Untuk yang memilik rumah sendiri dan juga bakal memilik rumah, ansuran rumah adalah komitmen bulanan anda melainkan anda beli secara tunai.

Tetapi majoriti akan membeli rumah menggunakan loan bank yang mana kena bayar bulan-bulan termasuk interest.

Pasti setiap pemilik rumah kalau boleh nak bayaran ansuran bulanan rumah tu rendah. Serendah yang boleh.

Boleh Ke Ansuran Rumah Dikurangkan?

Untuk kurangkan ansuran bermakna anda kena bayar lebih daripada jumlah bulanan yang ditetapkan.

Contohnya, kalau anda perlu bayar sebulan RM2000, untuk kurangkan ansuran berikutnya anda perlu bayar lebih, mungkin RM2500 ke.

TETAPI, yang akan berkurang bukannya jumlah anda kena bayar setiap bulan tu, yang berkurang adalah tempoh pinjaman.

Tempoh mungkin boleh berkurang daripada 30 tahun kepada 25 tahun ke. Bayaran bulanan telah ditetap dan tak dikurangkan. Kalau kurang bayar jadi tunggakan ye.

Jangan mengeluh sebab tak dapat kurangkan bayaran bulanan, dapat kurangkan tempoh pinjaman pun dah tersangat OK dah tu.

Ada beberapa cara dan salah satu yang kita nak bincang untuk artikel ni adalah dengan menggunakan pelaburan ASB.

Ansuran rumah

Pelaburan ASB Untuk Kurangkan Ansuran Rumah

Untuk gunakan pelaburan ASB ni, anda perlukan status kewangan yang stabil. Bagi yang ada masalah, ada teknik lain yang lebih sesuai.

Teknik lain tu kita cuba sentuh di artikel yang lain. Artikel kali ni kita fokus macam mana pelaburan ASB ni boleh bantu anda memendekkan tempoh pinjaman.

Seperti yang disebut tadi, anda perlu mempunyai status kewangan yang stabil dengan kata lain, tiap-tiap bulan anda ada lebihan wang untuk disimpan.

Lebihan wang tiap-tiap bulan ini rata-rata akan simpan dalam bank sebagai kegunaan kecemasan atau apa-apa kegunaan di masa akan datang.

Ye, simpan di bank pun anda dapat jugak dividen, tetapi terlalu rendah. Jadi, adalah lebih baik anda menyimpan di ASB. Dividen tahunan ASB lebih tinggi.

Mungkin ada tanya “Kenapa tak bayar je lebih bulan-bulan, kurang jugak tempoh”

Kalau anda bayar lebih, memang la akan kurang tetapi bayaran tu terus kepada bank dengan kata yang lain, anda dah gunakan duit anda. Kalau boleh, kita taknak bayar lebih tiap-tiap bulan kepada bank.

pelaburan asb financing

Contoh 1:

Bulanan RM2000, bayar lebih RM2500. Bermakna anda bayar RM500 lebih kepada bank. Selepas setahun, anda dapat kurangkan tempoh pinjaman sebanyak 3 bulan (RM500 x 12 = RM6000 @ 3 bulan).

Tetapi RM500 yang lebih itu tidak dapat dibuat simpanan.

Contoh 2:

Bulanan RM2000, bayar sama tetapi buat ASB financing RM100,000, bulan bayar lebih kurang RM534. Setiap tahun ambil dividen dalam RM7000 untuk bayar ansuran rumah.

ATAU jangan usik dividen tu, biarkan dalam 5 tahun terminate loan ASB dapat total dalam RM45,000. Bayar kepada bank. Dah boleh kurangkan 2 tahun.

ATAU jika tak nak loan ASB, simpan je dalam ASB tu RM500 sebulan. Cuma dividen tak dapat banyak, dalam ratusan ringgit sahaja.

Kelebihan guna ASB adalah duit simpanan anda masih dalam simpanan dan boleh digunakan bila-bila masa. Pada masa yang sama anda masih boleh dapat extra.

BACA LAGI: Beli rumah tanpa deposit