Rumah masih dalam pembinaan, dah kena bayar?

Rumah tak siap, dah kena bayar duit? Bagi pembeli rumah ‘undercon’, anda wajib ketahui terma ‘progressive payment’ ini. Jangan terkejut dengan pembayaran yang perlu dibuat kerana ini merupakan salah satu komitmen yang perlu dibayar bagi rumah ‘undercon’. Bagi memiliki rumah dalam perbinaan, ‘holding power’ harus kuat kerana ada pembayaran yang perlu dilakukan. Bayaran ini akan dituntut oleh pihak pemaju perumahan secara berperingkat mengikut perjanjian yang telah dipersetujui anda oleh anda dengan pihak pemaju perumahan. Itu sebabnye baca betul-betul dan kaji sesuatu hartanah yang ingin dibeli! Sis akan terangkan serba ringkas mengenai ‘progressive payment’ ini.

Progressive payment’ merupakan satu bentuk baki harga belian. Perkataan ‘progressive bermaksud pembinaan rumah dilakukan secara berperingkat. Apabila pembinaan rumah telah mencapai peringkat pembinaan yang tertentu, pemaju perumahan akan mengeluarkan mengeluarkan bil pembayaran terhadap pembeli rumah. Pembeli rumah juga bertanggungjawab membayar bayaran kemajuan seperti yang ditandatangani dalam Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran progresif memudahkan pembeli menguruskan aliran tunai mereka sehingga selesai pembangunan. Memandangkan anda akan mengambil risiko lebih tinggi daripada membeli unit yang lengkap, sebagai pembeli anda kena sentiasa ‘update’ dengan perkembangan pembinaan rumah anda, untuk memastikan pembangunan sedang berjalan mengikut pelan.

Semakin tinggi peratusan pembinaan rumah hampir lengkap, anda akan dikenakan bayaran ‘progressive payment’ yang lebih tinggi. Sis sediakan jadual ini sebagai rujukan bayaran ‘progressive payment’ ini.

Sumber gambar: Mohd Elam

Sentiasa pantau perkembangan projek perumahan itu melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Bagi yang nak membeli rumah ‘undercon’, sis selitkan lagi beberapa tips bagi pembelian rumah ‘undercon’ untuk memudahkan urusan korang!

  1. Pilih pemaju yang boleh dipercayai. Kesilapan memilih pemaju boleh menyebabkan anda menanggung hutang dan pembayaran akibat projek yang terbengkalai.
  2. Pastikan anda mempunyai ‘holding power’ yang kukuh dan tahu tentang kos-kos yang pelu ditanggung bagi pembelian rumah ‘undercon’
  3. Baca dan faham perjanjian Jual dan Beli yang telah ditandangani dengan pihak pemaju.

Bagi yang mereka baru tahu tentang kewujudan kos ‘progressive payment’ ini sebelum membeli rumah dalam pasaran ‘undercon’, anda sudah boleh bersedia dari segi ilmu dan juga modal. Barulah pembelian rumah anda berjalan dengan lancar tanpa masalah. Memiliki rumah pertama anda bukannya jalan yang mudah, tapi bila anda sudah berjaya, anda akan rasa kemanisannya! ‘Good luck!’

Rujukan: imoney

: Buku 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Peguam Anda Sebelum                     Memohon Pinjaman Perumahan Di Malaysia oleh Khairul Anuar

Gambar dari : Mahligai Idaman