Pernah tak anda tertanya-tanya macam mana sesorang nak jual hartanah kalau dia tidak ada di dalam Malaysia? Di sini la Power of Attorney atau Surat Kuasa Wakil memainkan peranan.

Bayangkan kalau orang yang terlalu sibuk ke sana sini, ke luar negara lagi. Lagi pulak orang kena bekerja di luar negara. Takkan la nak ulang-alik semata nak sign je kan.

Untuk kes-kes pemilik hartanah yang sibuk macam ni, boleh gunakan Power of Attorney (POA atau PA). Banyak lagi kes boleh guna POA ni, sekejap lagi saya bagi contoh. Kita fokus untuk kes hartanah dulu ye.

“Apa sebenarnya Power of Attorney ni?”

Power of Attorney adalah satu dokumen perundangan yang memberi kuasa kepada seseorang untuk membuat keputusan atau melakukan sesuatu ke atas hartanah, kewangan, atau medical care si pemberi kuasa (principal).

Pemberi kuasa atau principal ni boleh bagi POA kepada sesiapa sahaja, bukan sahaja kepada peguam. Dia boleh bagi dekat family, kawan, atau sesiapa sahaja yang dia nak.

Kuasa orang yang mendapat Power of Attorney ni pulak bergantung kepada jenis POA yang dia dapat. Ada beberapa jenis POA:

1) Unlimited Power of Attorney

Bidang kuasa tidak terhad. Orang yang menerima POA jenis ni boleh buat apa sahaja ke atas hartanah si pemberi.

Dia boleh tinggal di situ, menyewakan hartanah tu, renovate, malah boleh jual hartanah tu. Kuasa ni juga tidak terhad dari segi masa. Boleh pegang hartanah tu untuk selama-lamanya. Memang macam hartanah sendiri la.

Jenis macam ni selalunya diberi kepada pihak tertentu sebagai cagaran pinjaman seperti bank ataupun Ah Long. Sebab tu ada Ah Long yang boleh jual rumah orang ikut suka hati tapi polis tak boleh tangkap. Dia ada Power of Attorney maa...

Ada jugak bagi kepada family, seperti seorang ayah bagi kepada anaknya. Suami bagi kepada isteri.

2) Limited Power of Attorney

Kuasa yang diberikan atas tujuan tertentu bagi tempoh tertentu. Contohnya Encik Khairul nak jual rumah tapi kena transfer ke Arab Saudi atas sebab kerja selama 2 tahun. Jadi, Encik Khairul boleh memberi Power of Attorney kepada seseorang untuk wakilkan dirinya sebagai pemilik.

Orang yang ada POA tu boleh wakilkan sign untuk Sales & Purchase Agreement rumah Encik Khairul. Bila rumah dah terjual, maka berakhirlah POA secara automatik.

Jika rumah tak terjual dalam tempoh 2 tahun, Encik Khairul pun dah balik Malaysia, POA tu tetap terbatal disebabkan tempoh yang diberi Encik Khairul hanya 2 tahun.

Power of Attorney

Image: JCCS CPA

3) Revocable Power of Attorney

Surat Kuasa Wakil yang boleh terbatal. Si pemberi boleh membatalkan POA yang diberikan pada bila-bila masa tanpa perlu persetujuan daripada penerima.

Seperti untuk urusan tanah. Contohnya Puan Siti memberi kuasa kepada Puan Aishah untuk bercucuk tanam di tanah miliknya, tapi setahun kemudian atas sebab tertentu dia membatalkan kuasa tersebut tanpa persetujuan Puan Aishah.

4) Irrevocable Power of Attorney

Surat Kuasa Wakil yang tidak boleh dibatalkan tanpa persetujuan pihak penerima. Kita ambil kes Puan Siti dan Puan Aisah tadi.

Jika Puan Siti bagi kuasa kepada Puan Aishah di bawah Irrevocable Power of Attorney, walau apa sebab sekali pun, Puan Siti tak boleh batalkan kuasa tersebut tanpa persetujuan bersama.

Irrevocable POA hanya boleh terbatal jika Puan Aishah sukarela menamatkan surat kuasa wakil tersebut, atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia, tidak siuman, atau bankrup.

5) Power of Attorney for Valuable Consideration

Surat wakil kuasa atas balasan yang ada nilai. Jenis ni untuk kuasa yang diberikan sebagai nilai balasan.

Contoh tadi jugak, Puan Siti meminjam RM100,000 daripada Puan Aishah. Sebagai balasan, Puan Siti memberi kuasa kepada Puan Aishah untuk menggunakan tanahnya dan mendapatkan untung daripada tanahnya sehingga selesai hutang RM100,000 tu.

BACA LAGI: Bahagian Penting Dalam Perjanjian Sewa Untuk Dibaca

Kalau nak discuss details tentang Power of Attorney ni agak panjang. Cukup sekadar anda tahu apa itu PPOA yang ada dalam hartanah ni.

Jadi berhati-hati la kalau nak bagi kepada orang. Tengok dulu situasi, perlu bagi ke tak. Kalau perlu bagi, jenis mana yang paling sesuai untuk bagi.

 

RUJUKAN: Investopedia, Halalmoney, Firmaguaman