Gambar: MyMetro

Inilah Rumah Kayu Termahal di Malaysia, Berpuluh Juta Ringgit. Ye, gambar di atas tu la rumahnya. Nak tau berapa harga? RM20 juta. Terkejut? Tapi bukan pihak valuer yang bagi nilai tu, itu adalah nilai tuntutan pemilik rumah/tanah. Korang dah baca artikel RUMAH PAKU sebelum ni? Kali ni terjadi di negara kita.

Rumah Kayu Termahal. Macam Mana Terjadi

Ini kes di Kuala Terengganu, pemaju yang nak bangunkan kawasan tu, offer RM20,000 sahaja kepada pemilik tanah tu. Diorang memang tak puas hati la, sebab tanah tu katanya di kawasan bandar, tak berbaloi pampasan RM20,000.

Jadi, pemiliknya demand RM20 juta sebagai pampasan. Katanya, tak dapat 20 juta tu, diorang takkan berganjak.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Masalah Lain

Apa yang peliknya di sini, pemilik rumah berkenaan ada pergi ke Pejabat Tanah untuk tanya tentang projek tu, tapi bila disemak, tiada rekod pemilikan tanah tu. Geran asal pulak dah hilang. Katanya, bapanya membeli tanah tersebut daripada ibu saudara bapanya. Dah 77 tahun punya harta pusaka tu.

Cuma, situasi agak bahaya sebab tidak ada bukti pemilikan. Selalu kalau geran hilang, boleh semak dengan Pejabat Tanah, tapi kalau Pejabat Tanah pun takda rekod, macam mana tu?

Penyelesaian

Memang diorang kena fight dengan lawyer masing-masing, kalau tak jadi la rumah paku kat negara China tu, 14 tahun kat tengah-tengah jalan, last-last surrender gak. Tu pun setelah dapat offer yang lebih baik.

Diorang tak membantah pembangunan, bahkan diorang sokong pembangunan yang memberi manfaat untuk rakyat negeri tu. Masalah kat sini pampasan yang ditawarkan tidak munasabah.

Kesimpulan

Untuk kes pampasan macam ni, memang akan makan masa. Satu, pampasan dari pemaju terlalu rendah. Kedua, pampasan yang dituntut pulak gila tinggi. Ditawarkan RM20,000, saya pun tak puas hati. Tapi tuntutan RM20 juta tu, korang rasa keterlaluan tak?

Mungkin strategik pemilik tanah jugak, kalau dia mintak tinggi, nanti lepas fight kat mahkamah, walaupun tak menang 20 juta, mungkin masih lagi dapat pampasan berjuta jugak. Berbanding kalau dia “baik hati” mintak 2 juta, lepas fight dapat ratus ribu je. Pendapat korang macam mana?

 

Sumber:

MSN News

Jika anda berhajat untuk beli rumah atau mungkin ingin menjual rumah yang anda miliki, bolehlah ke sini: Jual/Beli Rumah