Mesti korang tak sangka Menara Berkembar Petronas KLCC yang menjadi legasi Tun Dr. Mahathir merupakan projek bermasalah.

Menara berkembar Petronas KLCC, satu nama yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Cetusan idea dari Perdana Menteri Ke-4 Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed masih tegak berdiri di tengah-tengah Kuala Lumpur. KLCC yang menjadi HQ untuk pengurusan Petronas, kawasan membeli belah dan kawasan beriadah di waktu petang merupakan projek pembangunan yang unik dan susah untuk ditiru.

Tun Dr. Mahathir pada waktu itu merasakan Malaysia adalah negara yang paling tidak popular antara 5 negara di South East Asea (SEA). Jadi, untuk memberitahu dunia bahawa Malaysia ini wujud, Tun Dr Mahathir memerlukan sesuatu yang menakjubkan, yang besar dan Tun Dr. Mahathir merasakan bahawa Menara Berkembar Petronas KLCC merupakan jawapan yang terbaik.

Kalau di Malaysia, kalau kita nak berbangga, mesti la lawan rumah sape paling besarkan? Sekarang Tun Dr. Mahathir nak lawan, menara sapa lagi besar! Dan, tiada sapa yang sangka proses pembinaan Menara Berkembar Petronas KLCC adalah sangat membebankan.

Disebalik kebanggaan rakyat Malaysia terhadap projek itu, korang tahu tak sebenarnya KLCC ini antara projek yang banyak masalah? Projek pembinaan 450 meter ini telah melangkaui teknologi dan keupayaan Malaysia sewaktu itu. Jangan lupa, Malaysia tidak mempunyai sebarang kepakaran untuk membina menara ye. Setiap peringkat pembinaan ada je masalah dan drama. Bukan drama melayu pukul 7. Ini drama yang boleh membuatkan projek Menara Berkembar Petronas KLCC gagal.

Kita mulakan dengan masalah atau drama pertama,

Reka Bentuk Menara Berkembar Petronas KLCC Bercirikan Malaysia

Reka bentuk KLCC adalah masalah pertama yang Tun Dr Mahathir berikan kepada Mr. Cesar Pelli. Tun Dr. Mahathir inginkan menara yang bercirikan Malaysia, tetapi apabila ditanya apa itu ciri Malaysia, takde sapa yang boleh jawab. Adakah jagung berkembar itu bercirikan Malaysia? Antara yang sinonim dengan Malaysia pada waktu itu adalah Islam. Jadi mamat Cesar Pelli baca dan menkaji semua buku-buku bercirikan Islam dan akhirnya keluarlah reka bentuk Menara Berkembar Petronas KLCC.

Drama kedua,

Bajet, Duit, Pulus, Wang Tak Cukup

Malaysia bukanlah negara yang kaya. Walaupun Petronas adalah lambang korporat Malaysia sehingga hari ini, duit merupakan masalah yang besar pada waktu itu. Dijangkakan pembinaan Menara Berkembar Petronas, KLCC akan mengambil masa selama 8 tahun, tetapi Malaysia hanya mempunyai duit sehingga 6 tahun sahaja. Alhamdulillah, nasib baik rakyat Malaysia terkenal dengan sikap rajin, jujur, tekun dan selalu datang kerja on-time. Berdasarkan asbab ini, Tun Dr. Mahathir berani menyahut cabaran untuk menyiapkan menara ini dalam masa 6 tahun. Apa yang telah dilakukan adalah sangat bijak. Tun Dr. Mahathir mengupah 2 kontraktor berbeza untuk setiap menara. Jadi kontraktor ini berlumba-lumba untuk siapkan projek itu.

Sebagai perspektif korang semua bertapa mahalnya projek ini, kalau projek ini delay sehari je akan menyebabkan RM 700,000.00 hilang. Kalau seminggu terlambat, alamatnya RM 5 Juta akan hilang. Kalau kutip GST time tu pun tak cukup nak bayar.

Tapak Pembinaan Tidak Kukuh

Tapak Asal KLCC

Dah la kawasan Kuala Lumpur susah nak cari tanah. Bila jumpa tanah, rupanya tanah ini ditebing jurang batu kapur. Jadi tanah yang ada ini tidak kukuh. Pening kepala jurutera Malaysia nak fikir. Oleh disebabkan tanah yang lain susah nak cari, maka jurutera pun dengan pakarnya buat tapak kesan sendiri. Tapak itu pula ditanam 120 meter bawah tanah sehingga melepasi lapisan batu kapur. Tapak buatan ini merupakan tapak buatan yang paling dalam ye.

Cuaca Malaysia Selalu Hujan

Tapak KLCC

Sewaktu pembinaan tapak ini dijalankan, cuaca Malaysia hari-hari hujan. Kalau hujan, kawasan tapak akan jadi basah. Kalau tapak basah, mestia tak boleh buat pembinaan. Untuk pengetahuan korang, untuk pembinaan tapak buatan memerlukan tanah yang kering. Jadi terpaksalah mereke membina kemah. 5 kemah yang besar telah dibina supaya tanah tapak itu kering. Barulah pembinaan tapak buatan boleh dijalankan. Nasib baik mereka tak gunakan hair dryer je untuk keringkan tanah.

Keluli Tidak Cukup Kuat

Keluli yang ada sewaktu itu tidak cukup untuk menampung berat dan ketinggian Menara Berkembar Petronas, KLCC. Jika menara ini dibina dengan keluli yang ada, menara ini akan roboh. Cuaca dan angin di Malaysia bukan selalu tenang. Jadi menara ini perlu mempunyai kekuatan untuk menanggung beban sendiri dan beban disebabkan oleh faktor cuaca.

Jalan penyelesaiannya, mencipta konkrik yang lebih kuat. Yang bestnya, untuk membuat konkrik yang kuat ini, bahan-bahan khas terdapat di Malaysia. Ini barulah dinamakan darah daging tanah airku.

Salah Bancuh Konkrit

Selepas bina bertingkat-tingkat, tiba-tiba jurutera baru perasan rupanya ada yang bancuh konkrit tidak ikut spec. Masyaallah. Kalau salah bancuh, memang menara ini tidak selamat untuk diduduki. Nasib baik la hanya satu tingkat sahaja yang dilaporkan konkirtnya salah bancuh. Jadi tingkat itu terpaksa dirobohkan dan dibina semula.

Menara Senget

KLCC senget

Kalau menara sengat je mesti korang teringat lean tower of Pissa. Menara Berkembar Petronas, KLCC ini sebenarnya sengat ye. Cuma takde la senget teruk, cuma beberapa mm sahaja. Tetapi, walaupun senget hanya beberapa mm, menara ini terlalu tinggi, jadi tiada sapa yang boleh menjamin kestabilan menara ini. Jadi jurutera kita pun menggunakan langkah bijak, alang-alang menara senget ke kanan, kita sengetkan balik ke kiri. Jadi menara itu lebih stabil.

Skybridge Tergantung Tanpa Bekalan Elektrik

Menara SkyBridge

Cabaran terakhir diorang ialah nak meletakkan skybridge tu ke tempatnya. Waktu jambatan tengah tergantung, seluruh tapak pembinaan black out kena sambar petir. Cuba banyangkan SkyBridge yang besar itu tergantung di udara. Jurutera dah terbayang kalau jambatan tu jatuh ke bawah boleh delay projek sehingga 2 mingu nie. RM 10 Juta tu. Lepas 36 jam menunggu, Alhamdulillah cuaca reda. Baru la pemasangan Skybridge dapat disempurnakan dengan kibaran Jalur Gemilang di badannya.

Kesimpulan

Walaupun dengan drama yang begitu banyak, Alhamdulliah Menara Berkembar Petronas berjaya disiapkan pada 1 January 1997. Sewaktu tu admin baru nak masuk darjah dua. Tak sangka betul Malaysia mampu membina menara setinggi 450 meter. Sehingga sekarang, Menara Berkembar Petronas merupakan menara berkembar tertinggi di dunia selepas 21 tahun dan menara ke-11 tertinggi didunia. Hasil cetusan idea Tun Dr. Mahathir ini telah meletakan nama Malaysia di persada dunia.

Tun Dr. Mahathir

Untuk pengetahuan korang, korang boleh naik ke SkyBridge untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur. Cuba la naik. Kalau korang inginkan view permandangan yang baik, boleh sewa rumah di Regalia menggunakan airBNB.

Admin belanja video pembukaan Menara Berkembar Petronas KLCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=t7HIwYfBMgo]
Rujukan

Perkara Tentang KLCC Yang Kita Tak Tahu

http://suaramuhajirin313.blogspot.my/2013/09/gambar-sejarah-pembinaan-klcc-yang.html