Dah tak lama lagi nak raya dah, macam mana dengan persiapan dalaman rumah anda? Langsir dah tukar? Sofa pun ada yang tukar baru ke? Tapi paling penting rumah nampak luas masa hari raya.

Bila tetamu datang, pertama sekali yang mereka akan tengok adalah ruang tamu. Jadi penting untuk anda bagi impression, bagi rumah anda nampak luas.

Lagi pun, orang datang beraya ni selalunya ramai. Kena la ada ruang yang luas kan. Nak hidang ketupat rendang lagi, kuih raya lagi.

Cara Nak Bagi Rumah Nampak Luas

Meh kami kongsi sikit tips nak bagi rumah nampak luas:

1) Rapatkan Perabot ke Dinding

Ada Pertanyaan?

Nyatakan tajuk serta soalan, dan Team KakiProperty akan cuba jawab pertanyaan anda.

Jika sebelum ni anda hias rumah anda dengan meletak sofa dan meja di tengah ruang tamu, untuk raya ni cuba anda rapatkan sofa anda ke dinding.

Bila anda buat macam tu, anda telah membuka satu ruang yang lebih luas di tengah ruang tamu. Meja kecil tu pun rapat je ke dinding dulu kalau ada.

Bila tetamu datang, baru la tarik meja tu untuk hidangkan makanan jika perlu. Tapi kebanyakkan orang kita kalau datang beraya beramai-ramai, lebih selesa duduk bersila atas lantai je kan.

2) Alihkan Perabot Lebihan

Selain tu, ada juga yang suka hias rumah dengan pelbagai jenis hiasan dan perabot. Kalau ruang tamu tu dipenuhi dengan perabot yang banyak, alihkan sedikit ke tempat lain dulu.

3) Cat Yang Cerah dan Lembut

Kalau ada yang nak cat rumah terutama bahagian dalam, pastikan anda guna warna yang cerah dan lembut.

Warna yang cerah dan lembut akan memberi visual persepsi menampakkan sesuatu ruang lebih luas.

BACA LAGI: Tips Cat Rumah

4) Guna Hiasan Kecil

rumah nampak luas

Kalau ada yang nak hiasa dengan perabot, sebaiknya guna perabot yang kecil dan sikit.

Contohnya kalau nak letak rak buku, jangan la anda letak rak buku yang besar tinggi kat ruang tamu, letak yang kecil cukup. Jimat ruang.

Sama juga untuk meja sofa. Cari yang kecil je, tak perlu besar sebab tu bukan meja makan, meja tu guna untuk letak minuman je.

5) Guna Perabot Kaca

Ini pun berkaitan dengan visual, kalau anda guna beberapa perabot kaca seperti rak dan meja kecil, kaca tu akan beri effect ruang nampak lebih luas.

6) Buka Langsir

Sama juga dengan langsir. Ini pula berkaitan dengan pengcahayaan. Buka semua langsir pada hari raya supaya supaya ruang anda diterangi cahaya luar sekali gus memberi impresi rumah nampak luas.

Ini hanyalah sedikit cadangan dan idea daripada pihak kakiproperty, jika anda ada kreativiti anda sendiri boleh ja mencuba. Kami berharap idea ni dapat membantu anda untuk hari raya nanti ye.