Saya percaya semua orang memang berhajat nak mempunyai rumah sendiri sebagai aset. tapi tak semua boleh kumpul deposit 10% tu. Kalau rumah harga 200 ribu, deposit dah kena keluar 20 ribu duit sendiri. Mesti ada yang terfikir, ada tak cara beli rumah tanpa deposit.

Ramai yang tanya saya, ada tak cara nak beli rumah tanpa deposit. Sebab nak kumpul belas-belas ribu hingga puluh-puluh ribu secara tunai memang susah. Ambil masa bertahun-tahun. Jom kita tengok ada tak cara beli rumah tanpa deposit ni.

Cara Beli Rumah Tanpa Deposit

Kalau anda fikir anda tak perlu keluarkan duir walaupun satu sen, agak mustahil. Sebabnya, akan ada kos-kos yang anda perlu bayar seperti kos guaman, setem duti, dan juga valuer.

Lagi satu yang memerlukan wang adalah booking. Bila anda nak membeli rumah, anda tak boleh lari untuk membayar duit booking atau earnest deposit yang akan diminta sebagai komitmen dari pembeli.

Cuma, kita boleh cari cara supaya tak perlu keluarkan jumlah wang yang banyak untuk 10% deposit rumah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

1) Pakej Projek

Paling best kalau anda berminat dengan rumah undercon/projek. Ada beberapa pemaju yang akan menawarkan rumah undercon dengan pakej “0” deposit. Bermakna anda tak perlu bayar 10% deposit, yang perlu cuma booking dalam RM1000-3000.

Lagi best jika ditawarkan dengan pakej kos guaman percuma. Memang modal anda hanya duit booking je la. Tapi, lambat sikit la nak dapat rumah tu, nak kena tunggu sampai siap dulu.

2) Skim Bantuan Kerajaan

Sekarang banyak skim bantuan daripada kerajaan untuk membolehkan anda mendapatkan rumah sebagai aset anda. Antaranya skim MyDeposit. Nak tau lanjut boleh tengok kat link di bawah ni.

Ada juga skim rumah pertamaku iaitu skim pinjaman 100%. Tetapi tak semua bank boleh anda apply loan 100% ni. Ada jugak syarat-syarat yang perlu anda ikut.

BACA LAGI: Skim MyDeposit

BACA LAGI: Skim Rumah Pertamaku

3) Pengeluaran KWSP

Bagi yang ada KWSP, anda boleh membuat pengeluaran akaun 2 anda untuk membayar deposit rumah anda. Sudah tentu pengeluaran tersebut ada syaratnya.

KWSP ni best sikit sebab anda boleh keluarkan ikut perbezaan loan dengan harga rumah. Maknanya jika anda dapat loan 70% ja, anda boleh keluarkan 30% sebagai deposit. Lepas tu tambah lagi 10% untuk cover kos-kos lain.

BACA LAGI: Pengeluaran KWSP untuk deposit

4) Mark-up Harga

Ni cara yang banyak jugak pembeli guna. Pertama anda perlu mencari rumah yang harganya di bawah harga pasaran sekurang-kurangnya 10%. Jika rumah yang harga pasaran RM300,000, anda perlu beli dengan harga RM270,000.

Tetapi bila anda apply loan, anda kena apply pada harga pasaran iaitu RM300,000. Apabila loan lulus, anda hanya dapat 90% daripada loan anda apply iaitu RM270,000. Nampak tak anda dapat loan ngam dengan harga rumah?

Tapi teknik ni akan meningkatkan bayaran ansuran bulanan anda kepada bank kerana jumlah loan anda lebih tinggi.

KESIMPULAN

Walaupun ada beberapa teknik yang anda boleh guna, TETAPI semua teknik tersebut memerlukan persetujuan pemilik. Bila anda guna teknik tu, bermakna pemilik tidak akan dapat duit deposit awal. Itu la masalah paling utama. Siapa yang suka kalau terpaksa menunggu duit berbulan-bulan. Selalu yang nak jual rumah ni, mereka memerlukan duit. Jadi mereka sangat berharap kepada duit deposit 10% tu.

Selalunya pembeli memang kena keluarkan 10% deposit jugak dan akan dapat semula duit itu selepas semuanya settle jika guna teknik di atas. Walau macam manapun, tak salah untuk anda mencuba, mana tau anda dapat pemilik yang tak kisah. Untung la anda.

Jadi bagi sesiapa yang ada keinginan untuk sewa atau beli rumah, boleh klik di sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami tengokkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.