Jangan sesekali beli rumah kalau tak ada 4 asas ni. Bahaya! Kalau 4 perkara asas ni pon korang tak dapat buat, jangan berani nak membeli rumah ye! Bukannye sis nak marah korang beli rumah, sis nak pastikan korang buat persediaan yang betul sebelum menempuh onak ranjau kehidupan. Cewah.

1. Tabiat Menyimpan Yang Konsisten

Ini adalah perkara yang paling penting. Pupuk tabiat menyimpan yang konsisten. Korang kena tahu dalam pembelian rumah ni ada kos -kos lain yang terlibat. Kalau korang nak menyimpan 10 ringgit secara konsisten setiap bulan pun susah, sis tak galakkan lagi korang beli rumah. Nilai tu tak penting bagi sis, cuma biar ada simpanan. Tak rugi pon, korang  jugak yang untung kalau ada simpanan. Kan? Lain la kalau korang bagi sikit kat sis. Hehe.

2. Disiplin Dalam Rekod Pembayaran

Korang kena disiplin dalam rekod pembayaran bil bulanan terutamanya bil atas nama korang walaupun hanya bil telefon sebab bank akan pantau tahap kesihatan kredit korang. Jika korang terlepas membuat pembayaran atau lewat membayar bil, bank akan lebih cenderung untuk menilai anda sebagai pelanggan yang tidak stabil kesihatan kredit.  Secara tak langsung ini akan memberi kesan negatif terhadap permohonan kad kredit atau pinjaman korang. Tak best la kalau macam tu.

3. Tetapkan Matlamat

Dalam apa jua perkara, korang kena tetapkan matlamat pembelian rumah korang. Tak nak la kalau sis tanya kenapa korang beli rumah, korang jawab sebab orang lain suruh beli rumah. Sebab viral ramai orang beli banyak rumah. Haha. Cipta matlamat pembelian rumah korang dan mulakan langkah satu persatu ke arah matlamat tu. Jangan bile korang dah tua, janggut pon dah sampai ke lantai  baru nak fikir balik pasal matlamat hidup korang. Menyesal tak sudah, guys.

4. Ilmu! Ilmu! Ilmu!

Dah ada matlamat, kena lah ada ilmu. Sis bersyukur sangat sebab kite berada di zaman moden ni ilmu di hujung jari je. Bukannye sis suruh korang pikul buku beratberat pon. Tekan tekan pon dah dapat. Hari hari boleh tambah ilmu pasal hartanah dekat laman web KakiProperty ni.Sambil baca gosip pasal Janna Nick pon boleh dapat ilmu. Meh Tekan sini kalau tak caye.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Korang dah berjaya mulakan langkah pertama korang dengan baca artikel sis ni. Tahniah tau! Korang memang awesome! Lagi awesome kalau mulai saat ini, korang pupuk minat pasal rumah. Memang super awesome lah!

Rujukan: CTOS & RinggitPlus