Selalu orang tanya berapa kos nak beli rumah. Berapa banyak nak kena keluarkan duit. Tapi anda yang nak jual rumah tu jangan ingat anda tak perlu keluarkan duit untuk jual rumah. Ada kos jual rumah yang diperlukan tau.

Memang la anda jual rumah untuk dapatkan duit. Sama jugak macam jual barang-barang lain pun, ada jugak kos-kos yang diperlukan iaitu modal.

Jual rumah pun anda tak dapat lari daripada kos jual rumah ni. Tapi lebih rendah la jika dibandingkan dengan kos kalau nak beli rumah. Anda perlu tahu supaya anda dapat kira duit yang perlu disediakan dan berapa untung bersih yang boleh anda dapat daripada penjualan rumah anda.

“Apakah Kos Jual Rumah Yang Terlibat”

1) Kos RPGT – Real Property Gain Tax

RPGT atau dalam bahasa melayu; Cukai Keuntungan Harta dan Tanah ini adalah cukai yang akan dikenakan ke atas keuntungan bersih yang anda dapat selepas anda jual rumah anda.

RPGT ni bukan dikenakan kepada semua jualan rumah ye, hanya untuk hartanah yang dijual di bawah 5 tahun tempoh pegangan. Kalau anda baru beli 4 tahun rumah tu dan anda jual, anda layak dikenakan RPGT. Kadar RPGT adalah 0% sehingga 30% ikut tempoh pegangan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang RPGT, anda boleh klik link di bawah ni. Dalam artikel tu siap ada dengan contoh pengiraan RPGT.

BACA LAGI: Cara Pengiraan RPGT

2) Kos Peguam

Sudah semesti jika nak buat urusan jual beli rumah anda memerlukan peguam. Kos guaman menjadi salah satu kos yang wajib anda keluarkan.

Jika anda melantik peguam secara sepenuhnya untuk mengendalikan urusan jual rumah anda, memang agak tinggi bayarannya. Boleh guna calculator INI untuk kira kos guaman secara anggaran.

Untuk jimatkan kos peguam, anda boleh share peguam dengan menggunakan peguam pembeli. Tetapi, yang kurang best adalah sebab peguam itu akan lebih memihak kepada pembeli sebab dia dilantik oleh pembeli, anda hanya menumpang.

Bagi kes share peguam, bayaran hanya dalam RM1500 macam tu selalunya.

3) Kos Penalti Lock-in Period

Ini adalah kos yang perlu dibayar jika pinjaman perumahan anda ada lock-in period. Lock-in period adalah tempoh minimum lock pinjaman anda. Selalunya dalam 3-5 tahun.

Jika anda buat full settlement dalam masa lock-in tu, anda akan dikenakan penalti dalam 3% (ikut polisi bank) daripada baki pinjaman.

Jadi, check dulu lock-in period anda berapa lama. Elakkan lock-in period penalti ni dan jugak RPGT kalau boleh.

kos jual rumah
Image: iMoney

4) Kos Agent

Bagi pemilik yang menggunakan agent, kos agent adalah 3.18% daripada harga rumah. Bermakna anda hanya akan dapat 6.82% sahaja daripada deposit 10%.

Walaupun kos agent di anggap agak tinggi bagi sesetengah pemilik, tetapi anda dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga. Jika tak, anda kena uruskan banyak perkara seperti pengiklanan, peguam dan sebagainya.

5) Kos Tambahan

Kos-kos lain yang mungkin akan terlibat dalam kos jual rumah adalah kos sampingan macam buat iklan di website berbayar, buat banner, dan lain-lain.

Ada juga yang terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki rumah dan mecantikkan rumah agar lebih menarik perhatian pembeli

BACA LAGI: Tips mengecat rumah

Sekarang, anda dah tahu kos jual rumah yang anda kena keluarkan. Selalu yang wajib anda keluarkan adalah kos peguam. Kos yang lain tu bergantung kepada situasi anda.

Jadi, boleh la anda rancang bila masa yang sesuai untuk jual rumah anda tu. Boleh kira berapa untung bersih yang bakal anda dapat.

Masih buntu mencari cara untuk menjual rumah dengan cepat? Anda boleh klik sini: Jual Rumah, untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.