KakiReview

Tuan Residency, Jalan Kuching – Beli Berbaloi-Baloi!

Biasanya nak cari rumah dalam poskod KL ni bukan senang. Kalau ada pun biasanya mahal dah. Mahal tu bukan sikit punya mahal lagi pula nak dapat yang FREEHOLD kan? Tapi ni ada satu projek baru, Tuan Residency, Jalan Kuching. Jom kita tengok!

SEKILAS PANDANG TUAN RESIDENCY, JALAN KUCHING

Tuan Residency ni adalah sebuah condo yang baru di Jalan Kuching. Pemajunya adalah CPI Land Sdn Bhd. Antara projek yang dah di bina oleh pemaju ni adalah Avantas Residence di Jalan Kelang Lama dan Serintin di Mantin. Jadi pemaju ni dah ada track record yang baik menyiapkan projek nya.

Yang best nya, Tuan Residency ni, dibuat sebagai kondo 5 star, lengkap 3 bilik dan dengan facility yang hebat tapi harga ditawarkan pula berbaloi.

KakiProperty Newsletter

Langgan untuk kemaskini terbaru terus ke inbox anda.

Kira sebenarnya kalau ikut saya lah, harga kondo macam ni patut dah lebih RM600,000. Dah lah freehold, location bagus pula, tapi harga jualan dalam RM3xx,xxx. Mana lagi mau dapat? Jadi sebenarnya, Tuan Residency ni condo 5 star tapi pada harga apartment!

Nak tahu apa lagi boleh dapat dengan Tuan Residency ni? Baca dulu sampai habis!

MAKLUMAT ASAS

  • Nama Projek : Tuan Residency
  • Lokasi : Jalan Kuching, Kuala Lumpur
  • Keluasan projek : 2.28 ekar
  • Pemilikan : FREEHOLD
  • Jumlah blok : 1 blok sahaja
  • Jumlah keseluruhan unit : 577 unit sahaja.
  • Parking : 1-2 parking setiap unit

JENIS LAYOUT

Ada 4 jenis layout untuk projek Tuan Residency ni.  Yang best nya, semua layout dari size 878sqft sampai lah ke 1015sqft, semuanya 3 bilik 2 bilik air!! Sesuai untuk beli dan bina family.

TYPE A : 878 sqft

TYPE B 879 sqft

TYPE C 1018 sqft

TYPE D 1015 sqft

LOKASI

Lokasi nya terletak di Jalan Kuching. Semua tahu Jalan Kuching di mana.

APA YANG BEST DI TUAN RESIDENCY, JALAN KUCHING?

Bagi kami, Tuan Residency ni antara deal yang paling best. Sebab waktu kami tengok projek ni hari tu, facility yang dia bagi memang best. Macam-macam ada. Lokasi dia pun strategik. Yang ini kita nak cerita tentang facility 5 bintang yang saya cakap tadi dan apa yang kami rasa best di sini.

1. Fasiliti Yang Ada

1.A. Drop Off Lobby dan Grand Lobby Yang Mewah

Walaupun ini adalah condominium, Tuan Residency ni masuk-masuk je rasa sedap mata memandang. Dah macam hotel. Masuk je terus ke drop off lobby dan Grand Lobby yang cantik. Kan best duduk kondo macam ni?

Drop Off Lobby

Grand Lobby

1.B. Infinity Pool

Yang ni biasanya kat kondo-kondo mewah je ada. Best kan petang-petang atau hujung minggu dapat bersantai tepi infinity pool yang cantik dengan isteri dan anak-anak.

Infinity Pool

1.C. Taman Dalam Kondo

Bestnya Tuan Residency ni sebab kemudahan taman dia. Design taman dia memang cool. Dia ada “Memory Lane” park untuk anak-anak kenal apa tu congkak, tenteng dan lain-lain. Selain tu, rooftop garden dia pun cantik.

Memory Lane. Boleh main tenteng

Sky Deck

1.D. Fasiliti yang lain

Nak cerita satu-satu jom kita datang ke sales gallery. Tapi mudahnya banyak fasiliti lain seperti 5-tier security, gym, deck untuk taichi dan macam-macam lagi.

2. Lokasi yang berdekatan

Lokasi nya strategik. Kalau setakat kerja dalam KL bukan satu masalah besar. Nak ke OneUtama, Damansara, Mont Kiara dan lain-lain pun dekat.

3. Akses Jalanraya, MRT dan KTM Yang Mudah

Keluar-keluar je dah Jalan Kuching. Senang. Nak masuk highway pun dah senang. Jadi tak perlu risau lah duduk jauh ke apa. Stesen KTM pula ada 2 di KTM Kg Baru dan KTM Batu Kentonmen. Tak best naik KTM? MRT pun ada. Cuma 1.2km sahaja ke MRT Station Kentonmen!

HARGA DAN PAKEJ

Untuk projek Tuan Residency, Jalan Kuching ni, projek ni di jual pada harga hanya RM 38x,xxx sahaja. Itu dah cukup best kan? Dapat kondo eksklusif tapi harga macam apartment.

Tapi developer ada offer lagi best. Diskaun dia bagi besar dan ada special rebate lagi untuk bumi buyer!!

Jadi dapat lah save untuk deposit dan fee-fee lain yang mahal tu.

6 SEBAB KENA CONSIDER TUAN RESIDENCY, JALAN KUCHING

Kami gariskan kenapa anda kena beli cepat-cepat Tuan Residency ni.

1. Harga sangat-sangat-sangat BERBALOI. Beli kondo mewah tapi harga macam apartment.

Kita tengok FAKTA ni. Tuan Residency ni adalah:

  • FREEHOLD
  • Unit besar
  • Semua nya adalah 3 bilik 2 bilik air
  • Lokasi strategik betul
  • Poskod KL
  • Facility best.

dan dijual hanya pada RM38X,XXX SAHAJA!

Sepatutnya untuk harga macam ni biasanya paling murah pun RM500,000 harga permulaannya, betul kan?

2. Sangat baik untuk duduk sendiri mahupun nak beri sewa atau airbnb.

Dengan facility yang ada, dan size rumah yang dibina, ini memang sesuai untuk duduk sendiri. Kita nak kan hidup yang berkualiti. Dah penat berkerja, kita nak spend masa dengan keluarga dan nak kan rumah yang baik dan selamat. Tuan Residency ni lah jawapannya. Untuk rumah pertama nak beli atau untuk keluarga yang kecil, Tuan Residency ni sangat sesuai.

Tapi katalah nak beli untuk pelaburan pun juga baik. Kita cerita sekejap lagi lebih lanjut. Bila kita beli untuk beri sewa, kawasan ni demand tinggi. Pejabat kerajaan banyak. Lokasi nya pun tak jauh dari kejiranan eksklusif macam Mont Kiara. Sama ada nak beli untuk sewa atau run as airbnb atau homestay pun sure ada demand!

3. Potensi sangat besar untuk pelaburan.

Anda beli project Tuan Residency ni pada harga RM 38x,xxx. Harganya lebih rendah dari kondo-kondo lama kawasan sekitar yang dah cecah dan lebih RM500,000! Bahkan harga yang dijual sekarang compare dengan projek lain setaraf dengan nya pun lagi murah Tuan Residency ni. Ini memang pelaburan yang baik!

Sebab kedua nya adalah ianya low unit jika dibandingkan dengan projek lain yang sekelas dengannya. Ini penting. Sebab kalau dalam satu projek ada sampai 3000 unit, rasa-rasa nak cari penyewa senang ke? Supply lagi banyak daripada demand! Nak cari pembeli pun nanti akan azab juga rasanya.

Bila unit tak banyak, kita duduk sendiri pun rasa tak serabut. Apa lagi kalau orang yang nak beli atau sewa unit kita. Dia pun masuk-masuk je dah impress dengan Tuan Residency ni, dan bila masuk pun rasa aman tenteram tak serabut ramai orang!

4. Tak susah untuk beli. Diskaun dan rebate yang besar.

Biasanya untuk beli rumah kita perlukan deposit sampai 10%. Kalau 10% kena sediakan sampai RM 38000 atleast! Itu tak masuk lagi fee-fee lain macam fee lawyer dan macam-macam lagi.

Tapi projek ni ada bagi diskaun dan fee. Jadi tak perlu banyak duit nak keluar.

5. Location! Location! Location!

Ini asas bagi membeli hartanah. Lokasi. Ini fakta. Tuan Residency dalam KL, di Jalan Kuching, berdekatan dengan lokasi-lokasi penting.

Dengan lokasi strategik macam ni, untuk duduk sendiri pun kita dah puas hati. Dan bila satu hari nanti kita nak jual semula dah pasti lah dapat mudah terjual! Kalau nak sewa pun, senang dapat penyewanya. Sebab lokasi nya bagus!

6. Pemaju Ada Track Record Yang Baik

Tak perlu risau projek tak siap. Pemaju nya dah siapkan beberapa projek. Antaranya yang senang nak tengok adalah kondominium Avantas di Jalan Kelang Lama. Boleh datang dan tengok.

 

Kenapa Kami Sendiri Pun Nak Beli Juga Tuan Residency.

Sebenarnya, bila tengok projek ni, kami dah tertarik hati. Setakat ni untuk tahun 2017 sampai 2018 ni, project Tuan Residency ni lah antara projek terbaik kami pernah jumpa!

 

FREEHOLD, lokasi sangat bagus, harga pula rendah dari pasaran.

Sangat BERBALOI!

 

Kalau nak tengok sendiri, jom lah ke Sales Gallery. Ada form di bawah dan isi. Wakil pemaju akan hubungi nanti.

Leave a Reply