Mengapa Doktor Ini Beli Shoplot Untuk Melabur, Bukan Rumah?

Mengapa Doktor Ini Beli Shoplot Untuk Melabur, Bukan Rumah?

 

Mengapa Doktor Ini Beli Shoplot Untuk Melabur, Bukan Rumah? Baru-baru ini saya berkesempatan bersembang dengan seorang doktor muda yang juga seorang pelabur hartanah. Yang menariknya, semua hartanahnya adalah shoplot, takda satu pun rumah. Saya pun nak jugak tau kenapa dia pilih shoplot sahaja, rumah dia taknak beli untuk perlaburan. Jom sesama dengar kenapa dia memilih shoplot.

KakiProperty: “Mengapa hanya memilih shoplot, bukan rumah?”

Dr. A: “Ada beberapa point penting yang buat saya suka shoplot:

Tenant & Property Management: Tak perlu pening pasal tenant, sebab mostly tenant adalah orang bisnes, dan shoplot tu adalah tempat diorang buat duit, jadi shoplot akan sentiasa well maintained. Kalau rumah, kita nak kena pening dengan kerenah tenant yang sikit-sikit mengadu itu rosak ini rosak, selalu bila diorang keluar mesti teruk sebab tak maintain betul-betul.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Return lebih tinggi: Ini kena pandai cari, contoh, shoplot pertama saya, saya berjaya fight untuk dapatkan dengan harga lebih kurang 700k, sewa sebulan 5800, bayar bank baru 3300. Kalau rumah pada harga 700k, saya hanya dapat sewakan pada harga 1800-2000 macam tu, kalau lebih pun, takkan sampai 5000. Shoplot kedua (sercet recipe), fight dapat harga 620k, sewa bulanan 4500, bayar bank 2800. So, mostly saya dapat return positif.

Rental Increment: Kalau saya naikkan sewa pun, selalu takda masalah sebab tenant faham, dan kebiasaan setiap 3 tahun rental akan naik. Kalau rumah kita naikkan sewa, tenant akan bising dan mungkin lari camtu ja.

Mengapa Doktor Ini Beli Shoplot Untuk Melabur, Bukan Rumah?

KakiProperty: “Orang mesti akan kata, encik ni doktor, boleh la beli shoplot, betul ke?”

Dr. A: “Tak jugak, sebab shoplot pertama saya beli, saya baru ja kerja di hospital. Semua deposit dari saving saya di ASB sejak saya sekolah menengah saya simpan. Kalau tak kerja doktor pun, InshaAllah saya tetap beli shoplot”

KakiProperty: “Macam mana boleh terfikir nak melabur dalam shoplot ni?”

Dr. A: “Ini sebab masa saya medical student, saya mula survey dan tengok macam mana ayah dan pak cik saya beli hartanah. Kemudian saya bergaul dengan pelabur-pelabur yang lain, dari situ saya dapat knowledge dan berani nak beli”

KakiProperty: “Adakah in future doktor akan melabur dalam rumah jugak?”

Dr. A: “Tak, saya memang nak shoplot sahaja sebab tak perlu pening-pening. Setakat sekarang, saya beli shoplot-shoplot tu, terus terang saya tak pernah masuk selepas beli. Sebab semuanya well managed oleh tenant sendiri, cukup bulan diorang bayar sewa, nak renovate, diorang renovate sendiri.”

KakiProperty: “Saya pelik, kenapa shoplot doktor harga rendah tapi sewa bulanan tinggi?”

Dr. A: “Sebab yang saya dapat adalah harga selepas saya fight habis-habisan, kalau ikut market value, memang tinggi harga shoplot itu. Ada caranya untuk cari shoplot macam tu, nak cari good paymaster, dan sebagainya. Ini la ilmu yang saya dapat daripada bergaul dengan pelabur-pelabur yang lain. Dan saya nak sangat share ilmu ini dengan sesapa saja yang nak.”

KakiProperty: “Ada tak nasihat untuk pelabur baru yang berminat dengan shoplot?”

Dr. A: “First, dapatkan ilmu dulu. Then, buat target berapa ROI yang nak. Bila cari lak, tak perlu rushing pun, pasti akan jumpa yang best-best biar pun lambat. Banyak lagi saya boleh share teknik. InshaAllah, ada masa nanti saya share cara cari shoplot untuk yang berminat”

Banyak lagi sebenarnya yang doktor ini bagitau, saya masukkan yang penting saja untuk korang baca. Korang perasan tak, bila cakap pasal hartanah ni, orang mesti tekankan ilmu. Dia berjaya hartanah, bukan sebab dia doktor, tapi sebab ilmu yang dia kumpul sejak dia student lagi. Of course ada pro and con jugak shoplot ni. Nanti saya share teknik dia cari shoplot lak, yang berminat boleh follow FB kita orang ye.

Alang-alang tu kalau ada hajat nak beli apa-apa hartanah atau nak semak harga dulu, anda boleh klik di sini: Jual/Beli Hartanah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.