Harga hartanah dikatakan sangat tinggi pada zaman kita ni berbanding sebelum ni terutama harga rumah. Apa sebenarnya sebab harga rumah naik?

Ada yang kata sebab harga minyak naik, harga rumah pun naik la. Betul ke andaian tu?

Sebab Harga Rumah Naik

Faktor yang menyebabkan kenaikan harga rumah naik ni bukan la sekadar harga minyak je. Kaitannya dengan harga minyak terlalu kecil.

Harga minyak ni mungkin kita boleh letakkan dalam faktor pertama iaitu:

1. Kos bahan dan operasi

Kalau dahulu anda boleh dapat bina sendiri sebuah rumah 3 bilik pada harga RM80,000 tapi sekarang rumah yang sama keluasannya, kontraktor yang sama mungkin dah jadi RM150,000.

Semua tu disebabkan peningkatan harga bahan mentah seperti simen, pasir, batu-bata, besi dan lain-lain lagi. Minyak pula terkesan ke atas kos pengangkutan.

Bila semua tu dah naik, bermakna modal untuk rumah juga naik dan margin keuntungan kontraktor pula tetap kekal atau dinaikkan lebih tinggi.

Bab harga naik ni, kontraktor atau pemaju takkan naikkan harga berdasarkan kenaikkan harga modal. Harga naik mencanak terus.

Harga Rumah Naik

2. Tiada Ketetapan Harga

Masih belum ada ketetapan harga siling untuk hartanah. Jadi pemaju boleh letakkan harga sesuka hati. Tambah-tambah lagi kalau kawasan hot.

Kebanyakkan harga rumah baru agak tinggi compare dengan rumah sama luas di kawasan berdekatan disebabkan hal ini.

Tetapi pemaju juga ada cara nak naik harga, seperti menambahkan kemudahan-kemudahan macam swimming pool, security, dan lain-lain.

Ada juga pemaju yang menawarkan harga yang rendah, tetapi faktor seterusnya pula jadi pengacau:

3. Spekulator

Spekulator ni adalah orang yang membeli sesuatu dengan harapan untuk menjualnya di masa hadapan setelah harga naik.

Dalam hartanah banyak spekulator. Melabur dalam hartanah tak salah tetapi guna la cara yang betul.

Yang salah dengan spekulator ini bila mereka beli beberapa buah rumah sampai sold out, kemudian jual dengan harga lebih tinggi menyebabkan harga rumah terus naik di kawasan tu.

Dan lagi satu apabila spekulator ini membeli rumah kos rendah atau rumah yang dibangunkan untuk golongan tertentu. Perbuatan tu dah dikira menindas tau.

Harga Rumah Naik

4. Pembangunan

Pembangunan kemudahan seperti MRT dan LRT tu akan menyumbang kenaikkan harga.

Rumah flat harga RM150,000 pun boleh jadi RM250,000 kalau dekat dengan kemudahan macam ni.

Kita ambil contoh rumah flat PKNS seksyen 7 Shah Alam, belakang UiTM. Sekarang harga pasaran pun dah RM230,000-RM250,000.

Kawasan tu tengah naik dengan LRT3, jadi tak hairan sekarang ada owner yang sedang naikkan harga jualan.

Kalau LRT3 dah siap nanti mungkin boleh cecah RM300,000 sebab demand di situ untuk pelaburan sentiasa ada kerana market student dan pekerja kilang.

Kesimpulan

Faktor-faktor tu bukan la sesuatu yang boleh dikawal, kita sebagai pembeli la yang kena bijak untuk pilih kemahuan atau keperluan. Ada ja rumah yang mampu milik, kena pandai cari. Mintak la bantuan orang berpengalaman dalam hartanah.

BACA LAGI: Apa tu Kapitalis Hartanah??