Bila bercerita tentang pembelian rumah, hanya dua saja sebab utama kita membeli rumah, sama ada untuk duduk sendiri atau pelaburan. Jaranglah ada sebab-sebab lain. Tapi yang selalu jadi masalahnya bila bab nak beli rumah ni adalah mencari modal beli rumah.

Modal beli rumah ni lah yang selalunya jadi punca ramai yang masih tak mampu nak beli rumah. Memang tak dapat nak nafikan lagi, beli rumah bukan modal kecil kecil. Semua melibatkan angka angka besar.

Jadi apa jalan lain yang anda boleh guna kalau modal beli rumah anda tak berapa nak ngam?

1) Undercon

Beli rumah yang masih dalam projek atau undercon.

Kenapa beli rumah undercon? Sebab selalunya akan ada diskaun seperti Early Bird Discount, Bumiputera Discount, dan beberapa lagi.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Ditambah lagi dengan kos guaman percuma, free SPA, free Loan, kos setem duti, dan MOT percuma termasuk dalam pakej rumah undercon ni. Jadi, anda dah dapat jimat banyak kos dalam pembelian rumah.

Di samping, kebanyakan rumah baru tak perlukan deposit pun untuk beli rumah atau dipanggil Zero Deposit. Kalau ada pun, maybe pemaju akan minta dalam RM1,000 saja untuk deposit dan selebihnya akan diproses oleh panel bank yang dilantik pemaju.

2) Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Guna pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai medium untuk mendapatkan modal beli rumah.

Jika anda menyimpan biasa sebanyak RM1000 sebulan,

RM1000 x 12 bulan x 5 tahun = RM60,000

Selepas 5 tahun anda hanya dapat RM60,000. Kalau buat pelaburan ASB, anda dapat tingkatkan hasil sehingga RM95,000 dalam masa 5 tahun.

BACA: Cara Gunakan Pelaburan ASB Untuk Kurangkan Ansuran Rumah

3) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP)

Ramai yang masih tidak tahu pembelian rumah boleh dilakukan melalui pengeluaran KWSP iaitu dengan buat pengeluaran daripada akaun 2. Pengeluaran ini sangat berguna untuk yang tahu caranya.

Pengeluaran KWSP untuk perumahan hanya boleh dibuat untuk rumah pertama dan kedua saja, yang ketiga tak boleh. Jumlah pengeluaran pun ada percentage limit yang dibenarkan.

Selain itu, apa yang paling penting sekali anda kena tahu, pengeluaran KWSP tak boleh dikeluarkan untuk renovate rumah.

BACA LAGI: Inilah Cara Yang Betul Beli Rumah Guna Duit Pengeluaran KWSP

4) Pembiayaan Semula/Refinance

Nak refinance, perlu ada matlamat yang jelas. Nak tambah aset atau liabiliti?

Cara beli rumah tanpa modal menggunakan refinance ini lebih sesuai untuk rumah-rumah yang harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Sebagai contoh masa awal beli rumah, buat pinjaman perumahan dengan bank A mengikut harga yang dijual.

Lepas jual, terus refinance dengan bank B mengikut harga pasaran semasa. Cara ni perlu dibuat dengan panduan ilmu. Kalau tak mahir, lebih baik elakkan guna cara ni. Boleh klik SINI untuk tahu garis panduannya.

5) Pinjaman LPPSA

Kalau anda orang kakitangan kerajaan, adalah amat berbaloi kalau anda dapat gunakan kemudahan pinjaman kerajaan atau pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk pembelian rumah.

Sebab apa yang bestnya ialah LPPSA dapat 100% kelulusan pembiayaan. Kalau nak dibandingkan dengan pembiayaan loan bank yang hanya menyediakan maksimum 90% sahaja dari nilai pemohonan.

Pinjaman LPPSA ni hanya boleh dibuat sebanyak dua kali sahaja. Tapi dengan syarat, pinjaman perumahan kali pertama dah settle bayar.

BACA: Cara Beli Rumah Guna Loan Kerajaan

AMARAN: Jangan Guna Personal Loan Sebagai Modal Beli Rumah

Kenapa tak digalakkan? Apa keburukannya?

1. Komitmen bulanan menjadi tinggi.

2. Kalau disewakan rumah, susah nak dapat positive cashflow sebab komitmen tinggi.

3. Kelayakan pembiayaan rumah semakin berkurang.

4. Impak buruk kepada loan profile.
Personal loan lepas, pembiayaan rumah sangkut.