Feng Shui: Apa yang korang kena tahu sebelum beli rumah?

Sempena Chinese New Year yang nak dekat ni, saya nak bicangkan mengenai budaya masyarakat cina bila dorang nak beli rumah. Bukan sahaja rumah, mereka sebenarnya akan analisis Feng Shui di sekeliling prospek hartanah yang akan dorang beli ni. Maknanya, beli kilang ke, beli pejabat ke beli hotel ke, mesti kena ikut guidelines

Feng Shui ini spesies apa?

Bila sebut je Feng Shui, mesti ada yang terus tekan button back atau terus jatuh hukum. Khurafat ni oii, boleh jatuh kufur kau ni (laju je kalau bab-bab ni). Sabar rakyat jelata semua. Ini masanya untuk rakyat Kakiproperty semua tahu Feng Shui ni apa? Adakah Feng Shui ini sejenis agama? Atau sebuah ritual?

Feng Shui merupakan salah satu cabang ilmu. Ilmu Feng Shui merupakan satu set pengetahuan mengenai hubungan antara manusia dengan alam sekitar. Dengan bahasa yang mudah, bagaimana hubungan alam sekitar (air, angin, api, logam dan kayu) dapat serasi dengan manusia. Contohnya, kawasan persekitaran tempat tinggal korang tu berbahaya atau tidak untuk diduduki.  Rumah yang berdekatan  dengan landasan kereta api tu agak-agak selamat tak untuk diduduki?

Kelebihan Feng Shui menurut perspektif masyarakat cina

Kalau ikutkan masyarakat Cina, antara kemampuan Feng Shui ni boleh membawa tuah, menangani masalah, memberi kepuasan serta ketenangan kepada pelanggan dengan mengubah atmosfera di sekitar mereka. Oleh kerana Feng Shui ini melibatkan keseimbangan unsur alam dengan manusia maka rumah korang tu akan menyerap tenaga yang bermanfaat dan mengurangkan kadar bahaya. Tenaga yang bermanfaat tu air, angin, api, logam dan kayu yang saya dah mention kat atas tadi. Maksudnya, lebih elok kalau gunakan elemen alam sekitar untuk ruang rumah tu. Samalah macam ciri-ciri Green Building.

Menurut Rais Yeop, seorang Perunding Hartanah Bedaftar.

Feng Shui ini bergantung kepada individu dan tarikh lahir mereka. Feng Shui pada kefahaman pengamalnya akan memberi masa depan yang cerah, tuah dan kebaikan untuk individu memiliki tanah tersebut. 

Tambah beliau lagi, soal harga bukan merupakan isu besar. Dorang boleh je beli. Tapi masih dalam linkungan bajet dan Market Value mereka lah. Tapi, yang penting, kedudukan hartanah tu mesti berada pada kedudukan yang mereka nak. Boleh jadi ada pembeli  mahu menghadap timur, barat, utara, selatan. Sebab apa? Sebab ada kompas feng shui yang akan tentukan sama ada sesuai di beli atau tidak.

Kompas Feng Shui

Feng Shui Checklist sebelum beli rumah:

Ini antara Feng Shui Checklist sebelum korang beli rumah. Cara ini yang boleh pastikan rumah yang bakal korang beli ada Feng Shui yang baik atau tidak:

  1. Lokasi, kejiranan dan kawasan lot.

Kena pastikan rumah korang berada dilokasi yang keluarkan tenaga yang baik. Contohnya, kawasan persekitaran yang bersih, jiran baik, bukan berhampiran kawasan cerun atau tidak ada Sha Chi dari struktur berdekatan dan sebagainya.

Sha Chi ni apa pulak? Sha Chi ni maksudnya attacking atau ancaman. Ancaman selalunya berbentuk tajam atau apa-apa struktur yang berdekatan yang berbentuk tajam dan akan memberi ancaman kepada penghuni. Kebiasaanya, Sha Chi akan tertumpu pada pintu dan tingkap rumah. Saya bagi contoh, pisau kan tajam, bahaya kan? Itu contoh ye. Ancaman boleh berlaku dalam dua bentuk,  pertama disebabkan nature itu sendiri, kedua ialah ciptaan manusia.

Korang nak ke beli rumah dekat dengan kawasan kuari? Sekali letup, hujan batulah bumbung rumah korang. Habis berlubanglah atap rumah korang, tak pasal-pasal roboh pula nanti. Kos untuk baiki atap bukannya murah, malah kalau nak jual pun mungkin susah. Ini contoh Sha Chi ciptaan manusia.

Dalam movie The Conjuring 2, scene batang pokok yang runcing lepas disambar kilat tu. Itu antara contoh Sha Chi secara semulajadi. Kedudukan batang pokok itu betul-betul berada di tingkap bilik tidur utama. Maksudnya bahaya tu memang tertumpu kepada penghuni rumah tersebut. Kalau korang jatuh tu, memang tertusuk tembus lah badan tu, melekat kat batang pokok runcing.

Dari sudut positif, ada kelebihan dari segi keselamatan penghuni rumah tersebut bila mengamalkan Feng Shui. Tidaklah mereka rasa bahaya menghuni bangunan tersebut. Sekarang korang dah tahukan logiknya tak beli rumah menghadap T-Junction atau jalan masuk rumah yang tak  rata. Kemungkinan, rumah korang akan dirempuh masuk kereta bila ada kereta yang terbabas. Tak caya baca ini.

Feng Shui secara klasik dan umumnya, memerlukan ruang pengudaraan yang baik. Kebiasaanya halaman belakang rumah mestilah lebih besar daripada halaman depan. Malah, pandangan untuk bahagian depan rumah tidak terhalang. Tak terhalang tu macam mana? Ada hijab ke?

Hijab yang di maksudkan bukanlah kita tak nampak apa-apa. Tetapi sesuatu yang menghalang pandangan kita untuk melihat keseluruhan pandangan secara meluas. Contohnya, ada gunung-ganang, bangunan-bangunan tinggi dan sebagainya.

Ada sebab kenapa tak boleh terhalang sebenarnya. Sebabnya, rumah korang kena ada pencahayaan dan pengudaraan yang baik. Kalau korang punya rumah berada di belakang  bangunan yang tinggi, agak-agak cahaya matahari dan udara sampai dekat bangunan depan ke belakang dulu?Plus, korang suka ke dapat pemandangan  belakang bangunan je?

Jadi pentingnya, pengunaan eleman alam semula jadi ni dalam mana-mana jenis hartanah. Korang jugak dapat kualiti hidup yang segar dan sihat. Dapat cahaya matahari cukup, pengudaraan baik, pemandangan yang damai. Betul tak?

**Ini untuk yang percaya alam-alam mistik ye. Orang yang tinggal berhadapan gunung-ganang atau bukit-bukau ni kadang-kadang ada kelebihan taw. Itu pun pada masa-masa yang tertentu. Dorang mungkin akan nampak ‘makhluk lain’ keluar masuk dari balik gunung dan bukit tu. Lepas tu lepak atas atap rumah korang. Hehehehehehe…korang suka ke tengok view macam tu. Segala jenis macam rupa ada. Moral of the story, elakkan rumah di hadang oleh gunung dan bukit. Supaya korang rasa selamat dan tak tertanya-tanya apa yang ada di balik gunung tersebut.

Macam mana nak tentukan Feng Shui, mengikut kompas Feng Shui? Sama ke macam guna kompas biasa? No no no no. Kompas Feng Shui mesti diletakkan pada tengah-tengah ruang tamu, di garisan lurus dekat tiles rumah. Mesti tengah ruang tamu! Kemudian korang tengok arah jarum tu tunjuk arah mana. Jarum tu yang menentukan arah utara,selatan, timur dan barat. Haa…bila Feng Shui tu tepat pada bakal pembeli. Rumah tu ada Feng Shui yang baik, so boleh lah beli rumah tu.

  1. Pintu Hadapan yang kukuh.

Macam mana nak tentukan pintu hadapan rumah korang kukuh atau tak. Adakah dengan melihat struktur dan saiz pintu je? Dalam Feng Shui, pintu hadapan merupakan elemen yang sangat penting untuk menerima tenaga dari kawasan sekitar. Sekiranya laluan ke pintu hadapan rumah korang mempunyai Feng Shui yang tidak baik, mungkin korang boleh mengubah ladskap supaya lebih berjaga-jaga dengan persekitaran rumah.

Apa yang lanskap mampu buat penghuni lebih berjaga-jaga? Contohnya, kalau rumah yang terlalu dekat dengan landasan keretapi, cuba ubah landskap dengan menanam pokok untuk mewujudkan sempadan. Sekurang-kurangnya, dapatlah mengurangkan impak pelanggaran terhadap rumah. Dengan kata lain, keretapi rempuh pokok dulu dan kita sempat selamatkan diri.

Selain itu, water effect dan green effect  akan mendatangkan ketenangan fikiran kepada penghuni.Seperti, rumah yang mempunyai pemandangan kolam, tasik dan punca air. Mesti korang jadi tenangkan bila tengok alam semulajadi? Kebiasaan masyarakat Cina, mereka akan mengantungkan lukisan/gambar/potret air terjun. Tak pun, beli hartanah yang ada view water effect ni. Mereka percaya rezeki akan melimpah ruah masuk ke dalam rumah mereka.

Sekarang macam mana nak kenal pasti, pintu hadapan rumah korang tu kukuh atau tak.

  • Laluan tenaga yang terbuka: Pastikan halaman depan rumah sentiasa bersih dan segar. Misalnya, tidak ada pasu bunga yang sudah mati, sampah sarap yang bertimbun atau barang lama yang tidak digunakan lagi. Unsur ini yang akan menghalang tenaga Feng Shui yang baik masuk ke dalam rumah anda.
  • Pintu depan dalam keadaan baik: Pintu depan mesti dalam keadaan baik. Bukannya pintu yang rosak tombolnya, pintu yang berdecit bila dibuka dan sebagainya.
  • Warna yang harmoni: Amat digalakkan untuk memilih warna cat untuk pintu berdasarkan warna Feng Shui. Kebiasaanya pemilihan warna Feng Shui berdasarkan arah mata angin pintu hadapan rumah korang.

    Antara warna yang korang akan pening untuk pilih nanti.

    Antara warna yang korang akan pening untuk pilih nanti.

  1. Pintu Depan-Pintu Belakang dan setiap pintu.

Rumah yang mempunyai pintu depan yang selari dengan pintu belakang di katakan akan menyebabkan rumah anda kehilangan tenaga. Manakan tidak, baru buka pintu depan, dah nampak pintu belakang. Umpama baru masuk dah kena halau keluar.

Tingkap dan pintu di dalam sesuatu ruang saling berkait. Ia sebenarnya mengambarkan tenaga yang akan keluar dan masuk.  Secara logiknya, peranan pintu dan tingkap adalah menyalurkan cahaya matahari dan tenaga (angin). Jadi, terlalu banyak pintu dan tingkap yang sejajar, akan menyebabkan tenaga yang bermanfaat keluar dari rumah anda. Jika tingkap dan pintu terlalu besar, kemungkinan tenaga yang baik ini akan keluar dalam kuantiti yang banyak.

Manakala di ruang dapur dan bilik air, sekurang-kurangnya satu pintu dan satu tingkap perlu ada. Ini bagi tujuan pengudaraan. Ada artikel yang saya baca, segelintir pereka tak endahkan sangat kepentingan tingkap di kawasan ni. Eh, tak lemas ke nanti?

Di bilik tidur, kurangkan pengunaan tingkap yang terlalu banyak. Kedudukan tingkap tidak boleh terlalu rendah atau terlalu tinggi. Malah, meletakkan katil terlalu hampir dengan tingkap  dianggap sebagai Feng Shui tidak baik. Agak-agak lerr…senanglah pencuri masuk bilik tu haa.

  1. Pintu masuk utama.

Apa yang korang lihat sebaik sahaja masuk ke dalam rumah akan mempengaruhi Feng Shui kediaman anda.  Apa-apa halangan yang anda lihat ketika masuk ke dalam rumah, akan menggangu aliran tenaga baik Feng Shui. Contohnya, buka pintu, terus nampak pintu belakang, ada dinding, tangga, pintu bilik tidur atau bilik mandi.

Maksudnya, bila korang bukak pintu mestilah lancar dan melihat kawasan yang lapang (ruang tamu). Kalau korang buka je pintu, terus nampak dinding, apa yang korang rasa? Pandangan terhalang dan tenaga Feng Shui akan terhenti di dinding tersebut. Yang paling best, korang tak tahu ada apa kat balik dinding. Mungkin perompak atau perempuan berambut panjang berkain putih lusuh.

Bahasa yang mudah, tenaga Feng Shui terhenti dan tidak dapat di salurkan kepada ruang-ruang yang lain bila dinding merupakan perkara pertama yang korang nampak.

Tenaga Feng Shui akan tertumpu kepada satu bilik sahaja bila pintu masuk utama bertentangan dengan mana-mana pintu bilik atau pintu bilik air.  Tenaga Feng Shui akan lebih tertumpu kepada bilik-bilik tersebut. Malah, tenaga tak dapat disalur sama rata pada ruangan yang lain. Kalau yang terus nampak pintu belakang tu, tenaga Feng Shui baru je masuk rumah korang, terus keluar ikut pintu belakang.

Ini antara faktor yang perlu di ambil kira ketika memilih Feng Shui rumah yang baik.

Selesa ke korang, buka sahaja pintu rumah, terus nampak tandas?

Feng Shui rumah yang baik mestilah tenaganya lancar, kuat dan bersih melalui pintu masuk utama. Malah, tenaga yang di diserap oleh kediaman korang perlu disalurkan ke setiap bilik terutama bahagian dapur, bilik tidur, dan  bilik mandi.

  1. Kedudukan Bilik: Dapur, Bilik Tidur, Bilik Air.

Pelan lantai merupakan salah satu perkara yang perlu anda lihat ketika membeli rumah baru. Tapi bukannya semua pembeli faham tentang pelan rumah mereka. Jadi untuk memudahkan korang, bila pilih sesuatu rumah pastikan kawasan ruang tamu, bilik tidur dan dapur berangin dan terang. Elakkan dari pilih rumah yang suram dan gelap. Sebab rumah korang nanti kekurangan pengudaraan dan pencahayaan  yang baik.

Kalau rumah korang tak dapat cahaya matahari yang cukup, macam mana baju nak kering? Kalau angin tak melalui rumah anda, macam mana sistem pengudaraan yang segar nak berlaku? Takkan nak bergantung dengan kipas angin je, melambunglah bil elektrik tu.

Kenapa pelan lantai ini sangat penting? Walhal, kompas Feng Shui dah tunjuk keadaan rumah itu memiliki Feng Shui yang baik. Biasanya, pembeli akan rujuk pelan lantai ni kepada Master Feng Shui. Dorang akan berbincang dan teliti satu persatu kedudukan ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Pembeli akan mendengar nasihat daripada Master Feng Shui, barulah dorang akan buat keputusan. Sama ada mahu beli atau tidak.

Bukan tu saja, untuk tentukan kedudukan dan pintu masuk sesebuah bangunan, kilang dan tanah yang akan dimiliki. Mereka tetap mengunakan kompas Feng Shui dan khidmat nasihat daripada Master Feng Shui.

  • Feng Shui Dapur: Mesti ada pencahayaan yang baik, lapang dan luas, bersih dan terang. Pilih warna yang sepadan. Misalnya warna kuning (butter yellow atau squash yellow) adalah yang sesuai untuk bahagian dapur.
  • Feng Shui Bilik Tidur: Elakkan katil bertentangan dengan pintu. Sama ada pintu bilik, pintu bilik air dan sebagainya. Kedua-dua belah katil mestilah seimbang tenaganya. Contohnya, kedua-dua belah katil mempunyai perabot(lampu malam) yang sama. Pastikan korang pilih tilam yang bagus, kedudukan katil yang sesuai dan kepala katil yang bersesuaian.
  • Feng Shui Bilik Air: Mempunyai cermin supaya korang boleh tengok diri sendiri. Memilih aroma yang segar dan menyenangkan. Yang penting sentiasa bersih!

    Feng Shui Bilik Tidur : Keseimbangan dua bahagian.

    Kesimpulan.

Feng Shui yang baik bermakna tenaga yang bermanfaat disalurkan dan orang akan tertarik untuk terus duduk di situ! Dah kalau rumah korang menarik, mesti senang nak jual di masa depan nanti. Bukan tu saja, korang yang menginap pun akan sihat, ceria selalu. Tak adalah kena Sick Buidling Syndrome.

So,sekiranya perunding hartanah dapat memahami kemahuan pembeli yang memegang kepercayaan Feng Shui, senang je nak close deal. Lagi-lagi kalau Feng Shui itu tepat pada seorang pembeli. Happy Selling lerrr..

Berbalik kepada soalan, boleh ke diamalkan oleh Muslim. Ada yang menganggap Feng Shui ini tahyul dan kepercayaan sesuatu kaum. Dari sudut positif, Feng Shui mendidik kita untuk lebih berhati-hati dalam pemilikan rumah. Takut kelak, rumah siap pahat masih berbunyi.

Apa yang kita lihat mungkin takkan sama dengan apa yang kita akan miliki. Sebab korang mungkin ada yang beli hartanah berdasarkan mock-up hartanah tersebut, tengok dekat galeri dan sebagainya. Jadi korang takkan tahu kedudukan matahari dan arah mata angin. Cukup ke pencahayaan dan pengudaraan nanti bila tinggal di sana ? Jadi, berhati-hatilah, jangan terlalu teruja.

Beli rumah yang akan menjamin keselamatan dan kesihatan anda di masa hadapan. Jadi boleh tak di amalkan? Terpulang kepada anda, tapi jangan pula terlalu taksub.

Rujukan

Before you buy a house 

Rais Yeop,Perunding Hartanah Berdaftar