Bila anda dah jumpa rumah idaman, mesti la anda akan apply loan untuk beli rumah tu kan? Kalau tanya rakan-rakan mesti ada yang recommend loan islamic. Tapi apa perbezaan loan konvensional dan loan islamic ni?

Adakah loan konvensional lebih best? atau loan islamic lebih mahal kata orang?

Ha, artikel kali ni kita tengok perbezaan loan konvensional dan loan islamic ni dari sudut teknikal.

“Perbezaan Loan Konvensional dan Loan Islamic

Loan konvensional di offer oleh bank konvensional dan loan islamic atau lebih tepat dipanggil pembiayaan islamik di offer oleh perbankan islamik.

Saya ambil perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual agar anda nampak perbezaan dengan lebih jelas. Saya ambil untuk loan rumah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Perbezaan Loan Konvensional dan Loan Islamic

Sumber: MajalahLabur

Perbezaan yang sebenar adalah pada sistem perbankan itu sendiri yang mengendalikan pembiayaan/pinjaman. Jumlah yang kita perlu bayar mungkin sama saja, tetapi cara keuntungan yang diambil oleh perbankan itu berbeza. Cuba tengok nombor 3 dan 7.

BACA LAGI: Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Meningkat 

Loan Konvensional

Andai kata anda beli rumah yang berharga RM60,000 dengan loan 10 tahun.

Kalau guna loan konvensional pada interest rate 6%. Perbankan konvensional dapat untung daripada interest rate. Ini bermakna, baki pinjaman anda juga dikenakan interest rate. Jadi ikut loan calculator, anda kena bayar bulan-bulan RM666.12.

Lepas tu yang RM666.12 tu adalah interest + principal (loan sebenar).

Di akhir tempoh pinjaman, anda telah membayar RM79,934.76. Di situ bank telah untung RM19,934.76 lebih kurang 33.22%.

Andai kata pada tahun ke-5 kita buat full payment, baki hutang kita adalah RM 34,455.59. Maka selama 5 tahun kita commit dengan hutang kita, bank telah memperolehi keuntungan sebanyak RM 74,422.97 iaitu profit margin 24.03%.

Loan Konvensional

Pembiayaan Islamic

Perbankan Islamic juga memerlukan keuntungan, jadi akan ada margin profit. Kita ambil jumlah untung yang sama iaitu 33.22%.

Pengiraan bayar bulan sama iaitu RM666.12. Tetapi yang membezaankan adalah RM666.12 yang dibayar itu adalah principal (asas pembiayaan) semata-mata. Bermakna baki bayaran pembiayaan setiap tahun lebih sedikit.

Pada tahun ke-5, baki kita dah tinggal RM30,000. Kalau buat full payment tahun tu, secara kesuluruhan kita dah bayar RM 666.12 X 12 X 5 + RM 30,000 = RM 69,967.20, yang mana keuntungan bank hanya 16.61% lebih rendah dari loan konvensional tadi (24.03%).

Ya, sebab ini lah rate tahunan pembiayaan islamik selalunya lebih tinggi daripada konvensional, sebab tidak dikira berdasarkan interest rate.

So, rakan-rakan yang nak beli rumah boleh rancang betul-betul. Kalau rasa nak bayar sampai habis 30 tahun loan, mungkin konvensional lebih baik untuk anda. Tapi kalau rasa macam nak jual selepas 10 tahun, atau nak buat full settlement awal, mungkin pembiayaan islamic lebih baik untuk anda. Apa-apa pun, tengok rate offer yang anda dapat dan bandingkan.