Rumah yang berada dalam kawasan yang strategik yang berdekatan dengan kawasan pendidikan akan menarik minat ramai student. Kebiasaannya, institusi pendidikan mempunyai kawasan penginapan yang terhad  dan juga sesetengah pelajar yang lebih memilih untuk menyewa luar atas faktor kebebasan. Jikalau sasaran penyewa korang adalah dalam kalangan student, cara pengiklanan rumah  sangat penting tau! Sis kongsikan 5 tips untuk tarik minat student menyewa rumah anda!

1. GAMBAR YANG JELAS DAN MENARIK

Ini adalah faktor yang paling penting. Sebab gambar adalah first impression diorang terhadap rumah anda. Pastikan rumah dalam keadaan kemas dan teratur. Ambil gambar ruang yang boleh menarik minat pelajar. Contohnya, bilik tidur dilengkapi meja belajar. Malah,ada dari  golongan student ni kadang kadang hanya akan memilih rumah yang dikehendaki  tanpa ‘viewing’ dan hanya berdasarkan gambar yang dipilih disebabkan faktor kekangan masa untuk datang melihat rumah kerana terikat dengan  kekangan masa ke kelas.

2. TAJUK IKLAN RUMAH YANG MENARIK

Cari tajuk iklan yang dijangka boleh menarik minat mereka.Ubah tajuk anda dari RUMAH UNTUK DISEWA  kepada RUMAH SEWA MURAH UNTUK DISEWA atau RUMAH SEWA MURAH UNTUK PELAJAR. Tak semestinya ayat kena bombastik, sedikit perubahan perkataan dah boleh buat iklan rumah sewa korang jadi menarik!

3. KAJI KEPERLUAN TARGET PENYEWA

Keperluan bagi setiap target penyewa lain caranya.Bagi target penyewa student, yang paling dicari adalah kemudahan wifi walaupun dikenakan bayaran atas kemudahan itu. Gunakan perkara ini sebagai salah satu kelebihan rumah korang berbanding rumah sewa yang lain.

4. HARGA SEWA YANG BERPATUTAN

Harga sewa yang korang tetapkan bagi golongan student ini haruslah berpatutan dan masih mampu untuk dibayar. Mahal sangat dan cekik darah, viral korang nanti kena kecam! Mereka akan menyewa beramai-ramai  untuk memastikan  purata sewa  adalah masih mampu dibayar. Sebab tu penting korang kena kaji,buat kira-kira dan cari ilmu hartanah!

5. SAGUHATI

Kelebihan dari penyewa student ni adalah intake pelajar  kebiasaanya  adalah sentiasa berterusan. Senior habis belajar, ada pulak junior yang masuk. Patah tumbuh, silih berganti bak kata orang. Untuk memudahkan kerja korang, sedikit tips disini, bagi setiap pelajar yang ingin keluar dari rumah sewa, sesiapa yang dapat carikan pengganti beri sedikit saguhati atau ganjaran. Korang tak perlu sakit kepala cari penyewa baru, mereka pon senang hati dapat keluar dengan rumah sewa dengan sedikit saguhati.

Bagi golongan student pula,ini tips untuk korang hidup secara berjemaah tekan sini.

Kalau nak tahu,hak korang sebagai penyewa pulak  dengan tuan rumah, baca sini