Jenis-Jenis Hak Milik Tanah Di Malaysia

Mengetahui jenis-jenis Hak Milik Tanah menjadi perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membeli rumah. Hal ini demikian, kebanyakan masalah berkaitan tempoh milikan, tempoh pindah milik dan kelayakan pinjaman sering berlaku berpunca daripada kurangnya peduli terhadap sesebuah pemilikan/pegangan hartanah tersebut.

Terdapat beberapa pegangan/hak milik tanah yang perlu anda tahu sebelum membeli sebuah rumah.

#1. Freehold

Freehold atau hartanah pegangan kekal merujuk kepada kepentingan pemilikan berkekalan. Hartanah ini menjadi milik anda selama-lamanya dan ia mudah dipindah milik daripada individu ke individu yang lain. Anda tak perlu dapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa seperti kerajaan negeri untuk memindah milik.

#2. Leasehold

Leasehold atau hartanah pegangan pajak merujuk kepada anda memajak atau menyewa hartanah tersebut dari kerajaan. Kebiasaannya tempoh pajakan ialah 99 tahun. Jika tempoh pajakan hartanah berkurangan seperti 10 tahun sahaja yang tinggal, maka anda boleh membuat lanjutan pajakan dengan membayar premium pajakan.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Pajakan akan diperbaharui untuk memaksimumkannya kepada 99 tahun semula. Jika anda gagal memperbaharuinya, tak mustahil untuk hartanah anda diambil semula oleh kerajaan. Bagi tempoh pindah milik pula, ia mengambil masa agak panjang iaitu kurang 18 bulan atau 18 bulan maksimum. Semuanya bergantung pada keadaan.

#3. Rizab Melayu

Tanah ini dirizabkan hanya untuk orang Melayu atau dipanggil Bumi Lot. Tidak kisah jika hartanah itu freehold atau leasehold, hartanah ini dikhaskan untuk dijual pada bumiputera Melayu sahaja.

#4. Hak Milik: Master, Strata atau Individual Title

Selepas diberi kelulusan kepada pemaju untuk memajukan sebidang tanah, pejabat tanah akan memberikan hak milik induk atau Master Title kepada pemaju bagi keseluruhan projek perumahan itu.

Setelah rumah-rumah itu diserahkan kepada pembeli, pemaju akan memohon kepada pejabat tanah untuk memindah milik hartanah dari hak milik induk(Master Title) kepada hak milik individu. Kebanyakan hartanah hak milik individu terdiri daripada rumah landed seperti rumah Semi D dan teres. Bagi hak milik strata pula, kebanyakannya terdiri daripada rumah high rise seperti kondominium dan apartment.

Jika anda membeli hartanah Master Title, ia akan mengambil masa yang lama untuk dipindah milik oleh pemaju ekoran banyak prosedur yang perlu diikut. Ia akan memberi masalah untuk anda semasa penjualan rumah. Tapi, jika anda beli hartanah hak milik individu, ianya lebih mudah untuk dijual.

Itulah antara hak milik atau pegangan hartanah yang ada di Malaysia ini. Semoga berbekalkan info ringkas ini dapat memberi panduan buat anda dalam memilih hartanah yang sesuai dan sedikit sebanyak memudahkan urusan.

BACA: Kaji 3 Faktor Ini Sebelum Beli Rumah!