Bila cakap pasal lokasi pelaburan hartanah confirm ni jadi hot topic bagi mereka yang bergelar si “Pelabur Hartanah”

Lokasi hartanah yang strategik memang memainkan peranan penting yang mana membawa keuntungan lumayan buat si pelabur. Dalam bahasa mudah lokasi bagus, pelaburan bagus.

Korang pun mesti nak tahu sedikit sebanyak ilmu pelaburan dan nak kurangkan risiko rugi bila melabur kan?

#1. Ambil tahu pasal lokasi hartanah di kawasan komersial dan perindustrian

Hartanah yang dekat dengan pusat komersial mega atau kompleks membeli-belah ada nilai yang tinggi. Pusat komersial atau pusat membeli-belah merupakan lokasi strategik dan menjadi tempat tumpuan ramai.

Cuba kita kaji harga rumah yang dekat dengan mall seperti MidValley, KLCC, Pavilion atau sebagainya. Ada ke lagi yang harga kawtim. Susah nak cari yang harga murah, betul?

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Kalau ada plan nak beli rumah kat area ni dengan harga murah, kaji projek mega yang sedang dalam perancangan atau pembinaan. Selain itu, kawasan perindustrian/kawasan pejabat juga merupakan lokasi pelaburan hartanah dan kawasan panas yang menjadi pilihan. Kebanyakan orang akan memilih tempat tinggal yang berdekatan dengan tempat kerja.

#2. Target kawasan yang ada banyak kolej/university(IPT)

Rumah yang dekat dengan universiti ni basically memang lokasi pelaburan hartanah yang menjadi  tumpuan para pelabur hartanah.

Tapi kenapa kawasan macam ni jadi kawasan tumpuan?

Ini disebabkan oleh permintaan oleh pelajar kolej/universiti berdekatan. Dalam pada masa yang sama, kena hati-hati juga. Tak bermakna ada permintaan, sentiasa ada untung.

Kalau ada banyak sangat rumah dalam sesuatu kawasan itu, ia boleh rendahkan peratus mereka yang berminat nak menyewa.

Kalau ikut logic ini disebabkan penyewa ada pilihan yang lebih luas.

Mereka bebas memilih hartanah yang terbaik daripada segi nilai dan harga sewaan yang sesuai dengan bajet mereka.

Jadi anda sebagai the next pelabur hartanah kena sentiasa ambil tahu tentang universiti yang sedang dibina. Bahkan dah ada beberapa universiti yang baru siap dan menunggu masa diserang pelabur hartanah.

#3. Akses mudah ke lebuhraya

lokasi pelaburan hartanah

Kenapa nak susah-susah lalu jalan dalam, dahlah lama masa nak sampai tambah kos minyak lagi, sedangkan boleh lalu highway.

Mesti ramai nak rumah yang keluar je terus masuk highway, tahu-tahu je dah sampai tempat kerja, ada betul tak?

Fungsi lebuhraya adalah untuk memendekkan jarak dan mengurangkan masa perjalanan serta kesesakan lalu lintas.

Hartanah yang ada kemudahan akses ini boleh meningkat daripada sudut permintaan serta nilai sewaan.

Antara faktor lokasi pelaburan hartanah yang boleh kita ambil kira adalah jarak hartanah ke pusat bandar, melalui akses lebuhraya yang ada.

Ini sebab ramai yang bekerja di pusat bandar. Kalau jarak lebih dekat, hartanah itu boleh disewa dengan rate harga yang lebih tinggi.

Antara lebuhraya yang masih dalam proses pembinaan:-

Yang mana dah ada niat nak melabur tu dah boleh grab hartanah area sini confirm laku keras.

#4. Lokasi hartanah yang dekat dengan pengangkutan awam 

lokasi pelaburan hartanah

Pengangkutan awam ini termasuk kemudahan KTM, bas, teksi, terutama sekali MRT dan LRT. Lagi dekat, lagi bagus. Kalau boleh, cari yang dalam jarak berjalan kaki (walking distance).  Ini pasti akan mengubah cara hidup (lifestyle) orang sekeliling kat kawasan itu.

Sebab? Kalau ikutkan negara maju yang lain, hartanah yang terletak dalam jarak “walking distance” dengan pengangkutan awam sentiasa ada harga, dan boleh letak kadar sewa yang tinggi.

Kalau kita ambil contoh kemudahan LRT3 yang akan siap menjelang aggaran tahun 2024.

Kebanyakan rumah yang terletak dekat dengan stesen LRT3 sudah pun mula meningkat berdasarkan harga pasaran.

Walaupun rumah yang mereka beli pada awalnya dengan harga yang rendah, tapi lokasi pelaburan hartanah  yang strategik menjadi sebab rumah ini meningkat dari sudut harga jualan. Oleh sebab itu, ia mampu memberi pulangan tinggi serta menguntungkan si pelabur hartanah.

Antara projek pembinaan pengangkutan awam yang giat berkembang sekarang:-

  1. MRT2 (dijangka siap 2022)
  2. LRT3 (dijangka siap 2024)

 

#5. Lokasi hartanah yang menepati Feng Shui

Ye betul. Bagi masyarakat Cina pula, ada yang menitikberatkan Feng Shui. Mereka percaya bahawa rumah kediaman yang terletak di tempat-tempat tertentu boleh mendatangkan kebaikan, manakala yang lain pula mungkin membawa kemiskinan atau kecelakaan. Rumah mesti ada ‘ong’ baru ada cun. Sebagai contoh, kena pastikan rumah berada dilokasi yang keluarkan tenaga yang baik. Contohnya, kawasan persekitaran yang bersih, bukan berhampiran kawasan cerun atau tidak ada Sha Chi(ancaman) dari struktur berdekatan dan sebagainya.

#6. Bebas Jenayah

Tiada siapa pun yang nak berurusan dengan apa-apa perkara berkaitan jenayah. Pendek kata, kawasan yang kadar jenayahnya rendah, orang akan berasa selamat dan nilai hartanah menjadi  tinggi. Anda perlu bijak menilai statistik jenayah umum di kawasan itu untuk mengelakkan nilai hartanah anda susut . Memandangkan kes kecurian dan pecah rumah semakin meningkat dan membimbangkan, terutama bila melibatkan korban nyawa, projek perumahan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pos pengawal, CCTV dan sebagainya akan menjadi pilihan, walaupun harganya lebih tinggi. Ini juga merupakan salah satu cara memilih lokasi pelaburan hartanah.

BACA: Anda tahu tak macam mana si Pelabur ni berfikir?

 

Kesimpulannya

Kesimpulannya, kalau ada perancangan nak beli hartanah di lokasi yang hot ini, kaji projek-projek yang sedang dalam perancangan atau pembinaan ini terlebih dahulu. Dengan ilmu, baru orang lain susah nak ambil kesempatan.

Berbekalkan tips ini, semoga ianya sedikit sebanyak membantu anda sebagai seorang pelabur hartanah untuk mengorak langkah seterusnya.

Melalui pemilihan lokasi pelaburan hartanah yang strategik, sudah pasti ia memberi pulangan lumayan bagi para pelabur bak kata perpatah “Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang”

BACA LAGI: Strategi Pelaburan Hartanah Yang Paling Penting Sekali 

Jika anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah, kami juga boleh membantu anda. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.