Kalau kita lihat, harga rumah atau hartanah hari ni jauh berbeza berbanding sebelum ini. Yang mana kebanyakan harga rumah hari ini hanya mampu dilihat tetapi belum tentu mampu untuk dimiliki. Betul tak?

Soalnya, macam mana harga hartanah ni boleh melonjak naik??

Apa faktor yang mempengaruhi peningkatan harga hartanah?

#1- Peningkatan Inflasi

Pertama sekali adalah dari segi faktor ekonomi iaitu berlakunya peningkatan inflasi. Setiap tahun inflasi meningkat naik yang mana secara puratanya peningkatan inflasi berlaku sebanyak 4%. Peningkatan harga rumah ini agak memberi kesan terhadap kebanyakan orang kerana kenaikan gaji pekerja tidak selari dengan peningkatan harga rumah.

Menurut kaji selidik Indeks Harga Rumah Global tahun 2016, harga rumah di seluruh dunia meningkat secara purata enam peratus pada tahun tersebut, berbanding kenaikan 4.1 peratus pada 2015.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Manakala harga rumah di Malaysia meningkat 5.3 peratus pada suku keempat 2016, berbanding setahun sebelumnya. Ini meletakkan Malaysia di tempat ke-27 mencatatkan kenaikan harga rumah tertinggi dalam kalangan 55 negara yang dikaji dalam indeks berkenaan.

Agak-agak sekarang pada tangga ke berapa?

BACA: Bagaimana Inflasi Boleh Berlaku?

#2- Pemaju Hartanah

Peningkatan harga rumah ketika ini sebahagian besarnya didorong oleh sikap pemaju yang hanya fokus untuk mencapai trajektori masing-masing. Mereka menaikkan harga tanpa mengambil kira demand dan demografi kemampuan pembeli.

Disebabkan berlakunya persaingan antara pemaju-pemaju lain, maka pemaju akan menetapkan harga hartanah berdasarkan harga jualan dan prestasi pemaju lain, bukannya berdasarkan demografik penduduk tempatan.

Namun begitu, harga jualannya masih bergantung pada faktor inflasi dan sebahagian lagi adalah kos bahan. Sebagai contoh, rumah teres di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), unit-unit ini mungkin sekadar rumah asas sahaja, tetapi harganya sekarang sekurang-kurangnya RM1.5 juta setiap satu disebabkan kualiti bahan binaan, kemahiran kerja dan reka bentuk strukturnya.

#3- Supply dan Demand

Supply dan demand juga mainkan peranan dalam peningkatan harga hartanah. Konsep demand dan supply adalah prinsip asas ekonomi yang mengaitkan hubungan antara produk dan permintaan.

Secara lazimnya, dalam setiap transaksi hartanah ia akan melibatkan pembeli dan hartanah. Supply itu produk(hartanah), dan pembeli dikira sebagai demand(permintaan). Konsep supply dan demand ni yang akan menentukan keseimbangan harga hartanah.

Bila mana supply(hartanah) rendah atau kurang di lokasi tertentu, tetapi demand(permintaan) masih tinggi, maka harga hartanah lebih cenderung untuk melonjak naik. Tapi apabila jumlah demand rendah, supply pula tinggi, harga hartanah lebih cenderung untuk menurun.

#4- Lokasi Hartanah

Antara penyumbang utama berlakunya peningkatan harga hartanah adalah disebabkan oleh lokasinya juga. Kenapa begitu? Kebiasaannya harga hartanah akan melonjak naik disebabkan oleh potensi dan kematangan sesebuah kawasan dari pelbagai aspek.

Misalnya, dari segi hospitaliti, pendidikan, akses lebuhraya, keperluan, pengangkutan awam atau mungkin pembangunan yang lain.

Cuba anda lihat saja hartanah yang berdekatan dengan pusat komersial mega atau kompleks membeli-belah seperti MidValley dan KLCC. Harga hartanah di sini ada nilai yang tinggi kerana kedudukannya yang strategik di tengah bandar dengan pelbagai akses kemudahan yang ada.

BACA: Harga Rumah Naik Sebab Minyak Mahal. Betul Ke Sebab tu?