Artikel

Cara Jual Rumah Guna Ejen atau Perunding Hartanah

Bagi pemilik rumah yang sibuk dengan kerjaya, pasti memerlukan sesorang untuk uruskan hal-hal jual rumah. Kalau jual sendiri, kadang-kadang tak sempat nak bawa pembeli tengok rumah. Pilihan yang terbaik adalah jual rumah guna agent.

Banyak kelebihan guna agent ni. Antaranya:

1) Tak perlu susah-susah cari pembeli. Agent akan uruskan semua

2) Tak perlu terkejar-kejar dengan kerja dan dengan nak bawak pembeli tengok rumah, nak uruskan masalah rumah, peguam dan sebagainya. Agent akan uruskan jugak.

KakiProperty Newsletter

Langgan untuk kemaskini terbaru terus ke inbox anda.

3) Lebih cepat terjual kerana agent mempunyai banyak platform pengiklanan dan network seperti agent-agent lain, banker, valuer, dan juga peguam yang sesuai mengikut kes-kes rumah.

“Bagaimana nak jual rumah guna agent?”

Ada segelintir yang takut bila sebut agent. Sebab pernah dengar kes-kes penipuan. Bab ini anda kena berhati-hati jual rumah guna agent. Apa yang boleh dilakukan ialah cari agent daripada agensi yang berdaftar.

Anda boleh check dekat website Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH). Click dekat tab Firm dan taip nama agensi agent tersebut. Tengok ada ke tak nama agensi tu. Lepas tu kalau ada dan nak lagi selamat, call agensi tu tanya nama agent, ada tak dalam senarai agent berdaftar.

jual rumah guna agent.

Contoh carian guna laman web LPPEH

Ada jugak cadangkan pemilik yang nak jual rumah guna agent ni, mintak tengok REN Tag (Real Estate Negotiator Tag) daripada agent. Yang ini tak berkesan sangat untuk elakkan kes penipuan sebab kad tu boleh ja dipalsukan. Lagipun, agent-agent yang baru masih belum dapat REN Tag lagi.

Bila dah confirm nak guna agent dari agensi tu, sign la borang perlantikan agent. Anda boleh memilih untuk melantik agent dalam beberapa kategori:

1) General. Kalau general bermakna anda berhak untuk melantik agent-agent dari agensi lain sebanyak yang anda suka dan anda sendiri pun boleh cari pembeli untuk rumah anda. Kalau banyak sangat agent pun tak elok, pening anda nanti, dan akan ada berlawan harga menyebabkan harga rumah anda makin jatuh.

2) Sole Agent. Hanya agent dilantik tu sahaja boleh jual rumah anda. Anda tidak boleh melantik agent lain selama masa yang dipersetujui (selalu 3 bulan). Tetapi anda sendiri boleh cari pembeli jugak dan jual direct kepada pembeli tanpa melalui agent.

3) Eklustif Agent. Sama macam sole agent. Yang berbeza, anda sebagai pemilik rumah tidak boleh jual rumah secara direct kepada pembeli yang anda cari. Anda perlu melalui agent tu walaupun anda yang dapat pembeli tu. Tempoh perlantikan pun selalunya 3 bulan atau terpulang kepada persetujuan masing-masing.

BACA LAGI: Tempoh Proses Jual Beli Rumah

BACA LAGI: Harga Rumah Naik Sebab Agent??

Yang terbaik eklusif agent la, sebab dia akan bagi fokus kaw-kaw punya untuk rumah anda selama 3 bulan tu. Harga rumah anda pun dapat maintain sebab dia sorang ja yang control harga.

Kalau nak bagi kunci rumah kepada agent, jangan lupa mintak borang penyerahan kunci rumah untuk di isi. Kalau agent pegang kunci rumah, lagi senang kerja anda.

Jika anda guna agent, fee yang dikenakan ialah 3.18% mengikut standard yang ditetapkan oleh LPPEH. Bermakna deposit anda hanya dapat 6.82% sahaja daripada 10%.

Agent hartanah boleh membantu anda untuk jual rumah anda, tak perlu takut untuk guna agent. Lagipun anda dah tau caranya kan. Lepas ni, senang la kerja anda.

Leave a Reply