Bila anda nak jual atau nak beli rumah mesti akan ada mention jenis-jenis title ni iaitu Master Title, Strata Title, Dan Individual Title.

Kalau rumah apartment ja, orang mesti tanya dah ada strata ke belum. Ke masih ada bawah master title lagi. Ada sebab mengapa mereka tanya macam tu.

Setiap jenis title ni akan affect atau memberi kesan kepada proses penjualan dan pembelian rumah anda. Boleh jadi susah untuk diuruskan, dan juga boleh mengambil masa yang terlalu panjang.

“Apa Itu Master Title, Strata Title, Dan Individual Title Ni?”

Title ni adalah hakmilik ke atas sesuatu hartanah. Saya asingkan mengikut jenis title atau hakmilik untuk anda lebih faham:

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

1) Master Title atau Hakmilik Induk

Master Title ni dibawah geran besar/induk yang nama ada satu nama dan selalunya di bawah nama developer. Bermakna tanah yang digunakan untuk membina rumah teres atau apartment tu belum dipecahkan ikut lot.

Setiap projek akan berada dibawah master title dan akan di convert kepada strata atau individual title selepas siap. Ada jugak projek yang dulu-dulu punya masih di bawah master title sebab developer tak convert.

Ada beberapa kelemahan kalau hartanah yang master title ni.

  • Untuk rumah di bawah master title yang dah lebih 10 tahun, hampir kesemua bank tak nak bagi loan.
  • Kalau berjaya dapat loan, proses pembelian agak lambat sebab kena lalui proses penukaran title daripada master ke strata/individual.
  • Kena keluarkan kos tambahan untuk penukaran title.
  • Kalau developer dah bankrupt, peguam anda kena cari liquidator untuk projek perumahan tu. Liquidator ni adalah pihak yang memegang semua fail-fail developer yang bankrupt tadi. Maka bertambah lambat la proses.

BACA: Mengapa Proses Beli Rumah Jadi Lambat

2) Strata Title atau Hakmilik Starta/Bersama

Strata title adalah untuk bangunan yang bertingkat yang mana setiap tingkat ada owner yang berlainan seperti kondominium, pangsapuri, townhouse, dan lain-lain.

Title ni memberi hak kepada pemilik untuk menjual rumah tanpa mendapat kebenaran daripada developer. Selain itu, Majlis Pengurusan Bersama dapat ditubuhkan untuk menguruskan hartanah tersebut dengan lebih sempurna.

Dibawah akta strata ni, pihak pengurusan diberi tangungjawab untuk menguruskan hartanah dari segi kutipan maintenance fee, repair benda-benda rosak, dan lain-lain.

Mereka ada hak untuk menyita barang boleh alih pemilik yang gagal membayar maintenance fee ni.

Master Title, Strata Title, Dan Individual Title

3) Individual Title atau Hakmilik individu

Lebih kepada rumah landed seperti rumah teres yang mana atas tanah tu hanya ada satu owner. Jadi, hartanah itu akan jadi hakmilik individu.

Hakmilik individu sama jugak macam strata, pemilik boleh jual tanpa mendapatkan kebenaran dari developer (tak perlu convert title)

Komuniti penduduk boleh ditubuhkan tetapi mereka takda hak untuk menyita atau membuat apa-apa ke atas pemilik yang tak nak bayar fee, sebab ini hakmilik individu bukan hakmilik bersama.

Bila anda dah tau jenis hakmilik ni Master Title, Strata Title, dan Individual Title, pastikan rumah yang anda nak beli nanti ada strata/individual title untuk memudahkan anda. Kalau master title, pastikan bawah 10 tahun dan developer belum bankrupt. Baru la senang proses jual beli rumah anda nanti.

Jika anda ingin mencari rumah dengan bajet yang sedia ada, anda bolehla ke sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami tengokkan untuk anda.