Putrajaya

Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Ia terletak di atas tanah seluas 4,931 hektar yang terdiri daripada pejabat kerajaan yang canggih, hab komersil, kediaman, taman dan pelbagai kemudahan.

Ia adalah sebuah bandar raya pintar dan merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Putrajaya merupakan sebuah bandar terancang. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke sini pada tahun 1999, akibat kepadatan kawasan Kuala Lumpur.

Namun begitu, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parlimen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, ia menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Lokasi.

Putrajaya: Bandaraya Pintar dan Futuristik

Berdasarkan peta, kita boleh lihat ia terletak bersebelahan dengan Cyberjaya. Bawahnya lagi adalah Bandar Baru Salak Tinggi kemudiannya KLIA, Sepang dan menganjur ke Nilai.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Ia juga terletak berdekatan dengan bandar yang pesat membangun seperti Kajang, Puchong, Seri Kembangan dan Bangi. Menjadikan ia sebagai kawasan ideal untuk didiami.

Komposisi Penduduk

Berdasarkan suku tahun pertama 2019, Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk seramai 92,640. Majoriti penduduk yang tinggal di Putrajaya adalah kakitangan kerajaan sendiri dan majoriti penduduk di sini adalah daripada golongan berbangsa Melayu.

Putrajaya: Bandaraya Pintar dan Futuristik

Kalau kita lihat daripada carta pai di atas, peratusan tertinggi diwakili oleh bumiputera Melayu sebanyak 94.56%.

3.58% diwakili oleh lain-lain bangsa yang mana bumiputera bukan melayu dan bukan warganegara. Diikuti dengan penduduk berbangsa India 1.2% dan Cina 0.66%.

Terbukti bahawa majoriti penduduk di sini terdiri daripada bangsa Melayu.

Akses Lebuhraya

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang memberi kemudahan kepada penduduk di sini. Dengan adanya jaringan lebuhraya antara bandar ini dengan kawasan utama seperti Kuala Lumpur, ia memberi kesan positif dan lebih praktikal buat penduduk untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.

Antara akses lebuhraya di Putrajaya:

  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya

Pembangunan Akan Datang

Melalui rujukan dari The Star Online, ia akan menjadi hab keretapi dengan hampir semua kereta api yang beroperasi di Semenanjung akan melalui kawasan itu.

Pada masa ini, Putrajaya dihubungkan dengan laluan keretapi ERL dan pembinaan MRT2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang sedang berjalan dan dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2022.

Menjelang tahun 2026, ECRL akan siap dibina dan Putrajaya Sentral akan menjadi salah satu daripada 20 perhentian yang ada.

Selain daripada itu, UMLand bercadang untuk melakukan satu projek pembangunan akan datang di Pusat Pentadbiran Persekutuan Malaysia. Pembangunan ini terdiri daripada 3 bidang tanah yang akan menampilkan komponen bangunan seperti Serviced Apartments, Branded Residences, Hotel, Bangunan Pejabat, Pejabat Butik, Shop Offices dan Retail Mall. 

Analisa Harga Kawasan

Pada masa awal ia membangun, tiada siapa sangka harga hartanah di sini akan meningkat berkali-kali ganda. Pada awal pembinaannya, permintaan terhadap hartanah di sini amat perlahan dan ramai menganggap bandar pintar ini hanya sesuai didiami oleh golongan pesara kerajaan dan penjawat awam.

Hari ini kita boleh lihat bahawa semua tanggapan itu dah pun berubah. ia semakin pesat membangun yang mana hampir semua kementerian, kecanggihan bangunan kerajaan dan pelbagai kemudahan bertaraf dunia ada di sini sejajar dengan konsep ‘Bandar Pintar Dalam Taman’.

Oleh sebab itu, permintaan terhadap rumah berprestij khusus untuk golongan berpendapatan tinggi mula mendapat tempat. Hartanah mewah di sini mula menjadi rebutan golongan elit sama ada untuk menetap atau dibuat pelaburan.

Berdasarkan analisa dari Oktober 2017 hingga Julai 2018, median harga rumah Banglo di sini adalah RM2.05 Juta, diikuti rumah SemiD RM1.3 Juta. Seterusnya, median harga untuk rumah teres adalah RM780,000. Bagi condo pula, median harganya adalah RM535,000.

Destinasi Pelancongan

Selain daripada dikenali sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, tak lupa juga yang bandar ini ada daya tarikannya sendiri dari segi pelancongan.

Banyak tempat-tempat menarik yang ada sebenarnya di Putrajaya yang menjadi tarikan pengunjung untuk datang khususnya semasa cuti. Antaranya:

  • Tasik Putrajaya
  • Taman Wawasan
  • Taman Botani
  • Taman Wetland
  • Taman Ekuestrian
  • Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
  • Jambatan Putra
  • Jambatan Seri Perdana
  • Masjid Putra
  • Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
  • Dataran Putrajaya

 

Kemudahan

Kemudahan menjadi faktor utama yang dititikberatkan sebelum mendiami sesebuah kawasan. Jadi di sini saya rangkumkan serba sedikit kemudahan yang ada ataupun berdekatan dengan Putrajaya dalam bentuk point.

Antara kemudahan yang ada:

1. Pendidikan

  • SK Presint 18 (2)
  • SK Presint 5(1)
  • SK Presint 11(2)
  • SK Presint 11(3)
  • SK Presint 9(1)
  • SK Presint 8(1)
  • SK Presint 8(2)
  • SK Presint 17(1)
  • SMK Presint 9
  • Sekolah Al-Faizeen
  • SMK Presint 11(1)
  • SMK Presint 11(2)
  • SMK Presint 9(2)
  • SMK Presint 5(1)
  • Sekolah Sultan Alam Shah (ASiS)
  • SMK Agama Putrajaya
  • SMK Presint 14(1)
  • SMK Presint 16(1)
  • SMK Presint 8

2. Balai Polis/Bomba

  • Putrajaya District Police Headquarters
  • Precinct 11 Putrajaya Police Station
  • Malaysia Fire and Rescue Department Headquarters
  • Cyberjaya Fire and Rescue Station

3. Perubatan

  • Hospital Putrajaya
  • Klinik Kesihatan Presint 18
  • Institut Kanser Negara

4. Stesen Petrol

  • Shell Presint 8
  • Petronas Presint 11
  • Petronas Presint 16
  • PETRONAS  Presint 9 A

5. Bank

  • Bank Rakyat Presint 15
  • Affin Bank Persiaran Perdana
  • Hong Leong Bank Precint 16
  • AgroBank Presint 4
  • Maybank Presint 3
  • Bank Islam Presint 1
  • CIMB Presint 2
  • RHB Bank Presint 8
  • BSN Presint 2

6. Public Transport

  • Parkmay (Cityliner No. 868) Sinar Kota-Komuter Serdang-Putrajaya-Cyberjaya
  • Sepang Omnibus ( No. 536B) Sepang-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya
  • Kenderaan Kelang-Banting (No. 131) Kelang-Banting-Dengkil-Cyberjaya-Putrajaya
  • Sum Omnibus (No.186) Kajang Terminal Bus-UNITEN-Putrajaya-Cyberjaya
  • Express Rail Link (ERL) KL Sentral / Bandar Tasik Putrajaya / Cyberjaya / Salak Tinggi KLIA

7. Universiti

  • Heriot-Watt University Malaysia
  • University Malaysia of Computer Science & Engineering (UNIMY) (Cyberjaya)
  • Perdana University (Seri Kembangan)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) (Kajang)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) (Seri Kembangan)
  • Universiti Islam Malaysia (Cyberjaya)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi)
  • MMU Cyberjaya
  • UniKL Bangi
  • Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
  • Uitm Kampus Dengkil

BACA LAGI: 5 Sebab Kenapa Perlu Melabur dan Beli Hartanah Di Cyberjaya 

Anda ada hartanah di Putrajaya mahu dijual atau di sewakan? Atau mahu membeli rumah di sini? Isi borang di bawah.