Di ambang pilihan raya yang tinggal tak sampai sebulan ja lagi, ramai yang mengkaji manifesto parti-parti yang bertanding, nak tengok yang best. Manifesto Pakatan Harapan ke Manifesto Barisan Nasional.

Kita yang dalam bidang hartanah ni pun tertarik juga nak tau apa yang ditawarkan oleh parti-parti yang bertanding berkenaan hartanah ni.

Untuk artikel ini, kita ambil Manifesto Pakatan Harapan dahulu, next artikel kita akan tengok daripada Barisan Nasional pulak ye.

Manifesto Pakatan Harapan Untuk Pemilikan Rumah

Satu-satu yang berkaitan dengan pemilikan rumah adalah di bawah Janji 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa.

Di bawah manifesto ni, PH akan lebih mengutamakan projek-projek rumah mampu milik berbanding projek biasa yang harga rumah terlalu mahal untuk golongan muda yang baru bekerja.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Mereka juga akan banyakkan skim sewa milik (rent-to-own). PH berhasrat untuk berganding bahu dengan bank-bank komersial untuk meluaskan skim sewa milik ni.

PH juga akan tetapkan had masa pemilikan tanah oleh pemaju. Ini untuk elakkan pemaju yang beli tanah dan simpan lama-lama. Benda tu effect harga rumah sebab tanah untuk membangunkan rumah akan jadi terhad.

Rancangan PR1MA pun akan dirombak semula untuk elakkan syarikat kroni ambil kesempatan beli tanah banyak dengan harga murah, tapi rumah yang dibina sikit ja.

manifesto pakatan harapan

Bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan bumiputera, PH akan menggalakkan dan memudahkan proses dengan memberi insentif kepada Majlis-majlis Agama Islam Negeri-negeri bekerjasama dengan pemaju swasta untuk menaikkan lebih banyak rumah mampu milik atas tanah waqaf untuk golongan Muslim.

Untuk status tanah, PH akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk memudahkan proses penukaran status tanah jika tujuan tanah tu untuk di dirikan rumah mampu milik.

Akhir sekali, PH akan menggabungkan agensi-agensi terlibat dalam perumahan mampu milik ni untuk:

  • membina satu juta rumah mampu milik dalam masa dua penggal pentadbiran kami.
  • menyelenggara satu pengkalan data terbuka rumah mampu milik yang belum terjual, untuk mengelak penyembunyian maklumat oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab.
  • menyelenggara program sewabeli rumah mampu milik untuk golongan M40 dan B40, serta program khas “rumah mampu sewa” untuk mereka yang layak, terutamanya daripada golongan anak muda.
  • menyelaras perancangan dengan institusi perbankan agar akses kepada pinjaman perumahan untuk pembelian rumah pertama boleh diperluaskan.
  • mengambil alih penyelenggaraan perumahan kos rendah demi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penduduk.

Ada beberapa lagi Manifesto Pakatan Harapan yang boleh dikaitkan dengan hartanah ni walaupun tak secara langsung, serba sedikit ada kaitan dengan hartanah, seperti pemansuhan GST dan tol. Jaringan pengangkutan awam juga akan ditambah.

Kalau anda nak tahu, suri rumah juga akan dapat KWSP sebanyak 2% daripada caruman suami ditambah dengan RM50 sebulan daripada pihak Pakatan Harapan.

BACA LAGI: Cara Keluarkan KWSP Untuk Beli Rumah

Semua itu adalah Manifesto Pakatan Harapan untuk pilihanraya yang akan datang. Sama ada mereka boleh laksanakan atau tidak, itu kita tak tau lagi. Kita yang minat hartanah ni lebih kepada nak tau apa yang boleh kita dapat. Jika dilihat, PH fokus kepada rumah mampu milik, dan ini mungkin akan beri peluang kepada orang muda untuk memiliki rumah awal. Jika anda ada pendapat yang lain, boleh kongsi bersama.

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.