Dalam beberapa waktu ni banyak kes penipuan berkaitan rumah berlaku. Ada yang sedang di siasat dan masih lagi dalam tempoh pembicaraan seperti kes Boy Iman. Dan ada lagi entah tak tahu apa jadi seperti kes Ustaz ini! Yang paling baru adalah kes tipu beli rumah PPR. Apalah perangai menipu orang ni.

Mana dia pergi? Apa kabar agaknya?

 

Yang menipu jangan risau. Nanti jadilah macam orang dalam kes dibawah ni. Padan muka kena lokap! Tu lah, tipu beli rumah PPR lagi!

Tapi macam mana pun penipu ni pergi ke mana pun tak boleh lari.

Yang kes diatas adalah dalam bentuk menjanjikan rumah banglo atas tanah dengan harga yang murah. Tapi ada lagi jenis penipuan yang terjadi yang kita semua kadang-kadang dengar. Dia tak jadi dalam skala besar jadi tak lah jadi viral sangat. Tapi memang biasa lah saya dengar cerita macam ni.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Rumah PPR pun boleh jadi bahan tipu orang!

Kisah nya adalah penipuan rumah PPR.

Ceritanya macam ni, kerajaan kita memang ada projek di bawah skim perumahan mereka. Ada banyak skim perumahan yang membantu setiap golongan rakyat untuk memiliki rumah. Kalau rumah yang berkos rendah ada skim seperti rumah PPR ini. Untuk golongan pertengahan pula ada rumah PR1MA.

Manakala untuk golongan pertengahan atas SPNB pula yang ada pembangunan yang banyak tanpa perlu syarat-syarat seperti rumah PPR dan PR1MA. Sebagai contoh, rumah kondo SPNB di Cyberjaya ini di jual pada harga yang affordable dan sangat OK untuk kawasan ni dan dalam size dia. FREEHOLD lagi. Kalau rasa layak beli, terus daftar. Ni dapat rebate dan diskaun banyak. Tak payah keluar deposit!

 

OK kita sambung balik. Disebabkan syarat ketat untuk miliki rumah PPR yang biasanya harga puluhan ribu, maka ramai lah yang telan air liur je. Tapi ada lah wujudnya makhluk-makhluk yang tak ada sivik lagnsung ni, terlebih kreatif dan buat lah cerita yang mereka ni boleh tolong untuk dapat kan rumah PPR ni ikut jalan belakang!

Contoh macam ni. Baru RM35K. Siapa tak nak??

 

Maksudnya under table lah. Saya tak faham betul pemikiran orang macam ni. Jadi, pembeli ni fikir, yang ada peluang nak dapat rumah PPR. Tapi of course under table kena lah bayar sedikit kan. Duit kopi lah maksudnya.

Yang makhluk-makhluk ni pula caj lah duit kopi pada pembeli ni. Ni kat bawah saya bawak satu kisah benar. Memang padan muka dia masuk penjara! Tipu beli rumah PPR lagi! Kan dah kena.

Sumber dari Berita Harian

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku salah empat pertuduhan menipu pembelian rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini, dua tahun lalu.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Wong Chin Chok, 42, selepas dia mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mengikut pertuduhan, Chin Chok, yang beralamat di Bukit Kecil, di sini, didakwa atas tiga pertuduhan memperdaya Wee Siew Kiok, 46, untuk mempercayai tertuduh boleh menolong mendapatkan rumah pangsa PPR Padang Hiliran di sini, sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai keseluruhan berjumlah RM11,946.

Kan dah kena. Padan muka!

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memperdaya Wee Siew Kiok sehingga mangsa menyerahkan RM3,982 kira-kira jam 9.30 malam pada 2 Ogos 2015 di lokasi beralamat A116 Blok A Bukit Kecil, di sini.

Chin Chok didakwa melakukan kesalahan sama bagi pertuduhan kedua kira-kira jam 10.30 malam pada 2 Disember 2015 di lokasi sama dan didakwa melakukan kesalahan sama kira-kira jam 8.30 pagi 25 Disember 2016 di lokasi sama bagi pertuduhan ketiga.

Bagi pertuduhan keempat pula, Chin Chok didakwa memperdaya Wong Chun Boon, 51, sehingga mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,000 kira-kira jam 9 malam pada 17 Januari 2016 di Pejabat Kedai Karaoke Apple, Jalan Balik Bukit, di sini.

Abdul Hayyi kemudian menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 28 Mac lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 

Nampak tak macam mana makhluk Chin Chok ni kelentong mangsa dia Wee Siew Kok? Dia sembang lah dia boleh tolong dapatkan rumah PPR. Jadi dia mintak lah RM3982 dulu jadi duit kopi. Lepas tu tak berapa lama dia tambah cerita lagi, lepas tu dia mintak lagi RM8000.

Hujung-hujung jadi semua sekali sampai RM11 ribu lebih.

 

Nampak tak apa masalahnya di sini?

1. Tak percaya sistem

Dalam kes makhluk Chin Chok ni, saya padan kan muka dua-dua sekali. Sorang penipu sorang kena tipu. Dah tau benda ni salah yang buat juga apasal? Kalau kita layak, mohon lah. Ada rezeki kita, ada lah kita dapat. Memang lah kita ada dengar ada orang itu dapat ikut cara macam-macam, tapi kalau kita dengar-dengar je, betul ke? Dan kalau lah betul pun, kenapa kita nak jadi as part of the mistake too?

2. Bila kita bypass sistem, kita ambil hak orang. Lagi lah kalau kita memang tak layak

Kes tipu beli rumah PPR jadi macam ni selalu nya sebab tak layak nak mohon. Pendapatan mungkin lebih daripada had dia. Tapi ye lah. Rumah murah kan. Biasa PPR ni dalam RM50K je pun. Siapa tak nak! Itu lah macam mana pun hulur lah duit ikut jalan belakang. Konon-konon boleh dapat. Tapi melepas! Tahu tak, yang sebenarnya orang macam ni menzalimi orang lain. Orang lain mohon ikut saluran, kita pulak senang-senang hulur duit fikir boleh dapat. Tak patut!

3. Rasuah musuh kita semua!

Kita duk kecam orang rasuah sana, rasuah sini. Tapi bila masuk part kita, kita kata OK je. Orang lain pun buat. Rasuah ni abang akak, tak kira kecik atau besar. Kalau dah dari benda kecik kita rasa OK, tak kira lah apa yang lain pun, dia akan jadi budaya.

 

Kesimpulan

Kalau kita dengar something yang too good to be true, most probably it is not true. Jadi kalau kata lah ada orang offer benda yang macam susah nak percaya, tak payah lah percaya. Membongak je.

Bak kata arwah PRamlee (sedekahkan Al Fatihah pada beliau) dalam filem 3 Abdul :

————————————

Okay last but not least, kalau ada yang nak beli atau semak harga rumah, bolehlah ke sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.

 

One thought on “Padan Muka Kena Lokap! Tu Lah , Tipu Orang Beli Rumah PPR. Rasakan!”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.