Artikel

5 Sebab Kenapa Gadis Perlu Pilih Calon Suami Yang Dah Beli Rumah

Selalu tak korang kena tanya oleh jiran ke, saudara mara ke bila nak kahwin? Soalan ni sama seiring dengan soalan bila nak beli rumah juga kan? Lagi-lagi hal kahwin ni, kalau perempuan lagi lah akan ditanya. Soalan tu memang menjerat. Tapi yang dok cakap ni ingat senang ke nak kahwin? Bagi yang perempuan, nak cari calon suami ni bukan mudah, lagi-lagi calon suami yang dah beli rumah sendiri.

Yang dok bertanya ni pun macam tak faham. Relax lah makcik oi. Bukan nya dia tak fikir. Dia tengah fikir tu. Jangan nanti banyak tanya, jadi macam kes ini pulak:

calon suami yang dah beli rumah

Tanya bila nak beli rumah boleh. Jangan tanya bila nak kahwin. Naya nanti!!

 

Pak Tam nak bagi nasihat kepada anak-anak dara sekalian. Selain dari agama yang baik (bagi orang Islam), kita pun ada pilihan tersendiri. Ada yang pandang pada muka dia. Ada pandang pada kebaikan dia. Terpulanglah. Asal kan sedap pada pandangan mata dan boleh jaga adik-adik sekalian, alhamdulillah.

Tapi Pak Tam nak sarankan, kalau nak memilih jejaka, cari lah calon suami yang dah beli rumah, atau setidaknya berimpian dan berusaha untuk memiliki rumah.

Ni Pak Tam senaraikan 5 sebab kenapa gadis perlu pilih calon suami yang dah beli rumah atau berniat dan usaha nak beli rumah. Tak kisah lah kecik atau besar rumah tu. Sekejap! Sebelum mula baca, syarat penting; lelaki bujang. Jangan sebab ada rumah, laki orang kau caras!

1# Lelaki Yang Dah Beli Rumah Tak Takut Komitmen Dan Tanggungjawab

Bila dia dah berniat membeli rumah, dia dah tahu yang ada tanggungjawab dia perlu tunaikan. Dia perlu uruskan komitmen nya. Ni PakTam nak cerita, banyak je lelaki yang bergaji besar. Tapi dia sampai sekarang tak beli rumah lagi. Duit gaji nya habis keluar enjoy dan banyak habis ke kereta.

calon suami yang dah beli rumah

Komitmen ni janji besar. Nak kena bertanggungjawab.

Tapi bila seorang tu dah berniat untuk membeli rumah, dia dah tahu dah yang dia ni perlu untuk membayar satu amaun kepada bank setiap bulan. Ianya satu tanggungjawab yang besar dan memerlukan komitmen yang tinggi.

Bukan senang tau. Kalau dengan tanggungjawab kewangan pun dia dah tunjukkan komitmen yang tinggi, apa lagi tanggungjawabnya pada adik dan keluarga yang dibina? Betul tak apa PakTam cakap ni?

Baca lagi: Cara Apply Skim MyDeposit 2018

2# Lelaki Yang Dah Beli Rumah Bijak Merancang Kewangan nya.

Untuk beli rumah, seorang tu perlu rancang kewangan dia. Dia perlu jaga hutang dia yang sedia ada supaya tak kena masuk senarai blacklist CCRIS dan CTOS. Dia bijak urus hutang dia mengikut panduan “Urus Hutang”. Kalau masuk blacklist, Bank confirm tak kan bagi pinjaman. Lepas tu, dia kena struggle untuk menyimpan. Setiap bulan dia kena disiplin menyimpan duit untuk bayar deposit dan caj lain. Bukan sikit dik.

Selain tu, kalau lah gaji dia besar sikit, maybe dia kena bayar cukai. Dia kena bijak rancang cukai. Dan sebab tu, calon suami adik ni dia mesti dah dapatkan ebook “Rancang Cukai Baru Tak Pokai” yang team PakTam keluarkan. Kalau dia tak rancang cukai dengan baik, satunya dia mungkin terlebih bayar. Keduanya adalah, bank tak bagi pinjaman.

calon suami yang dah beli rumah

Rancang Cukai Baru Tak Pokai

Adik tahu tak yang antara sebab keruntuhan rumah tangga adalah masalah kewangan. Isu dia bukan lah kaya atau tak. Kalau gaji RM50k sebulan pun tapi belanja macam kena rasuk Annabelle, sampai ke sudah tak cukup duit. Orang gaji RM1500 pun boleh hidup kalau rancang kewangan dengan baik. Tak kisah lah dia tak bergaji besar dik. Asalkan dia pandai rancang kewangan!

3# Calon Suami Yang Dah Beli Rumah Pandai Merancang Masa Depan.

Adik perasan tak, harga rumah flat dulu baru RM 30,000 sekarang banyak dah lebih RM100,000. Ini hakikatnya. Kita nak marah pun tak boleh. Kalau kita complaint pun tak ada siapa dengar. Tapi even rumah harga RM100,000 pun tetap rumah. Ada bumbung. Ada dinding. Ada pintu. Apa-apa jadi ada tempat berlindung untuk sekeluarga tak kisah lah rumah tu murah pun.

Lelaki yang dah beli rumah ni, dia dah nampak masa depan. Dia dah tahu yang rumah ni makin lama makin mahal. Dari dia complaint dan jadi keyboard warrior je, tak selesaikan masalah dia. Even gaji dia kecik, dan dia cuma mampu beli rumah yang sederhana, dia tetap beli sebab dia tahu tu untuk masa depan dia, awak dan anak-anak!

Kan rasa selamat bersama dengan lelaki yang fikirkan masa depan. Masalah banyak lelaki sekarang ni banyak nya even dah kahwin dia rasa dia bujang. Carefree. Relax je. Sedangkan tahun berganti tahun. Dia tak kan selamanya muda. Jadi nak cari calon suami kena cari yang fikirkan masa depan!

Baca lagi: Servis Ejen Hartanah

4# Lelaki Yang Dah Beli Rumah Tahu Priority

Lelaki yang dah beli rumah ni dia tahu priority dia kat mana. Kalau ikut rasa hati dia, mestilah nak travel ke sana sini. Beli Honda Civic enjin turbo, tukar sport rim baru. Tapi dia tahu walaupun katalah dia boleh guna duit dia untuk semua tu dan puaskan keinginan muda dia, semua tu bukan keutamaan. Keutamaan dia adalah membina masa depan yang baik. Untuk dia, awak dan anak-anak. Jadi dia sanggup korbankan keinginan dia untuk memiliki apa yang dia nak untuk perkara yang lebih utama, iaitu memiliki rumah.

Lelaki yang macam ni, jangan lah adik-adik lepaskan. Dia boleh memberi priority kepada adik-adik dan masa depan keluarga adik.

 

5# Lelaki Yang Dah Beli Rumah Ni Orang Yang Berani!

Yang ni sifat paling penting. Ingat tak takut ke nak sign borang booking nak beli rumah? Silap-silap lagi seram dari jumpa bakal mertua. Betul tak? Betul lah! Sebab bila si dia ni nak beli rumah bukan sikit dalam kepada dia nak fikir. Dia tahu apa yang dia sign tu adalah tanggungjawab bertahun-tahun. Satu komitmen yang besar yang sama ada boleh buat dia dan keluarganya senang atau akan bawa dia sengsara dan bankrap. Takut tak? Takut kan.

Berani ni!! Tak takut langsung!

Sebab tu Pak Tam cakap lelaki yang dah beli rumah ni dia berani. Sebab bila dia berani untuk memulakan langkah membeli rumah, dia sebenarnya dah mulakan langkah membina keberanian dia. Tapi dia bukan setakat berani bodoh-bodoh je. Dia berani dengan cermat. Dia patut dah buat calculated risk. Bukan semberono.

 

Pilih lah Calon Suami Yang Dah Beli Rumah Atau Sekurangnya Dah Berniat Dan Usaha Ke Arah Itu!

Memang betul, tak nafikan zaman sekarang bukan mudah untuk memiliki rumah. Tapi benda yang sama juga zaman mak ayah kita dulu. Gaji dulu bukan besar. Harga pun zaman dahulu mahal juga sesuai dengan zaman. Sekarang je kita rasa murah. Mak ayah kita dulu nak bayar rumah RM30,000 pun terkehel leher jugak rasa.

Bukanlah maksud Pak Tam ni untuk cari yang dah berharta dan tak nak susah sama-sama. Bukan. Yang Pak Tam maksudkan adalah cari orang yang ada sifat macam tu. Sifat tak boleh ditunjukkan kecuali melalui tindakan dan result. Kalau dia dah beli rumah, maksudnya dia dah lakukan tindakan dan dah ada sifat-sifat tu.

Tapi kalau tak ada rumah lagi pun tak apa, sekurangnya, kalau nak cari calon suami, tanya lah vision dia. Biar dia ni ada cita-cita dan usaha sungguh-sungguh nak punyai rumah. Tanya pandangan masa depan dia. Kita nak cari orang yang kita nak bina masa depan bersama. Bukan orang yang hanya tahu berseronok. Walaupun si calon suami kita ni dia masih belum mampu, tetapi kalau dia dah tekad dan berusaha nak beli rumah, maka dia lah pilihan yang tepat!

P.S: Kalau susah sangat nak cari calon suami yang dah beli rumah yang macam Pak Tam cakap ni, beli je lah rumah sendiri. Biar kita sendiri ada sifat macam tu. Kalau susah lagi, Pak Tam kan ada!! Hehehe

Leave a Reply