Artikel yang lepas kita dah tengok manifesto pakatan harapan berkenaan pemilikan rumah. Kali ni kita tengok pulak Manifesto Barisan Nasional tentang isu-isu yang berkaitan dengan pemilikan rumah kalau ada.

Saya perasan ramai gak yang tunda niat nak beli rumah sebab nak tunggu dan lihat siapa yang menang PRU nanti. Apa dasar-dasar berkaitan hartanah yang akan berubah, apa kesan kepada yang tengah nak beli rumah. Sambil-sambil tu kita tengok dulu manifesto ni

Manifesto Barisan Nasional Untuk Pemilikan Rumah

Untuk manifesto barisan nasional yang ada kaitan dengan hartanah diletakkan di bawah manifesto Kediaman 1Negaraku. Dalam ni ada lebih kurang 31 point yang dijanjikan. Kita akan tengok secara ringkas je.

Bank khas untuk pinjaman rumah mampu milik dan rumah kos rendah akan ditubuhkan, khas untuk rumah harga bawah RM300,000. Mungkin akan lebih senang untuk anda dapat pinjaman perumahan kos rendah berbanding sekarang.

Kalau untuk pelabur hartanah pulak, ada yang best iaitu cukai pendapatan akan dikecualikan untuk pendapatan hasil daripada sewaan rumah.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Parti Barisan Nasional pun ada menjanjikan insentif untuk bank dan pemaju bagi memperbanyak rumah skim sewa-untuk-beli. Bagi yang ada masalah untuk beli rumah cara biasa, skim sewa-untuk-beli ni mungkin boleh jadi pilihan anda nanti, sekarang pun ada cuma tak banyak.

Bantuan untuk pembeli-pembeli rumah yang menjadi mangsa pemaju yang tidak berlesen. Cuma mereka tidak nyatakan bantuan dari segi apa. Apa pun sedikit sebanyak dapat ringankan mangsa yang tertipu.

Menyediakan Skim Bantuan Sewa Perumahan Awam bagi membantu penyewa dalam kategori miskin dan orang kelainan upaya. Skim ini mungkin dapat ringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Memperkenalkan Perjanjian Jual dan Beli Rumah Patuh Syariah yang akan menambahbaik sistem perbankan Islam sedia ada. Kebanyakkan yang patuh syariah kalau betul-betul dijalankan dengan cara yang betul akan dapat meringankan atau memudahkan pembeli. Kalau tak, akan sama jugak macam kovensional.

Kebanyakkan daripada Manifesto Barisan Nasional fokus kepada bantuan untuk golongan staf kerajaan seperti anggota tentera dan polis. Juga ada melibatkan pembinaan lebih banyak rumah untuk generasi kedua dan ketiga FELDA. Tapi ini secara ringkas yang dapat saya petik. Artikel seterusnya kita akan cuba bandingkan antara kedua-dua manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berkaitan hartanah.

BACA LAGI: Mukadimah PRU14

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.