Kapitalis Hartanah, Bagaimana Untuk Mengenali Mereka?

Kalau dahulu kita sering digembat-gemburkan mengenai golongan kapitalis yang gemar membolot ekonomi dan sebagainya. Sebab itulah zaman dahulu golongan Melayu seakan tertindas dengan kewujudan budaya kapitalisma. Namun pada tahun 2017 ini, budaya ini menjadi-jadi malah kini menjangkiti sektor hartanah pula.

Kalau anda perasaan mengapa kita menghadapi kekurangan bekalan rumah mampu milik ketika mana kerajaan sedang giat menjalankan pelbagai usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini? Inilah yang dinamakan kapitalis hartanah yang sekian lama menjadi masalah untuk golongan seperti kita ini.

Jom  kita ikuti sedikit sebanyak perkongsian ilmu dari Azizul Azli Ahmad mengenai penjelasan tentang apakah itu kapitalis hartanah dan bagaimanakah cara untuk anda membezakan kapitalis hartanah dan golongan pelabur sejati.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

1. Saya tidak bersetuju dengan sebarang penipuan dan penindasan. Ia bukan amalan agama kita.

2. Sila hati hati bila ada sifo hartanah yang menipu, mereka kata mereka ada beratus kediaman. Sekali beli 300 kediaman mereka ada.

3. Mereka ini bercerita tentang betapa rakusnya mereka membeli hartanah, mereka mengajar pelbagai stategik dan gaya membeli. Ada gaya yang tidak syariah compliance diajar sekali.

4. Bayaran seminar mereka sangat luar biasa, ada yang cecah hingga belasan ribu harganya. Ini nak mengajar atau nak kurang hajar sebenarnya.

5. Anak muda sila hati hati. Bila ada yang mula membenci pelabur hartanah sebagai kapitalis ada kebenaranya hujah ini. Mereka beli pukal hari ini besok lusa jual kembali.

6. Hartanah itu bukan skim cepat kaya, beli tahun ini tahun berikutnya jual berlipat kali ganda. Iklim ekonomi hari ini bukan macam dulu lagi, jika impian beli hari ini untuk jual kembali besok nanti itu bukan gaya pelabur sejati.

7. Gaya pelaburan sebegini yang ramai orang benci, orang tuduh kita kapitalis sejati. Beli rumah macam beli ikan keli.

8. Ada asas bila orang tuduh kita kapitalis jika gaya pelaburan begini, tapi izinkan saya betulkan fakta yang ditulis oleh Saiful Nang baru baru ini. Bahawa pelabur dah beli semua rumah yang ada hingga sukar orang lain beli.

9. Dari data laporan hartanah masih terdapat lebihan 20,807 unit hartanah yang belum memiliki Tuan baru.

10. Hartanah bagi sektor mampu milik sepatutnya dirancang pada tahun 2013 berjumlah 126,000 unit tetapi menjelang hujung tahun 2014 hanya 10,000 unit sahaja terbina. Tahun 2015 seharuanya ada 120,000 unit baru yang dibina.

11. Keupayaan pembiayaan paling kritikal adalah pada tahun 2015 apabila 48% permohonan pembiayaan bank ditolak walau kadar bank hari ini sangat rendah mula dikenakan. (Kadar penolakkan ini lebih tinggi berbanding tahun 1997-1998!)

12. Rumah rumah mampu milik ini mempunyai halangan dan bukannya semua orang boleh beli, jika gaji kita melebihi syarat sepatutnya kita tidak boleh membeli. Jangan cerita ada rasuah sana sini, selagi kita tidak melihat dengan mata hati.

13. Jika kita kata hanya yang kaya mampu beli rumah, jujurnya saya tak percaya. Banyak peserta seminar saya dari yang kerja biasa dan gaji RM2,000 sahaja dah ada rumah pertama. Ia soal bagaimana kita melihat rumah pertama kita.

14. Bila kita cenderung salahkan orang dengan segala macam tuduhan dan penghinaan yang datang, kita tak pernah nampak peluang. Peluang datang kita abaikan kerana kita benci dengan pelaburan.

15. Saya kurang setuju dengan segala amalan penindasan oleh golongan ‘kapitalis’ ini. Tetapi saya setuju usaha ibubapa beli hartanah sebagai medium pelaburan pendidikan anak mereka.

16. Mereka ada impian untuk tidak berhutang PTPTN bila anak nak sekolah nanti. Mereka juga bersedia dengan persaraan mereka nanti, apakah kita mahu meminta minta bila dah bersara nanti?.
Hartanah antara medium pelaburan yang beri pulangan yang baik dan paling stabil berbanding pelaburan lain

17. Tulisan menghina pelabur hartanah dengan ungkapan kapitalis menghuris sebahagian hati kami.
Apakah menjadi pelabur hartanah itu menindas dan mengambil hak orang lain? Bagaimana dengan hak pelabur hartanah yang sanggup berkorban wang, masa dan keinginan mereka untuk bergaya seperti orang lain?

18. Berapa ramai yang sanggup beli rumah lelong, rumah busuk, rumah pangsa untuk bermula hidup sebagai kerani kecil?
.
19. Jangan hanya melihat lebihnya orang lain tanpa melihat berapa banyak yang mereka korbankan masa muda mereka? Semua pelabur hebat yang pernah saya kenal tidak pernah ada kereta ‘mewah’ sebelum matlamat mereka tercapai.

20. Mari kita lihat masalah sebagai peluang, jangan hanya menadah tangan meminta minta dan salahkan orang. Tidak semua yang kita bandingkan dengan negara orang itu baik untuk kita.

21. Kita pernah menghina barat sebagai Bapa Kapitalis Moderan tetapi dalam perbandingan kediaman kita masih merujuk barat sebagai kiblat utama.

22. Menuduh perbankan Islam sebagai riba terancang saya tidak berani beri pandangan kerana saya bukan pakar bidang muamalat.
Saya berijtihad dengan pandangan panel syariah yang sedia ada dan hanya mengunakan perbankan Islam dalam pembiayaan. Apakah menuduh semua peminjam perumahan ini sama penzina dengan ibubapa dan menuduh mereka terlibat dengan riba itu mulia?

23. Mari kita hentikan tuduhan kapitalis ini pada golongan pelabur sejati yang mula saya bahaskan tadi. Berhentilah mencari dan mengelar orang lain kapitalis, yahudi dan tak sedar diri. Cari peluang dan ruang yang ada untuk membeli kediaman pertama. Bukan menuduh orang lain salah sahaja.

24. Ramai pelabur hartanah berjaya yang saya kenal senantiasa membantu sesama manusia, mereka kembalikan kekayaan mereka untuk kebaikkan agama dan membantu sesama manusia. Mereka tidak tulis di fb kerana kebaikkan itu seharusnya disembunyi.

Terima kasih atas perkongsian panjang lebar dari saudara Azizul Azli Ahmad mengenai kapitalis hartanah yang menjadi duri dalam daging selama ini. Bak kata pepatah saudara Azizul,

Orang berjaya tidak menuduh salahnya orang tetapi berusaha melihat peluang untuk berjaya. Mengajar dengan baik jangan sampai menghina, kongsikan kebaikkan dan jangan menghina sesiapa

Dan

“Smart people don’t use those kind of dirty words because they find it an insult to their intelligence”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.