PEMEGANG UNIT. Untuk makluman,AHB tidak ada buku akaun pelaburan ye.

 

Mudah saajakan?

Maka jangan lepaskan peluang untuk membuat perlaburan se minima RM100. Untuk golongan muda rebut peluang ini. Melaburlah sewaktu muda untuk kesenangan masa depan anda.

Kesimpulan

Antara yang disampaikan oleh pegawai bank tersebut, AHB ini dibuka hanya untuk Bumiputera. Maka keistimewaan hanya akan diberikan kepada golongan Bumiputera. Sedangkan ada non-bumiputera yang sangat meminati dunia pelaburan. Malah berangapan bahawa AHB ini sangat menarik untuk di miliki! Sangat lah rugi bilamana kerajaan kita dah menyediakan kemudahan kepada kita, Bumiputra (Melayu dan lain-lain Bumiputra) tetapi kita tak ambil peluang yang ada!

Jom melabur dalam AHB. Kita ikut macam Neelofa!

Jika ada sebarang komen, atau pendapat boleh la tulis diruang komen ya.

Oh ya, kalau tak boleh nak beli rumah Selangorku sebab banyak syarat, boleh try tengok rumah SPNB di Cyberjaya ni!! 

Jangan lupa untuk like FB kami di

FB : Kaki Property

#kakiproperty

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.