Setiap orang ada mindset atau cara berfikir yang berbeza. Cara berfikir boleh menyebabkan sesorang berjaya atau gagal. Sebab itu ada banyak seminar yang menekankan tentang mindset ni. Kalau kita juga nak pelabur berjaya, kena kena tahu macam cara pelabur berfikir. Jom kita baca perkongsian daripada Dr. Azizul:

Cara Pelabur Berfikir?

1) Pelaburan hartanah itu perlukan masa, bukan beli hari ini boleh jual lusa.

Nak beli rumah pertama juga begitu, ia perlukan masa untuk cari rumah yang baik dan betul.

Kata R. Kiyosaki saya lihat 100 rumah, melawat 10 rumah dan beli satu rumah.

Tiada jalan pintas dalam pelaburan kecuali skim cepat kaya sahaja. Beli hari ini besok dah kaya raya katanya.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Semua pelaburan bermain dengan masa, semakin kita awal bermula. Semakin ramai gegadis akan suka lihat kocek kita.

2) Pelabur itu biasanya berbeza, mereka bukan seperti orang biasa biasa.

Memiliki kereta jenama H itu biasa bagi graduan mula kerja yang gaji luar biasa.

Mereka memilih membeli rumah, naik kancil atau LRT sahaja. Mereka tak kisah ada pakai kasut sukan kemana mana. Mereka makhluk berbeza.

Ayat “kufur nikmat itu” biasa mereka telan sebab mereka ini memang berbeza. Semua orang berjaya didunia kelihatan berbeza.

80% Kekayaan didunia dikuasai oleh 20% manusia yang pelik ini. Jangan malu jadi berbeza.

Apa salahnya ketua Jabatan naik Viva sahaja, tidak hilang bisannya.

3) Bina hidup dan hidup sendiri, jangan malu atau takut silap.

Kata bijak pandai, tak semua yang ramai orang buat itu betul dan yang sikit orang buat itu salah.

Beli rumah buruk, rumah lelong atau rumah terpakai bukan benda yang salah. Jika itu yang kita mampu apa salahnya.

Lukis sendiri jalan hidup kita dan keluarga, jangan malu untuk kelihatan berbeza. Teroka jalan sendiri, ia memang berisiko tetapi itu indahnya kehidupan ini.

Jadi berbeza.

4) Hidup akan mati, jangan sebut “Bila lagi nak merasa”. Jika kita tak merasa kita tetap mati pejam mata.

Sediakan pelan kewangan dan rumah untuk keluarga, ambil takaful dan hibah agar mereka terlindung bencana.

Hidup untuk berbakti bukan sebok nak merasa bawak Lamborghini.

Bina kebaikkan dan harta bukan untuk kita, tetapi untuk semua umat dan keluarga yang kita bakal tinggalkan pergi.

 

Ditulis Oleh:

Dr. Azizul Azli Ahmad
Seorang tenaga pengajar di IPT, tapi banyak berceloteh pasal pengurusan kewangan. Banyak berkongsi tips kewangan, budget harian, bulanan dan sebagainya diĀ Facebooknya.

Masih tercari-cari rumah untuk didiami atau untuk dibuat pelaburan? Sewa? Beli? Klik SINI. Kami akan semak.