Sekarang ni kita dalam peperangan melawan Covid-19. Impak dari wabak ini sangat besar kepada ekonomi negara dan rakyat. Wajar sekali pihak kerajaan mengambil langkah keselamatan dengan adanya PKP. Banyak juga bertanya, sesuai tak beli rumah selepas PKP ni?

Lepas ni harga rumah makin murah?

BACA: Kesan COVID-19 Terhadap Pasaran Hartanah Malaysia 2020

Menurut Perunding Hartanah, Afiq Shamnazri, inilah masa yang terbaik untuk membeli hartanah kerana:

1) Kadar faedah rendah

OPR sekarang 2.5%, jadi rate interest loan murah.
Kalau dulu maybe loan korang boleh lepas 200k, tapi lepas OPR turun ni mungkin boleh amik loan dalam 250k.

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Ada kemungkinan turun lg to 2%. Sama macam tahun 2009 (recession)

Sumber: Bank Negara Malaysia

2) Permohonan pinjaman lebih mudah untuk lulus

Sebab Covid and moratorium. Disebabkan dua benda ni bank boleh kata kurang income untuk 6 bulan ni jadi mungkin akan longgarkan syarat untuk apply loan. More loan means more business to bank.

3) SRR turun ke 2%

Dalam bahasa mudah bank akan ada lebihan duit untuk offer untuk orang nak apply loan.

Sumber: Bank Negara Malaysia

4) Pemilik rumah dan pemaju yang terdesak

Point ini tak kira masa pun ada. Tapi masa ekonomi tengah teruk ni mungkin akan ada banyak lagi. Jadi sebagai pembeli kita boleh mempunyai kuasa perundingan yang tinggi berbanding sebelumnya.

Pemaju pun akan bagi pakej-pakej, rebat, diskaun dan promosi extra yang menarik menjadi tarikan pembeli untuk unit-unit yang belum terjual.

Menurut MIEA, harga hartanah dijangka menurun sebanyak 20% akibat daripada wabak COVID-19.

Cuba tanya diri kita sendiri apa expectation kita kalau kita cakap harga rumah turun. Rumah dari 300k jadi 200k? 500k jadi 400k?

Contoh rumah Flat Wangsa Maju, dulu average orang jual RM200k tiba-tiba lepas wabak COVID-19 berlalu, ianya dijual pada harga RM150k, macam tak je.

Cuma akan ada pemilik rumah yang terdesak yang ingin mencairkan aset rumahnya dengan menjual lagi murah dari harga orang lain jual.

Kita akan lihat banyak listing hartanah yang akan dijual dan berkemungkinan dijual dengan harga below market (bawah harga pasaran).

Jadi, waktu inilah yang paling sesuai untuk kita beli hartanah. Mana yang sudah bersedia tu boleh bawa bersabar dahulu dan apabila selesai je semua ni belilah mana-mana hartanah yang anda telah buat kajian.

5) Peningkatan Simpanan

Terutama buat anda yang belum ada rumah dan memang berhajat nak beli rumah, inilah masa anda nak memburu hartanah.

Simpan elok-elok duit KWSP i-lestari tu, duit bayar kereta yang tak terusik selama moratorium 6 bulan tu, boleh dijadikan modal.

Duit minyak dan tol pergi ke tempat kerja pun tidak dibelanjanakn dan dapat meningkatkan simpanan disebabkan anda bekerja di rumah sewaktu PKP ini.

Secara tak langsung, diwaktu ini simpanan anda akan meningkat dan anda boleh merancang untuk beli rumah selepas PKP.

Jadi kena ada ilmu hartanah untuk cari hartanah yang sesuai untuk dijadikan mesin duit atau kediaman sendiri, dengan harga yang berbaloi-baloi.

Mungkin yang saya share ni tak sesuai untuk semua. Tapi kalau ada yang memang dah lama cari rumah, sekarang ni korang boleh beli rumah dengan dapat faedah yang lebih lagi.

Tapi yang penting sebelum nak beli simpan duit untuk kecemasan dulu.

Kita tak tahu akan keadaan macam mana akan datang jadi bersedia sahaja.

Kalau nak beli kalau boleh guna modal minimum, wang tunai ditangan simpan.

Kalau beli rumah yang betul InshaAllah harga pun akan meningkat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.