Persoalan ni ramai yang tanya. Bagus kah beli hartanah di Cyberjaya. Jadi sebelum kita pergi lebih lanjut, baik kita kenali dahulu tentang Cyberjaya (walaupun ramai dah tahu area ni)

 

Background Cyberjaya

Cyberjaya adalah sebuah bandar terancang yang dirasmikan pada tahun 1997 lagi. Ia mendapat taraf bandar hijau dan merupakan sebuah bandar pintar bertaraf MSC. Cyberjaya terletak bersebelahan Putrajaya yang merupakan pusat pemerintahan kerajaan Malaysia.

Oleh kerana Cyberjaya ini dirancang sebagai bandar pintar dan pusat kreativiti, maka kerajaan telah banyak melaburkan sumber di sini bagi memastikan Cyberjaya sebagai hub teknologi Malaysia. Kerana itu lah bila kita dengar nama Cyberjaya, maka ia akan lekat dengan teknologi dan perkara berkaitan kreativiti.

Di sini banyak syarikat ICT dan teknologi dari dalam dan luar negara. Di samping itu, banyak juga universiti yang ada dan jumlah pelajar mereka juga amat ramai.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Lokasi Cyberjaya.

Dari apa yang kita lihat di peta, Cyberjaya ni terletak berdekatan Putrajaya. Bawah nya lagi adalah Bandar Baru Salak Tinggi dan kemudiannya KLIA di Sepang dan kemudian menganjur ke Nilai. Di atas nya pula adalah Puchong.

Dari peta yang kita lihat, Puchong, Cyberjaya dan Putrajaya adalah antara bandar yang sudah besar. Tapi tahukah anda yang perkembangan pesat turut berlaku di sekitar nya iaitu Bandar Baru Salak Tinggi dan Sepang.

Dengan itu, ia menjadikan Cyberjaya dan Putrajaya sebagai pusat bandar terdekat.

 

5 Sebab Kenapa Perlu Melabur Dan Beli Di Cyberjaya?

 

1.  Lokasi yang sangat-sangat bagus dan akan menjadi pusat bandar.

Bila kita rujuk semula kepada peta di atas, dan seperti ditulis sebelum ini, Cyberjaya berada di tengah antara Puchong , Bandar Baru Salak Tinggi dan Sepang. Putrajaya pula adalah pusat pemerintahan dan kebanyakan rumah di sini adalah kuarters pekerja kerajaan atau pun dibeli oleh perkerja kerajaan yang berkerja di Putrajaya. Memang wujud rumah-rumah selain itu tetapi kebanyakan nya tak banyak. Dan pembangunan di Putrajaya pula adalah di bawah Putrajaya Holding Berhad sebagai Master Developer.

Jadi dengan itu, hanya Cyberjaya sahajalah yang tinggal sebagai lokasi paling ideal untuk anda membeli. Kenapa? Kita sambung lagi di bawah. Anda kena baca sampai habis.

 

2. Pelan Pembangunan Cyberjaya City Centre

Pelan pembangunan Cyberjaya City Centre telah dijalan kan oleh Cyberview Sdn Bhd untuk menjadikan Cyberjaya sebagai sebuah bandar yang hebat. Maksudnya di sini, Cyberjaya akan menjadi bandar terancang yang cantik. Bila kita cerita tentang bandar terancang, ia akan menjadi satu aspek penting bagi pembeli hartanah. Kerana status sebagai bandar terancang akan memberi faktor penting kepada pembeli hartanah yang akan datang.

Ini kerana , jika anda mahu menjualkan semula hartanah anda di Cyberjaya ini, hampir semua pembeli sukakan lokasi yang memudahkan mereka. Mereka suka kan lokasi yang dekat dengan tempat kerja, pusat membeli belah, sekolah dan hospital. Jadi dengan pembinaan Cyberjaya sebagai bandar terancang pintar, pembeli atau pun penyewa adalah mereka yang akan berkerja di Cyberjaya dan sekitarnya.

 

Perasmian Hospital Cyberjaya

3. Infrastruktur Yang Bagus Dan Pembinaan Baru

Baru-baru ni kami dijemput ke perasmian Hospital Cyberjaya. Hospital ini akan di bina di atas tanah seluas 12.8 ekar dan akan di bina di Cyber 11. Nak tahu lebih lanjut boleh ke sini : Hospital Cyberjaya

Bayangkan, dengan pembinaan hospital ini, ia pasti akan menambahkan lagi penduduk Cyberjaya. Dengan kehadiran Doktor dan pakar yang profesional.

Selain tu, di Cyberjaya, sudah ada sekolah-sekolah berdekatan dan banyak juga pusat membeli belah di kawasan sekitarnya. Cyberjaya juga memang terkenal dengan internet yang laju!

 

4. Highway dan Perancangan Pembinaan Kemudahan Pengangkutan.

Cyberjaya ni kedudukan nya bagus dan strategik. Highway sahaja boleh dilalui dari NKVE, SKVE dan LDP.

Dan lebih dari itu adakah anda tahu bahawa salah satu stesyen keretapi laju Malaysia-Singapura adalah di Putrajaya/Cyberjaya? 

Bilamana siapnya perancangan ini, maka akan ada ramai lah yang akan boleh ke Cyberjaya terutama untuk tujuan perniagaan. Jadi usahawan dari Singapura yang terkenal sebagai hub korporat Asia Tenggara boleh selalu datang ke Cyberjaya untuk bermesyuarat. Mereka mungkin tak membeli rumah di sini dengan banyak tetapi mereka boleh memiliknya juga selagi melepasi syarat ditetapkan. Walaupun begitu mereka pasti memerlukan tempat tinggal seperti hotel atau pun guest house seperti AirBnB yang amat terkenal sekarang.

 

5. Tempat Tumpuan Usahawan Teknologi, Pelajar Antarabangsa dan Orang Muda.

Cyberjaya adalah bandar yang hype. Ramai di sini terdiri daripada pelajar dan pekerja teknologi. Mereka ini adalah orang-orang yang berprofil tinggi dan profesional. Kemampuan pembayaran mereka juga tinggi sesuai dengan gaya hidup di Cyberjaya.

Antara universiti yang ada di sini adalah Multimedia Universiti, Lim Kok Wing Universiti, Cyberjaya University College of Medical Science, Universiti Islam Malaysia , Kirkby International College dan lain-lain lagi. Universiti-universiti ini mempunyai puluhan ribu pelajar.

Selain daripada itu, banyak juga syarikat-syarikat besar di sini. Hampir semua nya adalah berkaitan teknologi atau divisyen teknologi syarikat mereka. Antaranya adalah Hewlett Packard, IBM, T-Systems, Dell, DXC Technology, Tech Mahindra dan lain-lain lagi. Bahkan ada sebilangan pekerja di Cyberjaya yang tinggal di Bukit Jalil.

 

Ok? Sekarang ambil nafas sedikit..1..2…3…4…5. Kita sambung sikit lagi.

 

Macam Mana Prospek Pelaburan Di Sini?

Ramai quite turn off dengan Cyberjaya. Tapi macam kata pelabur terkenal, Warren Buffett ; “Fearful when others are greedy and greedy when others are fearful.”

Rata-rata rumah di sini dalam range harga RM400K ke atas untuk apartment 3 bilik ke atas. Jadi instalment dalam RM1800-RM2000.

Sewa direct macam biasa

Jika anda buat sewaan macam biasa, mungkin susah nak cover instalment tapi bergantung juga. Ada yang dapat sewakan hingga RM 3000 ke atas sebulan. Tapi katalah tak dapat, tak pelah kalau just topup RM200-300. Sebab in the end nak di jual semula.

Walaupun begitu, antara cara nak menaik kan sewa, terutama pada golongan profesional yang mampu membayar lebih adalah dengan furnishkan secara premium. Mereka tidak kisah membayar lebih asalkan mereka suka dengan apa mereka dapat terutama profesional yang berkeluarga.

Sewa Ikut Bilik

Untuk menambahkan nilai keuntungan pelaburan anda, anda boleh buat sewaan secara bilik. Sebagai contoh, biik master boleh di caj sehingga RM 1000+ (Saya pun tak percaya tapi saya beberapa kali terjumpa pelajar luar menyewa bilik pada harga itu), dan dua bilik lagi pada harga RM 800 dan RM500. Jadi anda akan dapat dalam RM 2300 dan mendapat lebihan untung RM 300.

 

Guest House atau AirBnB

Ini yang saya paling suka. Ia nya agak berisiko dan leceh tetapi amat boleh di lakukan. Perancangan mendatang saya dalam perniagaan “property management” saya adalah untuk ke arah ini. Dan jika anda berminat mungkin kita boleh berkerjasama.

Caranya adalah furnishkan rumah anda kemudian kita sewakan sebagai hotel. Katalah satu malam di caj pada harga RM 150 (minimum). Maka sebulan anda akan dapat RM 150 x 30 hari : RM4500.

Sudah tentu anda tak akan dapat penuh tetapi katalah rumah anda itu penuh 15 hari sahaja sebulan pun sudah dapat RM 2250. Itu sahaja sudah untung. Jika occupancy adalah 60% anda mampu mendapat kan RM 2700 sebulan pula.

 

Menarik Kan?????

Jika anda berminat (anda pasti berminat!) kami ada satu peluang pelaburan untuk anda lihat. Anda boleh klik di sini : Peluang pelaburan di Cyberjaya