Sebelum Anda Cat Rumah, Pastikan Anda Tahu 5 Perkara Ini Dahulu

Sebelum Anda Cat Rumah, Pastikan Anda Tahu 5 Perkara Ini Dahulu

Sebelum Anda Cat Rumah, Pastikan Anda Tahu 5 Perkara Ini Dahulu. Bukan apa, kadang-kadang ada yang jenis hentam ja cat rumah. Tak jadi masalah sebab tu rumah korang. Tapi, ada jugak yang nak pastikan rumah betul-betul ngam dengan cat, baru nampak betul-betul cantik, berseri. Ha, kat sini saya share sikit tips-tips yang saya dapat dari rakan-rakan designer.

1) Pilih Tema Warna

Untuk rumah yang dah ada perabot, korang pilihlah warna cat yang matching dengan warna perabot korang. Untuk rumah baru, korang boleh plan perabot yang korang nak beli, dan warna tema rumah korang. Jangan lupa, langsir pun korang nak kena matching kan.

Seeloknya, pilih warna yang cerah dan lembut, warna perabot pula, warna yang support warna cat, seperti warna kelabu. Jangan lak beli perabot yang warna terang benderang, nanti berlawan dengan warna cat.

2) Cita Rasa

Pastikan warna yang korang pilih adalah warna yang korang minat, atau yang korang tengok, sedap mata korang memandang. Jangan sekadar ritu daripada internet. Sebab yang nak duduk dalam rumah tu bertahun-tahun adalah korang. Jadi, pilih la yang paling sesuai dengan cita rasa korang.

3) Keserasian Ruang

Yang saya maksudkan gabung ruang ini adalah cat di setiap ruang mestilah serasi. Jangan pulak cat diruang tamu warna oren, korang cat dapur warna hijau. Kalau korang serasikan warna, akan nampak lebih menarik gabungan ruang korang. Kalau korang cat semua sama pun boleh, tapi kurang menarik la.

4) Cahaya

Pencahayaan juga ada memainkan peranan. Kena tengok adakah korang korang lebih terdedah kepada cahaya atau kurang. Kalau banyak cahaya, better guna warna gelap sikit, kalau kurang, guna warna yang terang.

5) Pemilihan Jenis Cat

Sebelum Anda Cat Rumah, Pastikan Anda Tahu 5 Perkara Ini Dahulu

Pastikan korang beli cat yang berkualiti, biar mahal sikit tetapi tahan lama dan tak memberi masalah in future macam dinding lembab dan berkulat.

Cat juga ada jenis-jenis dia:

  • Glossy – cat yang jenis berkilat, sesuai kat tempat yang selalu kotor seperti dapur dan bilik air
  • Satin – Jenis yang teduh, sesuai untuk area yang banyak terdedah kepada cahaya
  • Eggshell – Tekstur cat macam kulit telur, tidak berkilat, sesuai untuk ruang tamu
  • Doff atau Matte – sedikit berkilat tapi tak sampai tahap glossy, permukaan yang halus dan lembut. Sesuai untuk luar rumah atau bilik tidur.

Ini hanya sekadar perkongsian untuk yang pening nak guna cat apa, warna apa. Apa-apa pun, semuanya tetap bergantung kepada cita rasa anda.