Generasi muda disarankan hanya sewa rumah sahaja untuk mengelakkan hutang untuk jangka panjang, menurut menteri Datuk Seri Johari di The Malay Mail Online. Senang kata sewa rumah, tak perlu beli rumah sendiri.

Menurutnya lagi, memiliki hartanah pada usia yang muda hanya menambahkan beban hutang kepada mereka yang baru sahaja menapak di dunia pekerjaan. Selain itu, beliau memberi contoh negara luar yang lebih suka menyewa untuk masa yang lama.

Kononnya budaya kita ini tidak percaya kepada sewa, maka pemikiran ini yang pada hematnya patut ditukar untuk kepentingan bersama. Jadi sewa rumah, tak perlu beli katanya.  Mereka yang berada di United Kingdom, mengamalkan menyewa sehingga memiliki cukup wang kelak untuk memiliki hartanah sendiri.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Berbaloi ke kalau dengan kemunculan lebih banyak rumah mampu milik ini, kita hanya berterusan menyewa selama-lamanya?

Kalau sampai bila generasi muda ini akan mampu untuk memiliki rumah sendiri untuk memulakan keluarga? Menyewa ni bukanlah mudah, banyak dugaan yang perlu dihadapi.

Ada kalanya harga sewa rumah meningkat dengan melampau, sehingga kais pagi makan pagi dibuatnya, lagi mendatangkan masalah!

Ini kerana beliau turut mencadangkan alternatif kepada lambakan rumah mampu bilik untuk terus disewa walaupun sehingga 20 dan 30 tahun.

Sambungnya lagi, dengan menyewa ia akan mengurangkan beban hutang jangka panjang yang perlu ditanggung oleh orang ramai terutamanya kepada mereka yang baru bekerja.

Ini yang membuatkan kita terfikir, habis tu untuk apa rumah mampu milik ini dibuat sebenarnya? Adakah untuk disewa sehingga ke tua atau bagaimana?

Sedikit tambahan, bagi anda yang ingin membeli atau menyewa rumah dan masih dalam dilema adakah ianya bersesuaian dengan bajet yang ada, anda boleh ke sini: Sewa/Beli Rumah, nanti kami tengokkan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.