Anda ada merancang untuk membeli rumah tahun ni tak? Kalau ada, adakah anda telah membuat persediaan yang cukup? Kalau nak beli rumah, adalah sangat digalakkan untuk anda tahu syarat-syarat untuk membeli rumah termasuk persediaan awal.

Bukan apa, kalau anda dah tahu senang sikit kerja anda nanti. Boleh la anda elakkan masalah-masalah yang boleh melambatkan pembelian rumah idaman anda.

“Syarat-syarat Untuk Membeli Rumah”

1) Pastikan anda mempunyai wang pendahuluan yang mencukupi. Kebanyakkan pembeli hanya fokus kepada 10% deposit. Tetapi sangkaan mereka salah kerana wang yang diperlukan bukan sahaja deposit 10% tu.

Anda perlu wang untuk bayar valuer dan juga untuk bayar peguam. Jadi, anda memerlukan sekurang-kurangnya 13% daripada harga rumah. Sebaik-baiknya kumpul 15% lebih selamat

2) Kalau wang dah lebih daripada cukup, bagaimana pula dengan laporan kewangan anda? Di sini perlu semak laporan CCRIS anda, ok ke tak. Pasti tiada bayaran yang tertunggak. Jika ada anda kena settle kan yang tu dulu. Kalau semua clear tanpa ada tunggakkan, itu yang terbaik.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

3) Menyemak kelayakkan loan dengan bank. Yang ini selalu orang tak buat. Kebanyakkannya cari rumah, jumpa rumah yang dia minat, baru nak pergi check kelayakkan. Kalau lepas ok la, kalau tak lepas kan dah membazir masa.

Sebab itu sebaikknya anda menyemak dahulu berapa kelayakkan loan anda dengan bank. Jika bank kata anda layak 500k, anda dah tahu harga rumah yang anda kena cari iaitu bawah 500k. Kelebihan buat semakkan loan ni, penjual rumah pun lebih yakin dengan anda.

4) Membayar booking fee atau earnest deposit. Yang ini benda wajib sebagai tanda anda serius nak beli. booking selalunya 3.18% termasuk GST. Sebaiknya memalui agensi atau peguam kerana mereka adalah pemegang amanah akan pegang booking anda. Jangan bayar direct kepada owner.

Pastikan anda faham apa yang ada dalam borang booking tu ye.

BACA LAGI: Deposit bukan 10% sahaja

 syarat-syarat untuk membeli rumah

5) Dapatkan offer letter loan daripada bank. Selepas bayar booking, anda ada masa 14 hari saja untuk dapatkan offer letter daripada bank dan peguam akan siapkan Sale & Purchase Agreement (SPA).

Jika anda tarik diri iaitu tak jadi beli tanpa sebab, booking akan terbatal atau burn. Jika loan kena reject, sila tunjuk reject letter untuk dapatkan balik duit booking.

Sebab tu penting masa anda bayar booking tu, anda baca term-term yang ada. Kalau loan kena reject macam mana, kalau owner tak jadi jual macam mana pulak. Semua tu patut ada dalam booking form, kalau tak ada minta peguam atau ejen tambah.

6) Tandatangan SPA. Masa ni anda perlu sediakan baki deposit 6.82% tu dan juga bayaran untuk kos peguam. Lepas tu, anda kena sentiasa update dengan peguam dan juga pegawai bank untuk settlekan dalam masa 3 bulan, kalau tak anda kena bayar penalti.

Masa 3 bulan tu bermula lepas tandatangan SPA atau lepas dapat kebenaran tukar nama. Ini juga ada di dalam booking form atau disebut Offer To Purchase Form.

7) Dapatkan kunci daripada pemilik atau Vacant Possession (VP). Ni bila semua dah settle, bank pun dah bayar duit kepada penjual/pemilik asal, geran pun dah tukar nama, jadi anda akan dapat kunci.

Inilah sedikit sebanyak yang anda perlu tahu dan ikut jika anda nak proses pembelian rumah anda berjalan lancar tanpa ada masalah yang besar yang boleh menjejaskan keseluruhan proses. Kalau masalah kecil tu biasa, asalkan boleh settle cepat. Yang penting anda dah tahu syarat-syarat untuk membeli rumah secara keseluruhan.

Anda nak beli atau jual rumah? Klik je sini: Jual/Beli Rumah

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.