Bila anda berniat nak beli rumah, pasti soal loan atau pinjaman ni akan menjadi persoalan. Bagaimana cara nak apply loan, dekat mana boleh apply loan, dan macam-macam lagi. Tapi artikel kali ni kita cuba menjawab persoalan macam mana cara beli rumah guna loan kerajaan.

Bagi staff kerajaan, sememangnya sangat bertuah kerana diberikan kemudahan loan kerajaan untuk pembelian rumah kerana loan kerajaan mempunyai kadar faedah yang lebih rendah berbanding loan bank biasa.

“Cara Beli Rumah Guna Loan Kerajaan”

Mari kita tengok cara beli rumah guna loan kerajaan step by step:

1. Setelah anda jumpa rumah idaman anda, anda perlu mencari dan melantik seorang peguam untuk bantu uruskan pembelian rumah.

Kalau boleh mintak owner pun guna peguam yang sama supaya dapat memudahkan dan mempercepat urusan pembelian rumah anda. Lagi best kalau anda guna ejen hartanah, dia akan uruskan hal peguam ni.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

2. Mohon pinjaman perumahan secara onlineAnda boleh guna link ni: https://sppb.lppsa.gov.my/v2/

Untuk pengetahuan anda, jika anda menggunakan ejen hartanah akan jadi lebih senang. Sebab ejen hartanah ada connection dengan pegawai LPPSA, pegawai ini yang akan buatkan permohonan online anda, mereka juga la akan semak had kelayakkan pinjaman anda.

Jika anda isi sendiri, akan ada tempat yang anda tak tau isi. Last-last anda akan tanya pegawai LPPSA jugak.

3. Setelah semua maklumat di isi dengan penuh dan dah submit,  anda wajib print semua borang tu dan minta tandatangan majikan atau Ketua Jabatan.

4. Anda perlu hantar borang yang di tandatangan oleh majikan ke LPPSA dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online. Hantar sekali dengan dokumen sokongan yang diminta.

5. Anda boleh dapat jawapan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen oleh LPPSA. Itu pun kalau tak ada apa-apa masalah. Status anda boleh check online je.

6. Pada masa yang sama, anda perlu lengkap borang penilaian dan juga surat iringan. Tak perlu risau kerana mereka akan sertakan contoh dalam email. Ikut je contoh tu.

7. Lepas LPPSA luluskan permohonananda, mereka akan hantar Surat Tawaran (Offer Letter) kelulusan pembiayaan kepada anda.

Sila balas surat tu dengan segera. Sebab prosesnya agak lambat, nak elakkan anda kena bayar penalti jika duit lambat dapat kepada owner.

Cara Beli Rumah Guna Loan Kerajaan

  1. Kemudian peguam anda akan uruskan dokumen Sale and Purchase Agreement dan beberapa lagi dokumen. Cuma anda akan berjumpa dengan peguam anda untuk tandatangan dokumen-dokumen tu.

Masa tandatangan tu anda akan diminta untuk bayar baki deposit dan juga kos guaman.

Sentiasa follow up dengan peguam anda untuk cepatkan proses.

  1. Anda akan dapat kunci dan geran bila LPPSA dah disburse duit kepada bank owner dan owner tu sendiri.

BACA LAGI: Tempoh proses beli rumah

Saya berharap perkongsian cara beli rumah guna loan kerajaan daripada kami dapat membantu rakan-rakan staf kerajaan yang ingin membeli rumah. Jika masih sama-samar, boleh hubungi page Facebook kami. Kami anda cuba bantu anda.

Sedikit tambahan, bagi anda yang dah berhajat untuk beli rumah dengan bajet sedia ada, anda boleh ke sini: Beli Rumah, kami akan tengokkan untuk anda.