Sekarang ni banyak projek di Cyberjaya yang berjalan. Ada sebab kenapa Cyberjaya is the future. Cyberjaya ni kalau nak tahu adalah lokasi yang akan laju membangun dalam beberapa tahun ni.

Saya ada menulis kenapa anda wajib consider Cyberjaya sebagai tempat anda ada hartanah sama ada nak duduk sendiri atau melabur. Anda boleh baca di sini: Cyberjaya, Baguskah Beli Hartanah Di Sini?

Antara bukti terdekat adalah kami sendiri pernah di jemput dalam perasmian Hospital Cyberjaya. Even sekarang pun Cyberjaya di diami oleh ramai orang apa lagi akan datang, maka Cyberjaya akan menjadi lively dan lebih conducive.

Jadi kami yakin projek yang kami nak sampaikan ni adalah amat bagus untuk anda beli sama ada untuk duduk sendiri atau pelaburan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Aspire Residence Oleh SPNB

Aspire Residence dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). SPNB adalah syarikat milik Kementerian Kewangan. Senang kata SPNB ni government punya lah dan projek yang dibangunkan oleh SPNB adalah projek-projek yang di bangunkan kerajaan. Ramai orang mungkin kenal PR1MA, tetapi SPNB telah wujud lebih lama dan telah membantu ramai rakyat memilik rumah.

Maka rumah yang di bina oleh SPNB adalah rumah-rumah dalam harga mampu milik dan lebih kepada memberi khidmat membekalkan rumah kepada rakyat berbanding untuk mengaut keuntungan besar-besaran.

 

Lebih Lanjut Tentang Aspire Residence

Aspire Residence terletak di Cyber 10, Cyberjaya. Hospital Cyberjaya hanya lah terletak di Cyber 11 tidak jauh dari sini. Ia nya dibina untuk memenuhi kehendak pelanggan yang inginkan kehidupan yang baik dengan harga rumah yang mampu milik.

  • Jenis pemajuan : Apartment Kondominium
  • Saiz : dari 900 sqft (3 bilik 2 bilik air) hingga 1608 sqft (4bilik 3 bilik air)
  • Jenis Pemilikan : FREEHOLD

 

Layout, Saiz Dan Kemudahan Yang Ada

Kami paparkan salah satu antara 4 layout di dalam projek ni. Semuanya bermula dari 3 bilik dan 2 bilik air. Di Cyberjaya mana nak dapat lagi rumah sebegini pada harga ini!

Ianya datang dalam 4 pakej layout iaitu :

 

Type A,B dan D datang dengan 3 bilik dan 2 bilik air. Type C datang dengan 4 bilik dan 3 bilik air.

Untuk kemudahan pula, SPNB memberikan nilai yang sangat baik dengan menyediakan kemudahan yang bertaraf tinggi!

Antara kemudahan yang ada di sini.

Harga dan Pakej

Harga untuk projek ini ditawarkan bermula pada harga sekitar RM 400K.

Walaupun begitu , pemaju memberikan pakej pembelian yang sangat-sangat menarik hingga kan harga nya menjadi lebih rendah daripada harga asal.

Lebih bagus lagi, dah lah harga murah, anda diberi banyak lagi pakej tambahan yang tak memerlukan anda mengeluarkan modal besar nak beli projek ini.

 

6 Sebab Kenapa Anda Wajar Pilih Aspire Residence?

Saya ada menulis artikel tentang adakah ianya satu pilihan yang baik untuk membeli di Cyberjaya. Boleh baca di sini. Tapi sebelum ke situ, baca sampai habis dulu.

1. SPNB adalah pemajunya

SPNB merupakan sebuah syarikat kerajaan dan mereka membina berdasarkan aspirasi kerajaan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang selesa pada harga yang berpatutan. Tambahan lagi, SPNB mempunyai rekod yang baik dalam menyiapkan rumah. Kerajaan punya projek kan. Lebih terjamin. Boleh tengok sini untuk tahu kejayaan-kejayaan SPNB

Dan lagi best, baru-baru ni pemaju projek ini sendiri iaitu SPNB Aspirasi mendapat anugerah Pembangunan Harmoni Kediaman Bertingkat Terbaik!!

Tahniah SPNB

2. Harga paling rendah dalam kelas nya dalam kawasan Cyberjaya

Mari kita bandingkan harga dengan perumahan sekitar kawasan ini yang sama saiz dan sama kelas. Maksudnya, ianya adalah kondo lengkap kemudahan, mempunyai jumlah bilik yang sama dan saiz yang sama.

Project ini bermula dari 900sqft (3 bilik 2 bilik air) hingga 1608 sqft (4 bilik 3 bilik air). Ianya datang dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, padang bola sepak, court futsal, dewan serbaguna, gymnasium, court badminton dan lain-lain.

Berbanding projek perumaha lain di kawasan ini, rata-rata sudah mencecah RM 500,000 untuk saiz sebegini yang dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan segala kemudahan lain sedangkan projek ini hanya di jual pada harga di bawah RM400,000!!

3. Kualiti yang bagus dan kemudahan yang baik.

Seperti di katakan, projek hasil dari SPNB ini terjamin kualitinya. Selain itu ia datang dengan pelbagai kemudahan bertaraf kondominium sesuai dengan statusnya dan aspirasi SPNB untuk menghasilkan produk berkualiti pada harga rendah.

4. Lokasi yang sangat sangat sangat baik

Lokasi nya di Cyber 10, Cyberjaya. Cyberjaya sendiri adalah bandar pintar yang akan membangun. Di sini sendiri ada pelbagai syarikat antarabangsa berkaitan teknologi. Selain itu akses untuk ke sini juga tak susah dan di hubungi dengan banyak lebuhraya.

5. Booster-booster Sekitar

a. Hospital Cyberjaya di Cyber 11

Hospital Cyberjaya akan di buka di Cyber 11 dan dijangka siap pada tahun 2020. Hospital ini besar dan mampu menempatkan 288 buah katil. Hospital ini juga dibina untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Cyberjaya, Dengkil dan Puchong.

Perasmian Hospital Cyberjaya

b. University-university terdekat

Cyberjaya adalah bandar yang hype. Ramai di sini terdiri daripada pelajar dan pekerja teknologi. Mereka ini adalah orang-orang yang berprofil tinggi dan profesional. Kemampuan pembayaran mereka juga tinggi sesuai dengan gaya hidup di Cyberjaya.

Antara universiti yang ada di sini adalah Multimedia Universiti, Lim Kok Wing Universiti, Cyberjaya University College of Medical Science, Universiti Islam Malaysia , Kirkby International College dan lain-lain lagi. Universiti-universiti ini mempunyai puluhan ribu pelajar.

c. High Speed Rail (HSR) dari Singapura ke Kuala Lumpur

Adakah anda tahu bahawa salah satu stesyen keretapi laju Malaysia-Singapura adalah di Putrajaya/Cyberjaya? 

Bilamana siapnya perancangan ini, maka akan ada ramai lah yang akan boleh ke Cyberjaya terutama untuk tujuan perniagaan. Jadi usahawan dari Singapura yang terkenal sebagai hub korporat Asia Tenggara boleh selalu datang ke Cyberjaya untuk bermesyuarat.  Ini akan meningkat kan lagi nilai hartanah di Cyberjaya.

Cadangan HSR di Putrajaya

6. Harga dan Pakej

Saya ada tulis kan di atas tadi. Harga asal projek ini bermula dari RM400K lebih. Tetapi pemaju memberikan diskaun dan rebate yang besar. Rebate yang besar ini memudahkan pembeli untuk membeli kerana tidak memerlukan modal awal yang besar. Hanya perlu membayar booking yang rendah sahaja.

Selain itu pemaju juga banyak memberikan nilai tambah dari segi perabot dan pakej-pakej lain yang tak dapat pada projek pembangunan lain.

Untuk beli rumah ni instalment dalam RM1800. Gaji dalam RM3700 bersih should be OK.

 

Pendapat Kami

Kami yakin kalau Tuan Puan tak membeli projek ini, maka rugilah Tuan Puan. Kami meyakini ianya adalah projek yang sangat bagus. Cuba fikirkan begini;

Di Cyberjaya, kebanyakan apartment baru adalah SoHo bersaiz kecil. Harganya pun dah dalam RM300K. Projek ini selepas rebate adalah sangat berbaloi untuk dibeli.

Tambahan lagi ia nya adalah FREEHOLD! Dan yang best nya, Cyberjaya memang merupakan bandar yang akan membangun. Dengan booster-booster seperti Hospital dan Keretapi Laju dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Kami fikir, dengan semua sebab di atas, amatlah rugi jika Tuan Puan tak mengambil peluang yang diberikan. Lagipun ini adalah projek kerajaan sendiri dan bukan mudah mendapat peluang sebegini!

Oleh yang demikian, jika Tuan Puan berminat, kami sarankan Tuan Puan daftar di bawah. Kami akan maklumkan kepada wakil jualan SPNB untuk menghubungi Tuan Puan segera!

 Borang Pendaftaran Informasi Aspire Residence