Dalam pembelian hartanah, kajian dan analisa terhadap pasaran hartanah yang dibeli sangat penting bagi memastikan pembelian rumah korang tidak merugikan dan korang telah membuat pemilihan rumah yang terbaik. Rumah yang terbaik bagi setiap individu adalah berbeza mengikut gaya hidup, matlamat pembelian dan kemampuan kewangan bagi setiap individu. Tidak kira sama  terdapat beberapa faktor penting yang korang kena kaji supaya korang dapat buat pemilihan yang terbaik untuk korang. Jadi hari ini kita kaji 3 faktor sebelum membeli rumah.

3 Faktor Sebelum Membeli Rumah

1. Faktor geologi

Faktor geologi merupakan salah satu faktor penting dalam membuat pilihan rumah yang sesuai. Rumah yang dibeli harus dikaji dari sudut muka bumi supaya bebas dari bencana alam seperti tanah runtuh dan kawasan banjir. Faktor geologi ini sering dipandang remeh tapi boleh membawa bencana besar di kemudian hari. Contohnye, salah satu peristiwa besar yang berlaku pada tahun 1993 iaitu Highland Tower yang telah meragut nyawa ada berkaitan faktor geologi dan juga bencana alam. Baca di SINI kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tragedi di Highland Tower ni.

Buat kajian dahulu mengenai berita setempat bencana alam mengenai keadaan kawasan hartanah yang ingin dibeli. Bencana boleh berlaku di mana sahaja, namun jika ianya boleh dielakkan tidak ada salahnya untuk lebih berjaga-jaga. Baca di SINI untuk tahu pelan kecemasan jika menghadapi banjir.

2. Faktor Keselamatan

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Selain dari faktor geologi, faktor keselamatan juga harus diambil kira bagi membeli rumah kediaman atau rumah untuk pelaburan korang. Cuba elakkan kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dan juga kurang keselamatan. Tips tambahan untuk korang, jika berpeluang untuk meluangkan masa, korang boleh membuat tinjauan berhampiran kawasan hartanah yang ingin dibeli terutamanya pada waktu MALAM di mana potensi untuk jenayah berlaku lebih tinggi.

Ambil tahu juga kemudahan keselamatan berdekatan anda seperti pengawal keselamatan, balai polis ataupun adakah komuniti berhampiran perumahan korang mempunyai sebarang program keselamatan seperti rukun tetangga dan sebagainya

3. Faktor kemudahan

Bagi melancarkan kehidupan seharian korang, faktor kemudahan memainkan peranan yang penting. Pilih kawasan yang berdekatan dengan kemudahan awam yang menjadi prioriti korang mengikut keinginan dan gaya hidup korang. Sebagai contoh, jika korang ingin membeli untuk kediaman keluarga, kemudahan seperti sekolah dan pasaraya yang berdekatan dengan hartanah yang ingin dibeli akan memberi manfaat kepada korang.

Tiga faktor yang dikongsi ini merupakan antara faktor utama yang korang boleh ambil sebagai pertimbangan korang sebelum membuat pilihan yang terbaik. Selain itu, korang juga boleh melakukan ‘SWOT analysis’ bagi membuat perbandingan rumah yang ingin dimiliki. Apa yang terbaik, hanya diri korang sendiri yang tahu, sis hanya kongsi ‘guide’ supaya korang tidak tersasar jauh dari matlamat utama korang membeli rumah. Semoga berjaya!

Haaa dah pening sangat tak tahu nak beli kat mana, pi je sini: Beli Rumah, nanti kami tengokkan.