Mesti akan terlintas dalam fikiran korangkan macam mana lah ejen hartanah ni jana pendapatan untuk sara diri mereka. Untuk pengetahuan korang, kerja sebagai perunding/ejen hartanah ni tiada basic salary.

Kerjaya sebagai ejen hartanah tiada istilah kerja makan gaji. Semuanya datang daripada usaha sendiri. Mereka yang tentukan berapa pendapatan yang mereka nak untuk bulan tu. Nak RM5k? RM10k? RM30k? atau lebih lagi?

Ada yang menjadi ejen hartanah untuk full time dan ada juga sebagai part time. Tak kesahlah full time atau part time, tapi disebabkan minat dan komited dalam kerja, yang kerja part time pun boleh saing pendapatan yang kerja full time. Hebatkan.

Jadi macam mana ejen hartanah ni jana pendapatan?

1. Komisyen Jualan/Sewaan

Biasanya duit memang jadi persoalan utama. Pertamanya, kena tahu yang sumber utama pendapatan ejen hartanah datangnya daripada komisyen jualan/sewaan. Komisyen yang diterima adalah 3%( standard pasaran yang ditetapkan oleh LPPEH di Malaysia) daripada harga jualan rumah.

Sebagai contoh ejen berjaya jual satu unit rumah yang berharga RM400,000.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Komisyen yang diterima:

3% X RM400,000 = RM12,000

Daripada RM12,000 ini ejen akan share dengan agensi, yang mana ditetapkan nisbahnya berdasarkan senioriti. Mungkin ejen tu seorang Senior REN, maka tinggi la peratusan yang anda dapat daripada komisyen tadi.

Misal kata ejen tu layak dapat 80% daripada komisyen dan selebihnya untuk agensi:

80% X RM12,000 = RM9,600

Maksudnya pendapatan ejen tu RM9,600. Gila kentang boss, bukan biasa-biasa ni. Sebulan 1-2 biji rumah sudah cukup sebagai pendapatan berbanding dengan kerja kat swasta dan kerajaan.

Andaikan ejen tu dapat jual 3-4 unit rumah dalam range harga RM400,000 bagi setiap rumah, cincai-cincai dapat RM38k sebulan. Tergugat rasanya manager atau menteri kat luar sana tu. Kalah gaji dorang.

Tak mustahil untuk mereka buat semua ni. Ada je ejen kat luar sana yang berjaya jual lebih daripada 5 unit rumah dalam masa sebulan. Agak-agak berapa gaji dorang?

2. Melalui Referral Fee

Selain tu, wujud jugak side-income dorang. Salah satunya melalui referral fee peguam. Yang ni ejen hanya perlu refer kan pembeli dengan peguam yang dorang kenal dan percaya.

Peguam akan bagi saguhati kat ejen. Mungkin referral fee ni taklah setinggi komisyen tadi, tapi cukup dah sebagai duit minyak bagi satu kes. Kalau banyak kes? Haa banyakla jawabnya, bayar duit pinjaman rumah pun lepas.

Kunci untuk success dalam bidang ni adalah ejen perlu rajin! Lebih effort, lebih la pendapatan. Kurang effort, sendulah jawabnya.

BACA : Kenapa kena Jual Hartanah anda guna Ejen/Perunding Hartanah?

Nak jadi PERUNDING HARTANAH?

JOM DAFTAR SINI : KERJAYA EJEN HARTANAH