“Tak selesalah duduk dalam bangunan ni!”- Sick Building Syndrome.

Pernah atau tidak  anda berasa tidak selesa bila menginap di sesuatu bangunan? Tiba-tiba rasa pening kepala, lesu dan menjadi tidak prodaktif.  Walhal, badan anda tidak pula menunjukkan tanda-tanda untuk demam.

Makin lama anda duduk di bangunan tersebut, anda menjadi semakin lemah. Dan menyukarkan anda menyiapkan tugasan!

Sick Building Syndrome.

Bukan gangguan makhluk halus ye, tapi ini dinamakan Sick Building Syndrome(SBS). Pada tahun 2008, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjelaskan Sick Building Syndrome (SBS) merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom/gejala-gejala dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas.

Sebenarnya, simptom ini hanya akan di alami oleh anda apabila menginap di sesuatu bangunan sahaja. Apabila anda keluar dari tempat tersebut. Serta merta gejala SBS ini hilang entah ke mana. Tiada sebab yang boleh menerangkan gejala ini. Mungkin kerana faktor bangunan tersebut barangkali!

Gejala Sick Building Syndrome(SBS)

Gejala SBS mungkin berbeza pada setiap individu. Tapi, persamaanya ialah gejala ini  AKAN HILANG bila keluar dari bangunan  tersebut. Antaranya:

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

  1. sakit kepala dan pening
  2. Mual (rasa sakit)
  3. Sakit-sakit badan
  4. Keletihan (keletihan yang melampau)
  5. Sesak nafas atau sesak dada

Apa faktor Sick Building Syndrome ni?

  1. Pengudaraan yang lemah
  2. Suhu tinggi atau perubahan suhu sepanjang hari
  3. Standard kebersihan yang lemah dalam persekitaran kerja
  4. Pengudaraan yang tidak mencukupi apabila menggunakan produk pembersihan kimia
  5. Faktor psikologi, seperti tekanan atau semangat kerja yang rendah

Tiada faktor Sick Building Syndrome yang solid di keluarkan. Tetapi, list di atas menjadi penyumbang masalah Sick Buiding Syndrome ini!

Siapa yang boleh terkena jangkitan Sick Buidling Syndrome ni?

Sesiapa sahaja!

Tetapi yang berisiko ialah pekerja pejabat di bangunan moden. Yang tidak   membuka tingkap dan hanya bergantung pada sistem pengalihudaraan mekanikal atau penghawa dingin.

Bagaimana hendak mencegahnya?

  1. Syarikat pembersihan pejabat wajib memperoleh CSDS (Chemical Safety Data Sheet).
  2. Larangan merokok di dalam bangunan termasuk rumah.
  3. Penyelenggaraan sistem pengudaraan berkala oleh syarikat yang cekap.
  4. Mengawal pembiakan kulat dengan cara mengawal kebocoran air dalam bangunan, mempastikan tidak ada kawasan dalam bangunan yang basah atau lembap, kawalan kimia ke atas kulat.
  5. Memasang pembersih udara

Banyak lagi cara-cara untuk mencegah dari di jangkiti oleh Sick Buiding Syndrome ni. Sebab itulah wujudnya bangunan berkonsepkan Green Building di Malaysia. Ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan penghuni dari terus dijangkiti oleh Sick Building Syndrome.

Kini, anda semua dah tahu apa tu Sick Building Syndrome. Jadi sama-sama jaga kebersihan bangunan ye.

Jika ada sebarang komen, atau pendapat bolehla tulis diruang komen ya.

Jangan lupa untuk like FB kami di

https://www.facebook.com/kakiproperty.my/

#kakiproperty

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.